Saturday, September 24, 2005

PERTANDINGAN KHAT

Image hosted by Photobucket.com

antara khat yang dipertandingkan

Image hosted by Photobucket.com

lagi khat

Image hosted by Photobucket.com

karya dari atas: fhaiez, hudasoid (tulisan tak center, saya mmg lemah bab2 kombinasi kaler), ijah.

karya dari bawah: ayu, huda rosli

KENAPA PERLU ADA LABEL? BEBASKAN PR DARI CENGKAMAN ANASIR POLITIK LUAR

petikan dari utusan:

"Sementara itu, calon-calon proaspirasi universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masih mendominasi dan yakin akan dapat mengulangi kemenangan dan sekali gus menguasai kerusi MPP pada tahun ini."

"Pada pilihan raya kampus sesi 2004-2005 yang diadakan serentak tahun lepas, calon-calon pro-aspirasi kerajaan menguasai 15 daripada 17 IPTA."

"``Ini berbeza dengan kumpulan pelajar yang pro aspirasi kerajaan yang setakat ini tidak menimbulkan sebarang masalah di dalam kampus,'' jelasnya.

*Siapa yang sebenarnya masuk campur dalam PR kampus berdasarkan petikan di atas?

Pelajar UIAM mohon batalkan pilihan raya MPP

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap universiti tersebut bagi mendapatkan perintah membatalkan pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) 2005/06 yang dijadualkan pada 29 September ini.

Mozahiri Shamsudin, 22, pelajar tahun akhir Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan memfailkan permohonan itu melalui firma guaman, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini.

Dia juga memohon perintah certiorari bertujuan membatalkan Notis Pemberitahuan bertarikh 8 September lalu yang dikeluarkan oleh UIAM untuk memaklumkan kepada semua pelajar ijazah sarjana muda bahawa pilihan raya bagi sesi 2005/06 akan diadakan pada tarikh yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi.

Dia turut memohon perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa untuk mematuhi perintah mahkamah) mengarahkan UIAM mengeluarkan semula Notis Pemberitahuan yang baru dan menetapkan tarikh baru pilihan raya SRC.

Selain itu, Mozahiri memohon perisytiharan bahawa Notis Pemberitahuan itu adalah tidak sah, batal dan tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang serta SRC UIA 2005/06 adalah satu badan yang tidak sah serta tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengendalikan pilihan raya tersebut.

Permohonan itu dikemukakan atas alasan syarat baru yang menetapkan pelajar yang mendapat CGPA tidak kurang daripada 2.8 semasa penamaan atau gred yang ditentukan oleh kementerian yang layak dinamakan sebagai calon, adalah syarat yang tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan.

Di samping itu, dakwanya, Suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan untuk mengendalikan pilihan raya itu adalah sebuah badan yang tidak sah sebaliknya badan yang bertanggungjawab ialah Lembaga Hal Ehwal Pelajar (BOSA).

Dia mendakwa antara lain syarat-syarat itu adalah ultra vires (melampaui bidang kuasa), tidak munasabah, tidak logik, tidak adil, menindas dan melanggar Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

1 Comments:

Blogger TajamFikir said...

pilihanraya kampus yang adil merupakan satu tuntutan, dan kehendak daripada semua golongan mahasiswa yang cintakan keadilan.Walaubagaimanapun disebalik pelbagai ancaman dan cengkaman yang agak melampau,mahasiswa perlu bijak di dalam menyusun tindakan susulan, agar segala perancangan dapat diraih hasilnya.To me sincerely,tindakan pihak wufi dalam memboikot pilihanraya kali ini merupakan tindakan yang kurang bijak,kerana syarat2 baru pilihanraya nyata tidak membebankan, kalo dilihat kepimpinan src dahulu pun drpd segi akademiknya pun melebihi syarat cgpa yang ditetapkan, tambahan pula wufi mempunyai Kuliyyah based soc atau kelab yang agk banyak di uia buat melatih ramai kepimpinan baru, dan kalo terngadah pun apabila terboikot pilihanraya mereka masih boleh menuai hasil pemboikotan sepanjang tahun, kerana rata2 kepimpinan aspirasi src kali ini terdiri drpd golongan kurang mahir di dalam leadership, wufi hanya perlu sabar menanti utk memukul bola tanggung tahun hadapan... namun tindakan memfailkan perintah injuksi bukanlah satu tindakan yang bijak... benar remedies sprt mandamus,certiorari danlain2 adalah remedies under admin law, namun on what grounds perintah injuksi itu perlu??, ianya bakal mengeruhkan lagi masa depan penuntutnya(sahabat penulis), dan merencatkan malah memperhebatkan lagi tekanan politik ke atas mereka, tindakan injuksi tidak perlu, kerana kejayaan boleh dituai melalui pemboikotan sepanjang tahun.... whats ur comment on that...

1:17 AM  

Post a Comment

<< Home