Sunday, January 01, 2006

Image hosted by Photobucket.com

Kes Koperal M. Moorthy @ Mohamad Abdullah -Mahkamah manakah yang mempunyai bidang kuasa?

Pendaki Gunung Everest Koperal M.Moorthy telah memeluk islam pada 23 April 2004 dan mendaftarkan pengislamannya pada 8 Mac tahun ini, menggunakan nama Islam, Mohamad Abdullah. Beliau menderita penyakit cervical sick, lumpuh, koma sebelum akhirnya meninggal dunia. Balu beliau,S. Kaliammal mendakwa M.Moorthy @Mohd beragama Hindu dan mayatnya perlu diuruskan mengikut adat istiadat hindu.Namun pihak JAIS, membantah dengan hujah, beliau masih beragama Islam, dan tidak ada bukti beliau telah keluar dari agama Islam. Kaliammal kemudiannya memohon declaratory decree bahawa M.Moorthy @Mohd beragama Hindu dan perintah injuksi, menghalang pihak JAIS dari menguruskan jenazah beliau mengikut agama Islam.

Mahkamah manakah yang mempunyai bidang kuasa?

Kalau mengikut remedy approach iaitu permohonan declaratory decree dan injunction, ianya dibawah bidang kuasa sivil, kerana mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan remedy declaratory decree dan injunction. Tapi kalau mengikut subject matter approach, ianya dibawah bidang kuasa mahkamah syariah kerana M.Moorthy @Mohd adalah beragama Islam dan hanya mahkamah syariah yang boleh memutuskan bahawa dia telah keluar dari agama Islam. Namun dalam beberapa kes terdahulu seperti Soon Sigh v Perkim, dan Md Hakim Lee v MAIWP dan lain-lain kes lagi, banyak yang mengambil kira subject matter approach, maka Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa berbanding mahkamah sivil.

Isu kedua, adakah bidangkuasa ini diberikan secara ekspres atau secara tidak langsung (whether it is express or implied conferment of jurisdiction?). Dalam kes Ng Wan Chan, yang faktanya sama dengan kes M.Moorthy @Mohd, 9th schedule list II Perlembagaan Persekutuan, memberi kuasa kepada State Legislature, untuk menubuhkan Mahkamah Syariah yang bidang kuasanya hanyalah terhad kepada orang islam. Jadi, bidang kuasa mahkamah syariah adalah berdasarkan dari undang-undang negeri atas perkara-perkara dalam state list di perlembagaan persekutuan. Namun undang-undang negeri, tidak pernah memberi (confer) bidang kuasa kepada mahkamah syariah untuk mengendalikan perkara-perkara dalam state list atau dengan kata lain, undang-undang negeri tidak pernah enact law yang memberi bidang kuasa kepada mahkamah syariah untuk mengendalikan perkara-perkara tersebut. Implied conferment adalah tidak diambil kira, maka mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa.

Tetapi beberapa kes yang terbaru, seperti Soon Sigh v Perkim, memutuskan mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa walaupun kuasa itu tidak diberi secara ekspres. Dalam kes ini perayu telah memeluk islam dan kemudiannya keluar dari agama islam. Dia memohon deklarasi dari mahkamah sivil bahawa dia tidak lagi beragama Islam. Mahkamah memutuskan bahawa kes ini adalah di bidang kuasa mahkamah syariah, jika mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan bahawa seseorang itu telah memasuki agama islam, maka secara tidak langsung mahkamah syariah juga mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan bahawa seseorang itu telah keluar dari agama islam.

isu ketiga, bolehkah penghakiman yang telah diberikan oleh mahkamah syariah, bahawa mayat beliau perlu diuruskan mengikut agama islam boleh dibatalkan? Artikel 121A, Perlembagaan Persekutuan bahawa mana-mana Mahkamah tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dalam sesuatu kes dan keputusan Mahkamah Syariah juga tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana Mahkamah lain seperti yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adakah balu beliau, boleh menuntut harta beliau?

Dalam Islam, apabila seseorang yag bukan islam memeluk islam, maka perkahwinannya bersama pasangan yang bukan islam adalah terbatal secara automatik. Atas sebab itu, isterinya yang bukan islam tidak boleh mewarisi hartanya yang telah memeluk islam. Ini berdasarkan hadith nabi 'la yatawarasu ahlu millataini syai an' yang bermaksud seseorang dari agama yang berbeza tidak boleh mewarisi antara satu sama lain. Maka berdasarkan hujah ini, balu M.Moorthy @Mohd tidak boleh menuntut harta si mati.

