Thursday, May 29, 2003

BATU ITU

Sempena 15 tahun Intifhadah (1987-2002)

Di kala Manachem Begin membunuh 250 muslim di Dir Yasin (1948), pelampau Yahudi Australia membakar masjidil Aqsa (1969) dan Sharon membunuh 3000 orang di Syabra dan Shatila(1982), dunia kelu membisu . Tiada denda, tiada hukuman, tiada label…

Tetapi apabila anak-anak muda melontar batu kearah tentera Yahudi(1987) demi mempertahankan tanahair tercinta mereka dilabel sebagai kumpulan pengganas, pelampau dan penentang demokrasi….

Teruskan wahai anak muda. Teruskan melontar. Kalian bukan pengganas. Kalian bukan pelampau. Kalianlah pencinta keamanan. Kalianlah wira sejati.

Lontarlah wahai anak muda. Lontarlah batu itu….
Batu itu begitu menggerunkan
Batu itu bagaikan nuclear
Batu yang gagal dikesan radar
Batu yang bakal menjadikan kapal mereka karam di lautan dalam…..

Petikan dari cover buku Nostalgia Syuhada’ Palestin, tima kasih kak haridah sebab hadiahkan saya buku ini, rupa2nya kat umah saya pun ada buku nih, baru selongkar almari ayah :D

+ Cuti yang seminggu mengikat saya dengan Novel ‘Imam’ karya Abdullah Hussain, harap-harapnya dapat dihabiskan dalam masa cuti nih gak, alamak dahlah cd korea ada 2,3 citer tak tgk lagi….isk isk cd tuh menggoda tulla (jgn tgk citer my love pattzi-citer korea yang paling tak best, sbb ending dia tak sama macam yang saya nak, marah tulll)
+ Masih berharapan untuk menghasilkan satu cerpen dalam cuti nih, kalau dah bukak sem, for sure tak dapat buat cerpen, sebab masa yang begitu sibuk, betullah kata imam hassan Albanna alwajibat akthar minnal auqat…fuhhh…tapi apa yang pernah terangka dalam minda semuanya hilang, dah lupa, kena fikir balik, still nak buat tajuk palestin atau tajuk lain?hmm…takper yang penting setiap karya menyampaikan mesej dan dihayati..amen….moga itu dapat menambahkan amalan pahala saya dan disalurkan untuk ibu bapa saya, semasa mereka hidup ataupun mereka meninggal dunia.ameen……
+ Terima kasih pada kawan2 rapat yang begitu memberi sokongan, dan seorang kawan saya yang selalu memberi semangat, berada di sisi saya ketika senang dan susah, gopi, bagaimana bisa budimu saya balas?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home