Monday, February 10, 2003

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

+ Saya dah balik umah, cuti awal, cuti reka sendiri (naik tanduk) jadi campur tolak, cuti selama seminggu, klas isnin dan selasa ponteng....hehe
+ Rumah saya, pc rosak, internet plak kena potong dengan ayah sebab adik asyik tenet jer, bil melambung2, waaa..saya maner leh hidup tanpa internet dan pc, nasib baik cuti seminggu jer
+ Mak tegur muka saya yang bertambah gelap dan jerawat yang subur tumbuh dimuka..hehe
+ Saya baru habis baca novel iman markisa, best! Satu novel yang wajib anda semua baca
+ Tak larat nak cari kitab buyu' (transaction in islam) kat bilik ayah, muka habis berdebu, tuhla sebelum nih kitab-kitab ayah tak pernah bukak...hehe
+ Selamat hari raya aidil adha pada semua
-------------------------------
Istanbul, 6/2/2003 – Parlimen Turki bersetuju memberikan bantuan ketenteraan kepada Amerika Syarikat di dalam lingkungan memberikan kemudahan kepadanya untuk melancarkan serangan ke atas Iraq.
Para perwakilan Turki yang menyertai undian yang dijalankan semasa persidangan tertutup pada hari Khamis 6/2/2003 berkata “Parlimen telah membenarkan penempatan pakar tentera Amerika di atas bumi Turki untuk tempoh selama 3 bulan” dengan menyatakan bahawa kelulusan ini membawa kepada pemodenan beberapa lapangan terbang dan pelabuhan yang mungkin digunakan untuk melancarkan serangan ke atas Iraq.

Di dalam satu reaksi cepat, Amerika Syarikat memuji keputusan Parlimen Turki yang memberikan kemudahan kententeraan kepada Angkatan Tentera Amerika.

Ari Flischer, jurucakap Rumah Putih berkata pada sidang akhbar “Presiden memuji undian oleh Parlimen Turki yang membenarkan penyediaan pangkalan-pangkalan ketenteraan,” dengan menjelaskan bahawa Turki adalah rakan rapat, sekutu dan anggota di dalam Pakatan Atlantik Utara.

Flischer menambah, Kerajaan Turki menghadapi isu yang sukar dengan kesungguhan dan bijaksana. Dia berkata “Amerika Syarikat mahukan kedamaian, tindakan akan diteruskan bersama kerajaan Turki untuk memastikan bahawa Iraq menghormati ketetapan PBB yang memintanya melucutkan senjata.”

Penentuan Masa Depan Iraq.

Pada masa yang sama, Turki, pihak pembangkang Kurdish Iraq dan wakil dari kerajaan Amerika Syarikat membuat persidangan pada hari Khamis di ibu Negara Ankara bagi membincangkan mengenai masa depan Iraq ketika Kerajaan Saddam dijatuhkan.

Di samping persidangan ini dihadiri oleh para diplomat Turki ia juga turut disertai oleh Ketua Kesatuan Kebangsaan Kurdistan Jalal Talibani, wakil Presiden Amerika kepada Pembangkang Turki Zalmai Khalil Zaad, Pegawai serantau kepada Parti Demokratik Kurdistan, Nashrawan Barzani dan Presiden Barisan Turkmeni Iraq Sanan Ahmad Agha.

Khalil Zaad berkata di dalam kenyataan kepada Agensi Berita Anadol “Semua pihak menyatakan sokongan mereka kepada gagasan Iraq yang diselubungi sebanyak mungkin kebebasan dan demokrasi”. Inilah yang “memberikan rakyat Iraq banyak Para syuhada’ demi Iraq sehingga sekarang”

Wakil Menteri Luar Turki Ali Tuijan menegaskan bahawa kesemua peserta di dalam persidangan itu bersetuju pentingnya menjaga kedaulatan Iraq, kemerdekaan dan kesatuannya.

Wakil Amerika Syarikat Khalil Zaad telah mengumumkan pada hari Rabu 5/2/2003 bahawa beliau bersetuju dengan para perundingnya untuk membentuk “Biro cawangan yang ditugaskan meletakkan protokol persetujuan di antara Amerika Syarikat dan Turki mengenai arah tuju politik yang akan dipilih oleh Iraq selepas kemasukan tentera yang dijangka.”

Iraq bimbang perang akan menyebabkan perpecahan politik Iraq dan terdirinya Negara Kurdish yang berasingan di Utara Negara itu. Perkara ini akan menyebabkan timbulnya sentimen perpisahan di kalangan minoriti Kurdish Turki di tenggara Anadol.

----------------------------

Ulasan berita...
Pendirian parlimen Turki yang membenarkan tentera Amerika menggunakan kemudahan logistik negara itu untuk menyerang Iraq dalam satu pungutan suara tertutup pada 6-2-2003 menamatkan spikulasi antara bangsa mengenai pendirian "berbelah bagi" negara yang sedang menghadapi krisis identiti dan masa depan yang rumit itu, terutama dibawah pemerintahan Parti keadilan dan Pembangunan yang berlatarbelakangkan Islam. Berbanding dengara-negara Islam lain pendirian Turki penting dan lebih mendapat perhatian penganalisi politik Islam, kerana ingin mengetahui bagaiman Ardoghan Presiden Parti Keadilan dan Pembangunan yang berlatarbelakang Islam itu mentaufikkan antara kehendak realiti turki sekular terlalu terikat dengan Israel dan Barat dan mentererjemah inspirasi dan harapan umat Islam.