Namun, Section 51 Law Reform (Marriage and Divorce) act memperuntukkan, apabila satu pihak dalam perkahwinan memeluk islam, pihak yang satu lagi boleh petisyen untuk cerai. Dengan kata lain, dalam undang-undang sivil (yang diterima pakai di Malaysia), penukaran ke agama islam, tidak secara automatik membatalkan perkahwinan yang dulu, perkahwinan itu akan terbatal jika pihak yang bukan islam membuat petisyen untuk penceraian. Jika pihak yang satu lagi tidak membuat petisyen, maka perkahwinan itu tidak terbatal.

Dalam kes Eeswari Visulingam, isteri memohon hak pencen suami yang telah memeluk islam. Mahkamah memutuskan perkahwinan tidak terbatal kerana tidak ada petisyen dari isteri untuk bercerai, dan dia berhak ke atas pencen suami. Dalam Pensions Act memperuntukkan, waris berhak ke atas pencen sama ada dia islam atau bukan islam.

Maka, dalam kes ini, balu M.Moorthy @Mohd berhak menuntut harta beliau.

Bolehkah bukan islam membawa kes di mahkamah syariah?

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang islam, dengan kata lain, orang bukan islam tidak boleh membawa kes di Mahkamah Syariah.

Namun kuasa tambahan yang terdapat pada Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan)memperuntukkan tiada apa-apa dalam akta tersebut yang boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menyentuh kuasa sedia ada Mahkamah Syariah untuk membuat sebarang perintah yang perlu bagi mengelakkan ketidakadilan atau penyalahgunaan proses mahkamah. Berdasarkan seksyen ini, maka orang bukan islam boleh membawa kes ke Mahkamah Syariah. Hingga sekarang ini belum ada lagi kes orang bukan islam menuntut pengadilan atau remedi di mana-mana mahkamah syariah.

Namun Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi, bila timbul percanggahan begini, Perlembagaan Persekutuan prevail. Jadi orang bukan islam tidak boleh membawa kes ke Mahkamah Syariah.

Pendapat saya, artikel di Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diberi interpretasi secara sempit, demi untuk mendapatkan keadilan bagi semua pihak. Seperti satu kes yang melibatkan bank islam, plaintiff(peminjam) tidak membayar pinjaman kepada bank islam. Mahkamah memutuskan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa, kerana bank islam, tidak termasuk dalam scope 'person professing religion of islam'.Ini kerana bank islam adalah corporation dan bukan natural person. Sesuatu yang kelakar, bila mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa,sedangkan bank islam menjalankan perniagaan berdasarkan prinsip-prinsip islam.

celebrating students' academic excellence

Image hosted by Photobucket.com

amik sijil sebagai wakil student syariah dari deputy rektor

Image hosted by Photobucket.com

Beberapa fakta menarik tentang dinner celebrating students' academic excellence.

1) saya terpaksa duduk di meja bersama budak yang bukan batch saya, kerana meja saya telah ditentukan, sungguh boring+bosan, malah nak makan pun rasa cam tak best, dahlah sebelah budak lelaki

2) Rektor uia, tak dapat datang, jadi majlis dibuat sesimple yang mungkin, habis pun kul 9.30, acara performance yang nampak cam nak buat takmau buat ja dan nampak tak formal. Ceh, mentang-mentang rektor takde

3) saya ditanya oleh nicholas netto 'apa dah jadi ngan batch u, tak ramai dapat dean list?'


Pentingkah cgpa?Bagi saya as long as anda boleh menjadi lawyer yang bagus, dan dapat mengaplikasikan apa yang ada belajar bila kerja nanti, tak dapat cgpa yang hebat pun tak apa. Cgpa bukan segala-galanya, ia cumalah pintu untuk anda dipanggil interview, bila anda sudah masuk ke pintu tersebut, ia tidak menolong apa-apa.


Situasi saya, maintain cgpa, sebagai precaution untuk tidak perlu membayar balik scholar petronas kalau daya tidak dipanggil bekerja dengan mereka nanti, juga untuk mengembirakan mak dan ayah saya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home