Sunday, April 24, 2005

MANSUHKAN ISA?

Image hosted by Photobucket.com

Bila sebut tentang ISA, ramai orang sudah naik gerun. Terbayang akan kekejaman, penindasan yang dilakukan terhadap 'pesalah-pesalah' yang dipenjara di bawah akta ini. Malah ISA dikatakan mencabuli keadilan dan merampas hak-hak asasi manusia. ISA secara amnya ialah memenjarakan pesalah tanpa dibicarakan terlebih dahulu, atas alasan perbuatan pesalah mengancam keselamatan dan kedamaian sesebuah negara.

ISA- Bertentangan dengan syariah?

Terdapat satu hadith yang meriwayatkan, Nabi pernah memenjarakan seorang lelaki yang dituduh mencuri. Kemudiannya apabila jelas bahawa lelaki itu tidak bersalah, maka Nabi melepaskan dia. Di dalam Islam, asas suatu hukuman ialah, pesalah akan dihukum jika jelas thabit kesalahan. Tindakan nabi yang memenjarakan lelaki tersebut hanya atas itham atau tuduhan dilihat sebagai pengecualian terhadap peraturan di atas. Ini bertujuan untuk memelihara keamanan dan kemaslahatan masyarakat. Jika pesalah itu tidak dipenjarakan, dan sekiranya dia pencuri yang sebenar maka ini akan membawa kepada huru-hara dalam masyarakat. Ini adalah hukuman takzir lil maslahah 'ammah.

Perbuatan nabi di atas, menjadi dalil bahawa ISA (menangkap sebelum dibicarakan) adalah tidak bertentangan dengan syariah.

ISA-Bertentangan dengan undang-undang?

Benarkah ISA mencabuli keadilan dan kedaulatan undang-undang? Dalam artikel 5 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa, seseorang yang ditangkap perlulah diberitahu ground of arrest dan diberikan peluang untuk dibicarakan ( right to be heard). Ini adalah peraturan am (general rule). Namun artikel 149 dan 150 yang memberi ruang kepada perlaksanaan ISA, adalah pengecualian terhadap peraturan am yang terdapat di dalam artikel 5. Justeru ISA adalah tidak menyalahi dan bertentangan dengan undang-undang.

(case on point- tgk balik buku consti hehe)

Jadi, perlukah ISA dimansuhkan?

ISA secara literalnya atau secara zatnya tidak perlu dimansuhkan kerana ISA tidak bertentangan dengan syariah serta tidak bertentangan dengan undang-undang. Namun apa yang salah terhadap ISA ialah penyalah gunaan akta ini.Akta ini tidak boleh menjadi tiket untuk menangkap orang sewenang-wenangnya serta menjadi ugutan kepada masyarakat. ISA juga tidak boleh menjadi alasan untuk menangkap orang yang tidak bersalah. 'Pesalah' yang dihumban ke penjara di bawah akta ini, tidak boleh diperlakukan seperti binatang, tidak boleh diseksa dan dipukul tanpa alasan, dan tidak boleh dicuci mindanya (mind torture).

Justeru, ISA tidak perlu dimansuhkan namun perlaksanaan dan pengaplikasiannya perlu dikaji semula.

TUKAR SUBJEK?

Setelah subjek elektif saya, Islamic banking and Takaful, mengecewakan saya, tersasar jauh dari yang ditarget, maka saya berkira-kira sama ada mahu menukar subjek elektif untuk semester hadapan. Saya mahu tukar subjek Islamic Legal Maxim mengantikan Adr (alternative dispute resolution), kerana dengar khabar subjek ini senang untuk score.

Lupakan saja canangan saya semasa sem-sem yang lepas, bila ditanya subjek elektif apa yang ingin diambil, saya dengan bestnya berkata, kita perlu ambil subjek yang punya prospek pekerjaan bukan subjek yang senang untuk di score. Yang pasti, kata-kata saya memakan diri sendiri.

Amatlah rugi jika subjek elektif, tidak score, kerana credit hour untuk subjek elektif 4 berbanding dengan subjek-subjek yang lain. Jika anda tidak score untuk subjek elektif, ia akan menurunkan grade pointer anda dan vice versa

Saya punya 2 option pertamanya, teruskan dengan subjek Adr, belajar bersungguh-sungguh dan make sure saya dapat A, atau option yang kedua, saya ambil subjek Islamic Legal Maxim, yang ramai orang mendapat A.

yang mana satu, pilihan saya?

2 Comments:

Blogger TajamFikir said...

assalamualaikum,apa khabar,wah banyak artikel perundangan yang dihasilkan. "syabas bete syabas", saya ingin melontarkan pandangan, sama ada mahu disambut ataupun tidak itu terpulang, begini pada hemat saya, kalau diberikan pilihan samaada mahu, mengambil adr atau islamic legal maxims, penilaian kepada prospek masa selepas graduation amatlah penting,kalau huda telah ditaja oleh petronas dan tidak dapat tidak,segala perancangan tertaluk di dalam "agreement" jadi pilihlah mana satu course yg akan membantu huda nanti.Selain daripada tu,minat juga memainkan peranan penting untuk memilih subjek, kerana ia mengambarkan yang kita boleh maju dengan ilmu subjek tersebut, so whatever u choose, pleasa choose with wisdom,bkn kerana pointer semata.

7:38 PM  
Blogger Nisah Haji Haron said...

Huda,
So what if you can't score in a subject that you really like. I did that. I didn't have that many A's in all my subjects but I enjoyed learning it. Till now, I never regret taking those papers. It really helps me much, much later in my writing and practice. Believe me, even if you are the best student in your class, once you've started working, everything will be back to square one. - Nisah Haron -

7:59 AM  

Post a Comment

<< Home