Friday, February 07, 2003

PERJUANGANKU…. PERJUANGANMU

Aku berjuang,
Memperjuangkan sebuah kejayaan
Kadangkala aku kecundang
Sebelum sempat aku berjuang
Engkau pun berjuang
Berjuang menegakkan keadilan
Tapi engkau sendiri turut kecundang
Kecundang dalam keraguan
Engkau dan aku
Berjuang dan berjuang
Di medan peperangan
Kadangkala dihimpit keraguan
Kadangkala disulami ketakutan
Bertemankan jin dan syaitan
Berusaha menghasut hati yang walang
Teguhkah pendirian kita?
Agar terus berani berjuang
Seteguh tembok besar China
Bukan serapuh kulit telur
Yang pecah dilenyek stim roll
Bukan juga senipis kulit bawang
Yang seksi umpama syaitan yang bertopengkan ratu cantik
Dikelilingi wang dan kemewahan
Yang miskin dengan kebahagiaan

Aku, engkau dan mereka
Telah lama bangun untuk berjuang
Tapi kerapkali aku kecundang
Kerapkali aku jatuh
Aku jatuh bukan dihempap tangga
Aku tidak jatuh kerana ditolak
Aku jatuh kerana tiada graviti
Lalu aku tersungkur
Di tanah lapang itu
Mampukah aku bangun?
Hanya berbekalkan semangat sebesar cekodok
Mampukah aku berdiri?
Berbekalkan minyak angin minyak cap kapak
Siapa yang akan membantu?
Kalau bukan diriku

Engkau sendiri mungkin pernah tersungkur
Jatuh bedebuk umpama pelam busuk
Pecah berderai dikerumuni ulat gonggok
Aku datang menyembur Shieldtox
Datang mereka memberikan sinar suria
Terang menerangi alam maya
Terus gah menyimbah cahaya
Biarpun dihalang sinarnya ke muka
Oleh Ponds…..Fair and Lovely….dan jenama lain
Namun engkau terus angkuh
Memperjuangkan tembok keegoan
Bersimenkan seribu satu kesombongan
Bertemankan berjuta-juta rungutan
Namun bila engkau tiada
Semua orang bimbang tak tentu hala
Kenapa engkau tidak muncul
Muncul memperjuangkan sinaran
Sedang itu tugasmu
Yang dipertanggungjawabkan di bahumu
Takutkah kafir-kafir itu
Memikirkan matahari yang terbit di hari Jumaat
Atau….melihat engkau yang muncul di sebelah barat

Lalu apakah mereka akan memaki hamunmu
Aku melutut pada tembok itu
Memohon sejuta keampunan
Yang mereka sendiri tahu
Pintu keampunan itu telah tertutup
Tertutup untuk selamanya
Biarpun tidak bermangga
Biarpun tidak berantai
Tapi siapa mereka untuk membuka?
Mereka, aku, dia, mereka, engkau
Umpama api dalam sekam
Membakar dan mengkhianati
Sebuah persahabatan nan suci

Kenapa kita tidak menjadi salji
Di sebalik maraknya api
Walaupun mustahil ia terjadi
Kenapa tidak?
Kita cuba untuk berjuang
Di saat semua telah kecundang
Di saat semua telah menyerah kalah

Mampukah kita
Berjuang dan berjuang
Inilah dia…perjuangku
Juga perjuanganmu
Usah diukur pada pengalaman
Usah diukur pada pangkat
Usah dikira segala-galanya
Kerana apa-apa pun kita harus berjuang
Berjuang dan berjuang
Biarpun berjuta-juta kali kecundang

Inilah aku…
Berbakti untuk diriku
Tidak untuk masyarakat
Tidak untukmu
Tidak juga untuk mereka
Hanya untuk aku
Yang belum ada hala tuju

“Andai cuma ada 1000 pejuang Islam aku adalah salah seorang daripadanya, andai ada 100 pejuang Islam aku adalah salah seorang daripadanya, andai cuma ada 10 orang pejuang aku juga adalah salah seorang daripadanya, andai ada cuma seorang pejuang Islam, pejuang itu adalah aku!”

p/s- sajak nih bukan saya yang karang

from my chamber
huda soid

0 Comments:

Post a Comment

<< Home