Monday, June 23, 2003

SUMMER CAMP

+ Wah, dah hampir seminggu tak online, tak check weblog….fuh, kerja banyak sangat sbb tuh tak sempat. Program Summer camp dan millef menuntut komitmen dari saya. Walaupun saya tidaklah memegang jawatan penting untuk millef, hanya sekadar ass. Headcomm untuk pub n pro, namun bagi saya amanah yang tergalas di bahu amat payah untuk dilaksanakan. Apa tidaknya saya lah juga PR(public relation), saya lah juga s/u buat surat ( s/u yang sebenar tidur…hehehe) dan saya jugalah prep n tech, pergi berulang alik IP (iium property), development dan food and services. Inilah payahnya kalau orang yang sepatutnya buat kerja tapi tak buat kerja, nanti menyusahkan orang lain. Millef dah nak hampir, tapi banyak urusan yang tak selesai lagi….mujur subcomm sponsor tawar diri nak buat flyers, ringan la sikit kerja pub n pro. Takper bak kata kawan saya ‘don’t cross the bridge until u come to it’

+ Program Summer camp dah habis, taktau nak cakap macam mana bestnya program tuh, honestly from the deep bottom of my heart, program tuh memang best, saya betul2 enjoy, talk yang diberi oleh Madam Muzhirah, miss ezan, madam waheeda mmg best. Madam waheeda sempat berbisik pada saya, masa tengah makan dengan madam di bilik VIP “huda, you are a good girl, and u have to choose a good husband, don’t simply choose ur husband, follow ur heart”. Uikss, terkejut gak tiba-tiba jer madam cakap macam tuh, tak tau kat mana ‘good’nya saya nih, nakal lagi aderla. Rasa berbaloi penat lelah sebelum nih, dan disebabkan ‘summer camp’ nihlah saya cuba naik motorsikal (walaupun jadi pembonceng) , 1st time naik motor, sebelum nih takpernah naik, takut sangat, rasa cam nak jatuh, lepas nih tobat tak nak naik motor dah :D. Pada semua facie , mc lin, ayu, fhaiez, lin, maz, ud, akmal, mc na, kinah, kak shaba, kak sha, shahirah, shima, bukhori, jais, anwar ezzad, kerol, wan anwar, mat noor, nazri…terima kasih kerana memberikan kenangan manis pada saya dan moga ukhuwah ini tetap lestari, dan sampaikan masa post mortem, seorang facie brother masa bagi komen, menitiskan air mata sebab terharu dengan program nih…alhamdullillah syukur pada Allah kerana mengizinkan program ini berjalan dengan lancar.

+ saya dah baca buku lakaran sahrawi. Lama tunggu nak baca buku nih, last2 baru dapat. Komen? Saya agak kurang gemar novel yang terlalu jiwang (bagi saya lakaran sahrawi terlalu jiwang). Memang tak dapat dinafikan bahawa semua novel tak dapat lari dari unsur ini tapi cukuplah diselit secara sederhana, seperti novel ‘sesegar nailofar’. Sekadar pendapat….pendapat boleh diterima dan ditolak.

+ Saya dapat roommate baru, foreigner dari india, nama farha, best jugak dapat roommate foreigner leh improve speaking, tapi yang tak best nya bilik saya tuh dah jadi wayang citer hindustan heheh

+ Masa tengah mengadap buku contart, tiba-tiba hanset berbunyi, dapat satu sms, nom tak dikenali...lebih kurang camnih la bunyinya "macam bagus ko nih, muka kerek, sombong, ingat ko tuh best sangat ker!" uiksss...tak sangka ada orang tak pueh hati ngan saya, hmm..nak buat camner nak memang muka saya nih camnih, blur sikit dan susah nak senyum kat orang....

+ ok till fingers meet keyboard again, nak makan lapor....

+ okies, till fingers meet keyboard again, adios, nak makan, lapor….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home