SELAMAT HARI LAHIR, HUDA!
petikan dari blog gopi:
"Huda terkejut. Terkesima kata orang-orang yang tulis cerpen. Terharu juga barangkali. Riak mukanya sedikit blur! Seharian air matanya dibazirkan. Seharian dia berfikir mengapa semua sahabat rapatnya tidak mengingati langsung tarikh lahirnya. Tiada SMS, tiada panggilan telefon, tiada kad ucapan, tiada surat, malah ucapan dari bibir sahabat-sahabatnya pun tiada! Seharian dia murung. Seharian dia makan hati, seharian dia menjeruk rasa. Merajuk!. Lupakah mereka? Terlalu sibukkah mereka? Dan kejutan daripada sahabat-sahabatnya saat azan Maghrib mula bergema dari masjid kampus biru, menjawab segala bersoalan yang bersarang di fikirannya siang tadi. Sungguh dia terharu. Benar-benar terharu!
12 Oktober 2005, Huda genap 22 tahun. Kami, sahabat-sahabat rapatnya merancang untuk mengadakan surprise birthday party untuknya sambil berbuka puasa bersama-sama. Plan bermula. Tiada sesiapa dibenarkan untuk wish Huda daripada jam 12 tengah malam hingga jam 7 malam. Kami pura-pura lupa. Buat-buat sibuk.
Sekitar 6.45 petang, kami berkumpul di bawah blok bilik Huda. Menunggu Kak Irah dan Fad yang dipertanggungjawabkan untuk membeli kek, azan Maghrib mula kedengaran. Kak Irah dan Fad belum juga sampai sehingga memaksa saya untuk berbuka puasa dengan air kotak di laman parking motosikal Blok F Safiah. Huhu.
Setelah Kak Irah dan Fad sampai bersama kek, kami berlapan terus ke bilik Huda di tingkat 3. Ijah ketuk pintu. Huda buka. Kami menjerit- HAPPY BIRTHDAY!! Dan dia benar-benar terkesima. Mukanya merah. Air matanya kelihatan bergenang. Plan berjaya!
Buat Huda,Sori sbb buat hang suffer untuk besday tahun nih sampai hang terpaksa membuat pembaziran air mata sepanjang siang. Juga mungkin telah bersu'uzzon dengan kami. Hehe! Ia sesuatu yang agak mustahil untuk kami lupa besday hang. Siap set reminder kat handset tau sejak awal tahun. Haha..
Huda,
Kau adalah sahabat yang paling kukasih. Kau harus percaya itu. Kerana sehingga hari ini aku tidak pernah lagi ketemu seorang sahabat semulia dan sebaikmu. Terima kasih kerana sering bersamaku saat getir, saat sukar, juga di saat senang. Terima kasih kerana sudi berkongsi segala rasa denganku. Terima kasih kerana sering menasihati, mengingatkanku saat aku terlupa, terlalai. Dan terima kasih yang tidak terhingga kerana menghadiahkanku sebuah persahabatan yang takkan mampu dinilai dengan apapun di dunia ini.
Huda,SELAMAT HARI LAHIR yang ke-22. Semoga dirimu sentiasa berada dalam bimbingan dan peliharaan Allah selalu. Semoga panjang umur, murah rezeki, jadi Muslimah Solehah!
Moga setiap derap langkahmu kan senantiasa diterangi cahaya kejayaan, Insya Allah. "
*aiseh gopi, hang selalu buat ayaq mata aku bergenang kalau baca tulisan hang...*
TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA!
