Tuesday, January 28, 2003

DERITA PALESTIN ADALAH DERITA KITA

Palestin adalah persoalan induk ummat Islam-persoalan aqidah dalam permikiran umat,bukan sekadar persoalan sebidang tanah yang dirampas atau satu bangsa yang dihalau. Persoalan tipu muslihat dan konspirasi politik Yahudi itu telah dirakamkan oleh al-Quran. Bermula dari penentangan kaum Yahudi terhadap para Nabi yang diutus kepada mereka hingga kepada sifat mungkir janji dan pecah amanah serta penyembahan kepada anak lembu ciptaan mereka.

Persoalan muslihat Yahudi dan kejahatan mereka telah mengisi ruang yang luas di dalam al-Quran. Firman Allah, “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada keturunan Bani Israel melalui lisan Nabi Daud dan Isa putera Maryam kerana mereka derhaka dan melanggar batas-batas Allah” (al-maidah:78)

Topik mengenai Bani Israel dalam A-Quran adalah contoh pertarungan antara kebenaran dan kebathilan, atau pertembungan antara dakwah dan syaitan. Ia persoalan sejagat. Allah akan memenangkan dakwah atas syaitan melalui Rasul dan ulama’. Begitulah Allah menentukan tokoh yang memperjuangkan ehwal Palestin. Akhirnya Palestin akan kembali ke pangkuan Islam sepertimana ia pernah kembali menerusi tangan Saidina Umar al-Faruq dan Salahuddin Al-Ayubi.

Inilah janji Rasullullah yang benar. Kemenangan akan berpihak kepada kaum yang ditindas dengan syarat mereka ikhlas kepada Allah. Satu ketika setiap pokok dan batu di Palestin akan bersuara: “Wahai pejuang Allah, ini dia bedebah Yahudi yang sedang bersembunyi di belakang aku”, kecuali sejenis pokok sahaja yang dikenali sebagai pohon Gharqad. Setiap Muslim berikrar sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari di hadapan Allah dengan menyebut ‘ghairil maghdu di’alaihim waladhalin’. Golongan pertama yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah kaum Yahudi manakala golongan kedua ialah Nasrani.

Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh kaum dayus itu sehingga mereka mengharapkan agar kaum Muslimin membelakangkan Al-Quran? Jawapannya ini telah dijelaskan kepada kita oleh Allah dalam Al-Quran dengan maksudnya “Dan sama sekali kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu melainkan setelah kamu mengikut agama mereka.” Nah, itulah ketegasan Al-Quran memberikan panduan kepada penganutnya. Tetapi malangnya pemimpin boneka mereka yang pernah menziarahi Tel Aviv melarang ummat Islam membaca ayat-ayat yang berkaitan dengan Yahudi. Merekalah pelopor keamanan palsu yang suatu ketika dulu telah menjual Palestin melalui Perjanjian Kem David.

Di manakah pahlawan yang menyeru kepada pembebasan bumi Isra’ dan Mikraj daripada tangan Yahudi? Di manakah hero yang menyeru untuk kemerdekaan kiblat pertama dan tanah haram ketiga, Baitul Maqdis? Bagaimanakah dengan peristiwa tragis Dir Yassin, Shabra dan Shatila serta Al-Karamah? Apakah semua peristiwa itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengajaran? Kiranya peristiwa yang menyayat hati itu telah dilupai atau sengaja dilupai oleh pengkhianat, adakah ummat Islam yang ikhlas dalam perjuangan boleh dilupakannya? Tentu sama sekali tidak.

Ingatan kita masih segar dengan kebangkitan umat menentang Perjanjian Balfour yang bertujuan menegakkan negara Yahudi di bumi Palestin diikuti rancangan menakluk Palestin. Ia adalah rancangan yang diakui oleh Perikatan Bangsa-bangsa Barat dan dibantu oleh Menteri Luar Inggeris.

Bangsa Arab dan ummat Islam seluruhnya sebulat suara bertanya:”Siapakah si Balfour yang berhak memberi dan menyerahkan bumi Palestin kepada bangsa Yahudi terkutuk itu sehingga menjadi ungkapan umum bahawa ‘ bahawa orang yang tiada kena mengena memberi sesuatu yang bukan miliknya kepada orang yang tidak berhak’. Ini adalah drama palsu yang dilakonkan dalam kepalsuan.

Sejak Balfour kaum Muslimin seluruhnya telah menanggung derita akibat bencana yang menimpa ini dan di sinilah bermula titik hitam dalam sejarah ummat Islam. Selepas itu Amerika Syarikat pula menangani masalah Yahudi . Truman dan Roosevelt meneruskan tugas Inggeris menerajui konspirasi zionis antarabangsa ke atas ummat Islam. Bantuan datang mencurah kepada Yahudi, sementara hak bangsa Palestin diabaikan. Ekorannya, penghijrahan Yahudi ke Bumi Palestin dibuka seluas-luasnya.

Pada 1948, satu angkatan bersenjata Islam telah dibentuk untuk membebaskan bumi Isra’ dan Mikraj dari cengkaman Yahudi. Penubuhan itu mendapat sokongan negara Aran dan Islam lain. Sewaktu pertempuran sengit antara kedua-dua pihak, berlaku pengkhianatan ke atas tentera Islam muslimin. Jenayah Yahudi tidak berlaku secara terang-terangan. Penyembelihan beramai-ramai ke atas wanita dan kanak-kanak bertujuan menghalau bangsa Arab dari bumi Palestin dan membolehkan Yahudi menguasai sepenuhnya bumi Palestin.

Pakatan jahat Yahudi dan sekutunya terus berjalan lancar. Apabila Inggeris mengisytiharkan penarikan diri daripada jajahan Palestin, tiba-tiba golongan Yahudi di Tel Aviv mengisytiharkan pembentukan negara Israel. Presiden Amerika Syarikat, Truman dan pemimpin Stalin di Moscow mengiktiraf kerajaan Yahudi itu.

Rencana konspirasi terus berjalan dengan jayanya sehingga tercetus serangan tiga serangkai Inggeris-Perancis-Israel ke atas Mesir, Peperangan Ramadhan, kunjungan Presiden Sadat ke Tel-Aviv, Kem David dan kekecohan di Jerico.

Perjanjian Balfour menyatakan “Sesungguhnya Raja Britain melihat penubuhan kerajaan Yahudi di Palestin dengan penuh simpati. Baginda raja akan memberi penuh perhatian dan sokongan padu kepada pencapaian matlamat ini.”

Britain telah berjanji kepada Yahudi dan melaksanakan janji itu dengan melayani segala hasrat Israel. Pada masa yang sama Britain menabur seribu janji palsu kepada bangsa Arab dan ummat Islam. Namun, mereka tertipu dan terus mengharapkan bantuan Inggeris dan Amerika Syarikat. Amerika seperti juga Inggeris hanya menabur janji kosong, kemusnahan, kehancuran, bahkan penghapusan etnik serta identiti Arab di bumi Palestin. Pihak yang mengiktiraf kerajaan Israel, itulah yang merancang permainan politik kotordengan berselindung di sebalik istilah proses damai.

Apakah pelopor perdamaian ini belum sedar daripada kesesatan mereka? Tidakkah mereka boleh kembali kepada kitab yang jelas menyebut dan memberi peringatan kepada mereka, ‘Demi sesungguhnya engkau mendapati manusia yang sangat memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang Yahudi dan Musyrik.(Al-Maidah:82)

“Dan apakah mereka akan terus dengan kesesatan mereka itu sehingga Allah menggantikan tempat mereka dengan satu kaum yang lain. Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu (al-Fath-38)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home