Sunday, May 18, 2003

SELAMAT HARI GURU!

Selamat Hari Guru buat guru yang pertama dalam hidup saya, mak dan ayah
Ayah,
Terima kasih kerana mengajar saya mengenal tikar sembahyang
Terima kasih, kerana mengajar saya membaca Quran
Terima kasih kerana mengajar saya erti ketegasan
Terima kasih kerana mengajar saya erti bertanggungjawab
Terima kasih kerana mengajar saya erti kasih sayang dalam diam
Terima kasih untuk segala-galanya
(Ayah saya guru Bahasa Arab)

Mak,
Terima kasih kerana mengajar saya erti kehidupan ketika mak melahirkan saya
Terima kasih kerana mengajar saya erti kasih sayangmu yang tak bertepi
Terima kasih kerana mengajar saya erti kelembutan
Terima kasih kerana mengajar saya berani menempuh setiap cabaran
Mak, terima kasih untuk segala-galanya
(mak saya guru pendidikan Islam)

Adik beradik yang lain,
Abg Wafee, kak wana, ed, adik,
Terima kasih kerana mengajar saya erti sebuah keluarga
Abg wafee, terima kasih atas segala nasihat dan sikapmu yang sentiasa ambil berat,
Kak wana, terima kasih kerana selalu menjadi pelindung saya acapkali saya dibuli, terima kasih menyokong saya……..
Ed, terima kasih, walaupun kakakmu ini tak mampu memahamimu
Adik yang comel, terima kasih kerana sentiasa membuat diri ini tersenyum dengan telatahmu, terima kasih kerana menjadi tempat saya melepaskan marah, kau sentiasa relakan dirimu dicubit…..

Gopi,
Terima kasih kau guruku dan sahabatku
Kau mengajar aku erti manisnya sebuah persahabatan
Kau mengajarku erti tidak putus asa
Terima kasih, kau mengajar aku erti tabah
Kau mengajarku mengenal dunia penulisan
Kau sentiasa menyokongku dalam segala hal
Sahabat, budimu terlalu tinggi

Fad, ayu, sumaiyah, fhaiez, ijah, zaidah, kak ira
Kalian mengajarku semangat setia kawan

Ustazah Nik Mahizan
Kau mengajarku dan mendidikku umpama ibu keduaku

Cikgu-cikgu SKAR, Irsyad, KISAS
(terutama ustaz nazmi, cikgu zainal, cikgu sapina, ustazah zaidah yang tersayang, ustazah norlia, cikgu hasnah)
kalian mengajarku selautan ilmu
Kalian curahkan ilmu......
Terima kasih segala-galanya
(tatkala menulis entry ini tak disedari air jernih mengalir di pipi, kenapa diri ini kerap dihantuk sendu akhir-akhir ini?)

SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA…….



0 Comments:

Post a Comment

<< Home