SUBJEK DAN SISTEM PEMBELAJARAN DI UIA PERLU DIKAJI SEMULA
(peringatan awal, tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang mewakili dirinya dan sekelompok kecil kawannya)
1) Subjek IRK
Bermula dari tahun 1, setiap pelajar diwajibkan mengambil subjek IRK, Method of dakwah kemudian diikuti subjek Islamic worldview, Islamic knowledge and civilization dan akhirnya Islamic ethic. Apa yang saya harapkan pada subjek IRK ialah tambahan input dan ilmu baru. Namun hampir keseluruhan subjek IRK di kampus utama adalah ulangan subjek FKM di pusat matrikulasi. Contohnya subjek Islamic worldview, kami belajar mengetahui tauhid kepada Allah, contoh-contoh tauhid, sesuatu yang pernah dipelajari semasa mengambil subjek akhlak di matrik. Kemudian subjek Islamic Knowledge dan civilization, tentang classification of knowledge yang pernah juga saya belajar dalam subjek BTQ yang juga semasa di matrik. Kalaupun ada ilmu baru, cuma apabila belajar tentang civilization, itupun sesuatu yang common sense yang boleh difikir sendiri. Bayangkan kalau soalan menanyakan anda tentang challenges yang dihadapi muslim kini dalam era science dan technology dan cara mengatasinya,atau soalan, bagaimana caranya untuk berdakwah di peringkat keluarga, masyarakat dan negara, bukankah ini sesuatu yang boleh difikir dengan logik akal. Malah dari tahun 1 sampai sekarang, saya menjawab soalan IRK dengan menggunakan common sense, seolah-olah subjek IRK adalah paper esei.
Apa yang saya mahukan dari subjek IRK, ialah sesuatu ilmu yang baru, saya tidak mahu sesuatu ulangan, contohnya untuk subjek Islamic knowledge dan civilization, saya mahu belajar tentang sejarah tamadun umaiyyah, abasiyah, uthmaniyyah dan keruntuhan tamadun-tamadun tersebut. Saya mahu tahu tentang contoh-contoh kegemilangan agung yang dibicarakan dalam buku-buku histori. Ya, saya akui, kami ada belajar tentang tamadun tersebut, tapi hanya diajar secara dasar sahaja, kalaupun ada banyak yang ditekankan kepada law of rise and fall of civilization, satu lagi yang boleh difikir dengan logik akal atau common sense.
Cubalah tanya kepada rata-rata pelajar, pasti mereka akan menjawab subjek yang boring ialah subjek IRK. Saya tidak minta subjek ini dimansuhkan, tapi silibus untuk subjek ini pada saya perlu dikaji semula.
2) EAP, atau subjek BI di uia.
Saya sedar peri pentingnya subjek ini, tentang bagaimana mahu membuat thesis dengan cara yang betul. Benar, semua tersebut adalah penting, yang saya juga tidak nafikan. Namun, pada saya apa yang perlu dikaji ialah contact hour subjek ini yang 6 jam dalam seminggu! Untuk subjek ini masa diperuntukkan untuk research di lab-lab sosdell, namun yang malang, banyak komputer di lab ini yang rosak dan tidak boleh digunakan, malahan kadang-kala kelas EAP untuk lab, sudah jadi kelas multimedia(bak kata saya dan kawan-kawan), kami dibenarkan membuat kerja sendiri, buka la web apa pun tidak mengapa. Saya rasa tidak perlu spesifikasi masa untuk research dalam kelas, kerana research boleh dibuat sendiri oleh pelajar di luar kelas, dan saya sendiri tidak mendapat untungnya dari kelas research di lab tersebut.
Selain itu, kelas mass lecture juga pada saya adalah tidak perlu. Kenapa tidak gunakan saja kelas tutorial untuk menerangkan teknik-teknik membuat term paper. Ini kerana terdapat percanggahan teknik yang diberikan oleh lecturer semasa mass lecture dan percanggahan dengan lecturer tutorial sedangkan lecturer tutorial yang akan mark term paper. Yang akhirnya di kelas tutorial, pengulangan apa yang diajar di mass lecture, dan teknik oleh lecturer di tutorial yang diikuti. Bukankah itu satu pembaziran masa?
3) subjek Quranic Ayat III&IV dan subjek Islamic Criminal Law
Subjek Quranic Ayat III kami belajar tentang hukum hudud, zina, sariqah (mencuri), qazaf, khamr (arak) manakala subjek Quranic Ayat IV, kami belajar tentang hirabah (highway robbery),riddah (murtad), dan hukum-hukum qisas, qatl 'amd (membunuh dengan sengaja), Qatlu sibhu 'amd, dan qatlu qata'. Dan perkara-perkara ini juga yang diajar di subjek Islamic Criminal Law II. Saya kira, kuliyah perlu pilih, rombak silibus untuk Quranic Ayat agar tidak sama dengan silibus Islamic Criminal Law
4) Equity I
Langkah memperkenalkan sistem PBL (program based learning) di subjek equity adalah sesuatu yang dipuji. Ini kerana dengan adanya PBL mahasiswa akan lebih mampu bercakap di depan kerana PBL melibatkan debate, client counselling, drama dan sebagainya. Namun PBL yang niatnya baik, tapi jika kurang pengawasan akan menjadi sesuatu yang merugikan.