Turki yang pada awalnya teragak-agak, kemudian cuba mengambil langkah aktif untuk menempatkan diri dalam georafi politik senario sebelum dan selepas perang Amerika –Iraq dengan mengundang negara serantau ke sidang kemuncak enam negara dan cuba membentuk blok baru dirantau ini. Usaha itu dilihat cuba memberi harapan kepada masyarakat Islam diseluruh dunia bahawa intitusi Islam yang masih putik ini dapat berperanan menghalang serangan Amerika terhadap Iraq.

Namun apakah yang dilihat oleh Turki sehingga berpatah balik dan membuat keputusan yang membelakangkan sentiman Islam dan antarabangsa? . Tidakkah "langkah bijak" yang disifatkan oleh Gul itu, akan mengecewakan umat Islam dan akan memberi imej dan interpetasi yang tidak jelas terhadap Parti Keadilan?

Negara khilafah Uthmaniah yang terakhir itu telah dirosakkan oleh parti Itihad wa attarqi pimpinan Atarturk dengan menjadikan menjadikannya negar sekular yang dikwal oleh tentera dan menghapuskan segala simbol keislaman dengan harapan jenerasi hari tidak lagi ingat untuk kembali kepada sejarah silamnya. Siapa boleh memisahkan Turki dari sejaraqh Islamnya, dan kemenangan Parti Keadilan dan Permnbangunan yang berlatarbelakang Islam sedikit sebanyak membuka tirai harapan jaih disudut hati setiap muslim agar ia kembali kepada zaman kemegahannya.

80 tahun berlalu bukanlah satu tempoh yang lama bagi usia sebuah umat. Namun belenggu yang mengikat kaki dan mengekang leher amat tebal sekali. Apakah Parti Keadilan benar-benar memilih untuk leburkan langsung latarbelakang Islamnya dan bersiapa diri untuk mengambil posisi baru yang lebih sesuai dalam sistem orde dunia baru pasca perang dingin dan berlari mengikut rentak kapitalis eropa atau perkiraan politik memaksa ia mengutamakan kepentingan nationalanya keatas kepentingan umat Islam sejagat?.

Ini adalah pertimbangan sukar yang perlu dilakukan oleh pemipin Parti Keadilan Dan Pembangunan Turki yang baru menang dalam pilihan raya dan sedang memahami reliti dunia. Sehingga kini tidak ada satu intitusi Islam samada diperingkat antarabangsa atau serantau yang dapat memainkan peranan bermakna untuk membela nasib rakyat Iraq dan menyelesaikan krisis dalaman negara Islam secara sendiri.

Seperti kata bekas Presiden Amerika Nixson "negara-negara Islam boleh bantu-membantu antara satu sama lain tetapi mereka tidak boleh membentuk kesatuan yang berkerjasam".Hakikat inilah yang menggalakkan kerakusan dasar luar Amerika dan mendorong negara-negara Islam mengambil pendirian yang bersendiri dan lemah.

Boleh jadi ini jugalah yang dihadapai oleh Turki, apabila merasakan dirinya gagal untuk memainkan peranan Islam diperingkat antarabangsa samada secara bersendiran atau berkumpulan maka mereka terpaksa menyimpan seketika hasrat ingin berperanan sebagai kepimpinan Islam diperingkat antarabangsa. Mungkin masih awal bagi parti yang baru memerintah setahun jangung itu untuk memainkan peranan seperti itu diperingkat antarabangsa.

Simbol kegagalan jelas dapat dilihat apabila sidang kemuncak enam negara yang diadakan di Angkara dibawah seliaan Turki yang berakhir dengan resolusi yang cukup lemah dan tidak bermakna. Kegagalan ini dikuatkan pula dengan situasi dalam Turki yang menghadapi krisis ekonomi yang teruk semenjak lebih satu dekad lalu.

Apabila perang suatu yang tidak dapat dielakkan, maka apa yang perlu difikirkan diperingkat ini ialah bagaimana meminimakan kesan perang terhadap kepentingan nasional Turki?.

Memahami senario yang sudah dijangka ini Amerika mengambil peluang untuk menawarkan perjanjian win-win dengan Turki. Turki yang amat memerlukan sokongan Amerika untuk menyelesaikan masalah ekonominya membuat perhintungan "bijak" dengan membenarkan Amerika menggunakan kemudahan logistiknya untuk menyerang Iraq. Sebagai ganjaran negara itu diberi peranan dalam mengatur senario timur tengah selepas perang.

Turki sebelum ini bimbang jika Amerika membelakangkan peranan negara tersebut dalam menentukan senario selepas perang, kekacauan akan berlaku di tenggara dan pergolakan menuntut kemerdekaan oleh puak-puak kurdis akan tercetus.

Kemudian adalah menjadi kepentigan Parti Keadilan Dan Pembangunan untuk membawa Turki menyertai kesatuan Eropa pada 2004. selain merupakan strategi penting untuk mengatasi masalah ekonomi negara tersebut, ia juga penting untuk mengeluarkan turki dari kekuasan tentera yang menganut fahaman sekular melampau, yang merupakan penghalang utama usaha-usaha pembaharuan di Turki. Oleh itu turki yang juga rakan Amerika dalam pakatan Atlantik sangat memerlukan sokongan negara kuasa besar itu untuk melancarkan proses penyertaan tersebut.

Apakah pegorbanan parti keadilan ini akan berbaloi atau janji-janji manis Amerika akan hanya sekadar fatamorgana yang memberikan banyangan tetapi menfikan hakikat, kita tunggu perkembangan selepas perang jika ia berlaku.














0 Comments:

Post a Comment

<< Home