Tarikh 12/10 maka genaplah umur saya 22 tahun. Pukul 12 malam, 12/10 saya menunggu sms dari kawan2 terapat saya sambil membaca buku EPS untuk exam esok. Tunggu punya tunggu, tiada seorang pun kawan terapat saya yang wish, hanset bergegar bila aida telefon wish, dan bila ain menghantar sms. Tapi mana sms dari fadh, kak wana, kak ira, ijah, fhaiez, ayu, sumaiyah dan yang terutama dari gopi? Sangka saya mereka semua sudah melupakan besday saya kerana sibuk test, exam dan assignment. Saat itu hati agak terkilan, malah berkecil hati amat. Bagaimana mereka bisa melupakan hari yang paling penting buat hidup saya. Sambil membaca buku eps, tanpa dapat menahan sebak, saya menangis, sambil mengukir khat di seramik untuk assignment khat skill, saya juga menangis. Sangka saya, mereka melupakan saya! Paling saya terkilan, bila gopi tidak menghantar apa2 sms buat saya.
Esok ke kelas dengan agak moody, muka masam dan serius. Ijah, ayu dan fhaiez, buat macam biasa, seperti tak ada apa yang berlaku, malah mereka tidak memperdulikan saya. Ketika di kelas usul fiqh saya menahan air mata dari jatuh, begitu juga di kelas land, sedaya upaya untuk tidak mengalirkan air mata. Saya lihat, ijah, ayu, dan fhaiez sedang bersembang sesama mereka sambil memegang hanset, sangka saya,mereka baru teringat akan besday saya, dan rasa bersalah, mahu menghantar sms pada hanset saya. Namun bila belek hanset, hampa, tidak ada mesej pun dari mereka.
Lepas test EPS, pulang ke bilik, juga saya menangis. Mereka lupa hari lahir saya! Sekejap-sekejap saya kerling pada hanset, mana tahu, kalau-kalau gopi hantar sms. Namun hampa- tiada mesej dari gopi.
Namun, bila mahu bukak puasa, terdengar pintu bilik diketuk. Bila pintu dibuka, maka kelihatan muka2 kak ira, kak wana, fadh, gopi, ijah, ayu, fhaiez dan sumaiyah menjerit 'happy besday' pada saya. sungguh saya terkejut. Amat! Kali terakhir surprise party untuk saya ketika di tingkatan 5. Malah saya tidak menyangka langsung mereka akan mengadakan surprise party untuk saya kali ini. Rupa-rupanya ini plan, kakak saya (kak wana) yang menghalang semua kawan-kawan saya untuk wish besday saya. Jarang berkumpul ramai-ramai begini lantaran masing-masing sibuk, tapi bila berkumpul, pasti meninggalkan kenangan yang teramat indah. Perasaan bercampur baur, terharu, sedih, gembira, rasa bersalah, semuanya bercampur menjadi satu. Terima kasih pada kalian atas persahabatan yang paling terindah ini :) Kalian menemukan saya apakah itu makna sahabat sejati, nyata saya tidak perlu lagi mencari, semuanya ada dalam diri kalian, sentiasa berdiri di belakang saya dalam apa jua keadaan pun.
Terima kasih fadh atas bracelet dari Singapura dan loket rantai dari dublin (maaf saya cuma menghadiahkan keychain dari jordan untuk besday fadh dulu :(
Ayu, ijah, fhaiez, sumaiyah-terima kasih atas kad, dan pantun
kak wana, kak ira- terima kasih atas plan, dan kek yang sedap
dan terutama gopi- terima kasih untuk satu persahabatan yang paling cantik yang dihulurkan, walau tanpa kata , namun kita mengerti hati masing-masing. Betapa persahabatan ini adalah perancangan Allah yang paling terindah dalam hidup. Setiap tahun, setiap kali, besday saya, saya pasti akan tertunggu-tunggu surat-surat dari gopi. Gopi, untaian persahabatan ini tidak akan pernah terlerai hatta penyambung zuriat kita nanti!
*amaran-saya bukan budak suka menangis aaaa, nih spesel circumstances jer :D
Kata fhaiez dan ayu, mereka amat terkejut bila saya begitu emosional, maka jawab saya, selalunya orang yang tampak tegas dan keras di luar, hatinya adalah sangat lembut, dan orang yang tampak lembut di luar, namun hatinya agak keras, maka Allah itu Maha Adil.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home