From :
"Ghafirah Idris"
To :
huda_soid@hotmail.com
Subject :
SELAMAT HARI LAHIR KE-20!
Date :
Mon, 13 Oct 2003 08:02:45 +0000
Ditulis semasa Hari Lahir mu. maafkanku kerana hanya sempat menghantarnya hari ini.
SELAMAT HARI LAHIRYANG KE-20!
Mengenalimu adalah sesuatu yang berharga dalam hidupku, bahkan tak keterlaluan kukatakan persahabatan kita adalah suatu anugerah daripada Ilahi buatku.
5 tahun mengumpul artifak kenangan suka dan duka bersama, serasa mampu mematangkan persahabatan kita yang kian terpasak kukuh. Kiranya kita masih yakin dan tidak kekok untuk bersama hingga ke saat ini, meski adakalanya langkah perjalanan persahabatan ditujah ranjau. Alhamdulillah, kala ini, dengan rahmat dan kasih Tuhan, kau dan aku masih bisa berkongsi segala-galanya; daripada sekecil-kecil detik perasaan dan rasa hinggalah sebesar-besar persoalan dan permasalahan yang menerjah hidup.
Sepanjang mengenalimu, aku sedar kau punya semangat dan kekuatan untuk berdiri memimpin. Bahkan aku mengkagumi keberanianmu mendaki puncak. Kau nampak hebat ketika bersuara, tambahan dirimu yang kecil lebih membuatkanku bangga denganmu. Huda! Dalam diam-diam tanpa kau ketahui, keyakinan dan kebijaksanaanmu sedikit-sebanyak menjadi inspirasiku. Terima kasih ya! J
Aku lebih menghargai kejujuran huluran persahabatanmu ketika diriku diduga Ilahi. Ikhlas dari lubuk nuraniku nan dalam, dorongan dan nasihatmulah yang menjadikan diriku tabah untuk berjuang. Bahkan kau tidak jemu-jemu mengunjungiku sabah hari di hospital bahkan di rumah. Justeru dapat kuketahui betapa tulusnya persahabatan kita dan betapa kau benar-benar menghargaiku sebagai sahabatmu. Huda! TERIMA KASIH dan TERIMA KASIH atas segala-galanya. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas budimu!
Kini kau di Gombak dan aku di PJ. Walau tidak lagi kerap bertemu, namun kita masih berhubung lewat email dan telefon. Segala waham masih kita kongsi bersama dan doaku selama-lamanya akan kekal begitu. Benarlah! Jarak hanya ruang, perpisahan hanya waktu. Persahabatan nan murni dan suci, mampu menaut kejap dua hati yang berjauhan.
Hari ini hari lahirmu. Genap 20 tahun menjulang Islam dan iman di dada. Pasakkan dan tunjangkan ia sekukuh mungkin. Hiasi ia dengan puspa akhlak mahmudah. Jujur dan yakinlah dalam setiap gerak atur dan bicaramu. Moga menjadi hamba Ilahi yang taat, muslimah dan anak yang solehah, pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat, justeru akan menguntumlah mawar suci idaman, Insya Allah J Ingin jua aku berpesan, jangan sekali-kali dirimu terlupa, hari inilah, kala 20 tahun yang lalu, ibumu berjuang antara hidup dan mati demi memberimu makna sebuah kehidupan. Justeru penghargaan selayaknya diberikan padanya.
Akhir kata, SELAMAT HARI LAHIR dan selamat menempuh alam kedewasaan…
*Jangan lupa "date" kita!
(Sajak khas yang aku ubahsuai daripada sebuah sajak lain)
Persahabatan ini seperti masih menghijau
dan ia mohon berkata
inilah saban hari
mesra yang telah lama dipeluk.
Tumbuh segar dan semerbak ia
dalam doa kukalung serak rahmat
pagi itu - kulihat wajahmu dalam warna pagi
yang tak pernah hilang rasa persahabatan
saban waktu tiada pula kejauhan ini
menghalang detik rasa
Mengingati dan menghargaimu, sahabat!
Kupagar, kudodoi dan bila di jarak kejauhan
Persahabatan ini tersaga
menjatuh degupku ingin melangkah
meratib segala sengsara lalu
Kadangkala di jarak perantaraan ini
saling kuutus saban hari
serasa wajah subuh, ada matamu
dan serasa ufuk akan terbit
adalah bayangmu
dan kini - entah berapa kali
telah kuhembuskan ke jauhari langit
"Tuhan – rahmatilah persahabatan kami"
Betapa sukar – sesukar dapat kurasa, kuteka dan kujawab
hari ini, betapa susahku berjalan, merangkak
di tengah kota dipeluk gusar
di tengah jalan dirasuk risau
dalam doa,
Moga dirimu senantiasa sejahtera
kugengam segala jari keazaman
tak pernah kulupa. Segala rintih budimu
mungkinkah dapat kau rasa…
Salam ikhlas,
Ghafirah bt. Idris
12 Oktober 2003
-----------------------------
hati ini berbicara
Sahabat, baru hari ini, aku berkesempatan membaca marsum mayamu. Maaf atas keterlewatan itu, kau juga tentunya tahu aku terpaksa menjalani kursus kala cuti ini. Apa yang dapat aku katakan lagi sahabat, berjurai turun, memanik mutiara putih membaca lakaranmu. Oh, sahabat, betapa aku jua menghargai persahabatan yang terbina ini. Moga ianya segar mewangi, harum mekar di hati-hati kita. Ya ukhti, uhibbuki fillah
0 Comments:
Post a Comment
<< Home