Apa yang saya dapat sepanjang PBL, ialah cuma 'gembira' di kelas tutorial, gelak ketawa melihat presentation dari group pelajar yang akhirnya saya tidak tahu teknik menjawab soalan. Bagus, adakan debate dan sebagainya namun lecturer selepas presentation perlu merumuskan semula, presentation tersebut mengikut kehendak soalan, dan memberi guideline bagaimana mahu menjawab soalan tersebut.
Selain itu tugasan PBL akhir, (file company) yang melibatkan draf surat penyelesaian masalah kepada client adalah sesuatu yang amat dipuji.(malah group saya, mendapat markah tertinggi untuk tugasan PBL ini, sampai sekarang file kami tidak ada, kerana lecturer lain mahu check,lihat dan tengok). Ini kerana, tugasan ini memberi pendedahan tentang practical side dalam dunia peguam. Namun, tugasan yang diberikan pada hujung sem, tanpa diberi pendedahan awal, pada awal sem, adalah sesuatu yang memeningkan kepala. Kenapa tidak saja, semasa di awal sem, lecturer menerangkan tentang tugasan ini terlebih dahulu kepada pelajar, agar pelajar tidak berasa terkejut, kerana ini adalah pengalaman pertama mendraf surat penyelesaian masalah kepada client. Sekurang-kurangnya di akhir sem, pelajar sudah tahu teknik untuk mendraf surat. Letakkan saja format tugasan PBL tersebut di e-learning pada awal semester untuk kemudahan pelajar. Penekanan yang lebih untuk tugasan ini juga menyebabkan masa di kelas tutorial hanyalah digunakan untuk membincangkan tentang hal tersebut (sedangkan PBL ini tidak masuk exam) dan penekanan tidak diberikan tentang teknik menjawab soalan. Tanyalah mana-mana student law batch saya semester lepas, bila ditunjukkan soalan masing-masing garu kepala, kerana masa tutorial banyak ditekankan untuk PBL.
Selain itu, pemilihan tutor untuk tutorial mestilah seorang yang mempunyai pengetahuan dalam subjek tersebut. Tutor tersebut hendaklah percakapan english nya difahami pelajar. Bukan dengan pakai ambil sesiapa saja, yang akhirnya menyusahkan pelajar. Saya tidak menyalahkan tutor tersebut, kerana dia diminta untuk mengendalikan kelas dan bukan dia yang volunteer diri untuk mengajar. Akibat percakapan Englishnya yang pekat loghat, saya tidak memahami apa yang ingin diterangkan oleh tutor tersebut. Dan pentingnya tutor yang menguasai subjek tersebut agar tidak nanti ada percanggahan antara jawapan tutor dan lecturer (kalau percanggahan sikit-sikit boleh consider, nih percanggahan yang ketara). Pemilihan tutor dengan betul penting kerana ini melibatkan masa depan, serta penguasaan subjek oleh pelajar.
5) sistem 2 test
Saya juga tidak setuju sistem 2 test yang diamalkan majoritinya di kuliah undang-undang. Test yang tidak selaras antara subjek, menyebabkan setiap minggu saya ada test. Itu belum dicampur dengan assignment yang bertimbun. Test 2 yang selalu diadakan dua tiga hari sebelum revision week, (plus assignment) menyebabkan saya tidak sempat mengulangkaji semua pelajaran semasa di revision week. Bayangkan hari khamis anda ada satu test, hari jumaat juga ada test, hari sabtu submit assignment dan hari ahad minggu hadapan sudah start final. Boleh adakan sistem 2 test tapi perlulah ada jarak yang munasabah dengan exam final
Kuliah-kuliah lain cuma satu test saja.
KASIH SAYANG SEORANG IBU DAN AYAH.
Semalam saya beritahu mak yang saya ingin makan durian. Hari ini ayah membelikan durian buat saya.
Atau, semasa kalut pilihanraya, saya beritahu mak yang saya ingin makan ikan keli, ayah yang baru pulang, terus ke belakang, dan sauk ikan keli di kolam belakang rumah dan malam itu mak buat gulai ikan keli untuk saya.
Kadang-kadang saya cuba memahami perasaan kasih dan sayang seorang ibu dan bapa. Mengapa mereka terlalu kasihkan anak mereka sedangkan belum tentu anak mereka menyayangi mereka sepertimana mereka menyayangi anak mereka. (hoho, banyaknya perkataan 'mereka')
2 Comments:
system governs the surrounding but people governs the system. nak tukar sistem kena tukar kepala manusia tu jugak. kalau dia tak "nampak" jugak tak merasa la nak tukar. mmg byk kelemahan sistem kat mesia, satu lagi kelemahan sistem ekonomi yang sekarang ni jelas terbukti satu titik itam untuk pak lah dalam kerjaya PM dia, gagal dalam perancangan ekonomi yang effisien, diesel habis? teruk sangat tu. that's the way, system governed by the people. kita yang dok bawah ni kena banyak sabar je la bila hanya dapat mengomen..
keh keh, moeh moeh, di sebalik mengomel dan reliance yang kuat untuk pilihanraya, banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menukar sesebuah ilmu, gunakan akal mu, perdalamkan ilmu mu.Nescaya orang yang tidak berilmu akan bersandar kukuh kepadamu, walaupun mereka itu yang memegang sistem. Dan yang penting lunakkan suaramu di dalam membuat ma'aruf dan mencegah mungkar, bukankah imam Al-ghazali telah berpesan hadith nabi"man ra'a minkum munkara...... harus disandarkan dengan firman Allah ud'u ila sabili rabbika bilhikmah wal mauizatil hasanah,
Tajamkan fikiranmu wahai sahabat.
Post a Comment
<< Home