MENDENGAR JAWABNYA, DALAM KABUS
Gelap ruang tertutup, berkunci
masih hitam tanpa tanda
bilakah terangnya menyuluh tenang
Jawablah, jangan berdiam, murka seluruh sendi
gugup segala rasa, terbitlah segala resah
jangan berdegup lagi wahai jantung, jangan berinjak lagi
paling sakit, paling sakit
bukakan pintu suaramu
biarlah aku terdengar,
dan hitam pekat malam ini
tidak sendiri, dan bulan biarlah terang
aku mahu bersuluh, mendengar jawabmu
dalam kabus besok, mungkinkan ada benarnya
jawablah, wahai sanubari nurani.
usah diam begini
membiarkan aku bermain rasa
Anjan Ahzana
univesiti malaya, kl
0 Comments:
Post a Comment
<< Home