Tuesday, May 27, 2003

HOME SWEET HOME!!!!

+ Dah sampai umah dah, best best best, alhamdullillah bebanan exam yang tergalas di bahu dah terungkai satu persatu, cuma tawakal agar mendapat result yang terbaik, yang ditargetkan, agak risau untuk subjek tort berbanding ILS, mungkin carry mark agak hampes, aper2 pun segalanya serah pada Allah
+ Tak hampir 2bulan bersama Sir Altaf, saya dah menyayangi pensyarah yang agak lewat umurnya, dia terlalu penyayang persis seorang datuk. Sir, nak amik jadi atuk angkat leh? :D
+ Tahniah juga buat ustaz Burhanuddin yang baru mendapat cahaya mata perempuan yang pertama.

Saya : baby pompuan ker lelaki ustaz?
Ustaz : perempuan (sambil tersenyum)
Saya : mabruk ustat
(tak rapat sangat dengan ustaz bob, lagi rapat dengan ustaz nushi dan ustaz zainuddin, kalau tidak dah lama saya tanya nama baby dia tuh :)

----------------------------------------------

KALAU SAYA JADI REKTOR

Kalau saya jadi rector, saya akan buat banyak changes:

Library
+ Tak benarkan student masuk library dengan kasut tumit tinggi, ganggu kosentrasi orang nak studi
+ Kasik student bawa masuk makanan yang kering masuk library (bestnya arituh berjaya seludup milo freeze ngan roti dalam library kui3)
+ Student yang nak berbincang dalam library, masuk kat discussion room, jangan buat bising kat meja2 dalam library
+ Kerusi biru ala-ala kusyen kat bahagian laws yang hujung sekali kat bahagian sister tak dibenarkan dijadikan sebagai tempat berdating, ini library la bukan tempat dating aaa

masjid
+ Dekat tingkat atas sekali, tak dibenarkan muslimin study situ, sebab bila diaorg jalan diaorg akan nampak muslimat dekat tingkat bawah dari tingkat tuh, kawasan muslimin cukup jerla yang kat bawah sekali tuh, lagipun muslimin kan nisbahnya 1:4 (ker dah meningkat? Hehe)

Hostel
+ Tempat basuh baju, rendahkan sikit, jangan tinggi sangat, kesian kat saya yang terlampau tinggi nih :D (terutama kat mahallah syafiyyah, mahallah lain ketinggian dah ok)
+ kasik student online internet free (tak study ler saya hehe)

Exam
+ Buat jer open book exam, macam system kat Australia, baru best!

Amacam pakdi
, kak nurin
, kak dee
, nanti vote saya aaa jadi reactor heheh :D

+ Masa balik tuh, kat dalam bus, I met with one male Chinese lawyer, ingatkan sombong, rupa2nya friendly sangat, banyak dia kasik tips study, if I face any prob with my study dia ckp give him a call (dia already married, dah ada anak pun ). Dia ada firm sendiri, major dlm intellectual prop, dia suggest saya amik subjek nih utk elective course. Then the most intereting one, dia ajak saya kerja dengan dia lepas gradeā€¦haha, rasa nak invite dia la untuk prog millef nih :D. Susah nak jumpa Chinese yang interested dengan budak malay.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home