Thursday, February 20, 2003

IMAN MARKISA, SATU NOVEL WAJIB YANG PERLU DIBACA!

IMAN. Yang membebaskan manusia daripada segala kuasa, kecuali kuasa Tuhan
Yang membunuh segala takut, bimbang. Kecuali pada Tuhan
Yang membentang jalan lurus benar, yang membina benteng sabar redha.

IMAN. Percaya sungguh-sungguh, percaya sahaja.
Tidak diwarisi, tidak dikira selagi tidak diuji.

Iman Markisa cerita tentang generasi hebat perkasa, yang buruk busuk
Iman Markisa cerita tentang pencarian kebenaran, yang tekal cekal
Iman Markisa cerita tentang puak yang dibelenggu segala kuasa, yang takut bimbang pada apa-apa- kecuali Tuhannya
Iman Markisa kisah perjuangan, iltizam mengisi makna iman.

Pernah dengar Quotation ni? Inilah petikan daripada cover belakang novel Iman Markisa, satu karya ulung daripada Aminah Mokhtar. Satu novel yang wajib anda semua baca!

Kenapa perlu baca novel ini? Kerana novel ini adalah refleksi kepada masyarakat sekarang. Tak percaya?

Novel ini memuatkan usaha membangunkan institusi pondok(SAR), bukankah isu ini refleksi pada senario yang semakin bergolak sekarang.

Isu perpecahan dalam masyarakat juga termuat dalam novel ini, jua refleksi pada situasi masyarakat sekarang yang berpecah belah. Sebab itu timbul Hudud UMNO dan Hudud PAS, padahal hudud adalah datangnya daripada Allah. Patutnya tak timbul isu ini, jika ada pihak yang ingin melaksanakan ajaran Islam kenapa perlu disekat? Kenapa perlu dilabel?

Penulis juga mengutarakan isu persoalan ajaran sesat. Satu wabak yang semakin menjadi-jadi.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan novel Iman Markisa di pasaran!

(utusan kena kasik duit kat saya nih sebab tolong promote..hehe)

---------------------------------------------
Sedikit komen tentang novel ini

Terdapat satu phrase dalam novel nih yang lebih kurang maksudnya, orang Melayu ialah bangsa yang menggunakan akal, dan kerana itulah kita mencapai kemerdekaan dengan akal…….

Saya personally tak bersetuju dengan statement ini, kenapa?

Memang tak dinafikan, Malaysia mencapai kemerdekaan dengan cara yang cukup mudah, hanya duduk di meja rundingan, menandatangani beberapa kertas putih dan akhirnya membawa kepada termeterainya perjanjian pembebasan Malaysia daripada kekuasaan Britain. Tanpa perlu bersusah payah mengangkat senjata, tanpa perlu melangsaikan hutang dengan darah sepertimana yang berlaku di negara-negara jiran yang lain, contoh yang terdekat Indonesia.

Namun tahukah kita apakah yang dijanjikan oleh Tunku Abdul Rahman untuk kemerdekaan Malaysia? Beliau meyakinkan council British, bahawa Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara Islam, tidak akan menjadi sebuah negara yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai dustur perlembagaan.

Tunku Abdul Rahman is quoted to have said in 1984 as follows:
“…. I mentioned that this country is a secular state. It means that it is not Muslim State. Islam is the official religion of this country, but other religions have a right to play their part as far as religion is concerned. That is about it, but it is not absolutely a secular state because if it were so, there would be officially no religion. The Constitution has more or less set put the point.

Kalau nak cerita tentang position Islam di Malaysia memang agak panjang, esok pun tak habis (budak laws tau ler, satu provokasi daripada Huda heheh). InsyaAllah kalau ada masa saya akan menulis tentang ini.

--------------------

HUDA YANG SIBUK

Minggu depan adalah minggu yang paling sibuk. Otak akan bergempur dengan 2nd test. Doakan saya cemerlang, berjaya menjawab semua soalan dengan tenang. Kemudian terpaksa pula berhadapan dengan final exam. Fuh! Mungkin blog ini akan jarang di up-date kan.

27 Feb : Malaysia Legal System
Laws of Contract
29 Feb : Islamic Legal System
1 March : Quranic Ayat and Hadith

0 Comments:

Post a Comment

<< Home