Wednesday, October 29, 2003

RESULT OH RESULT

Result exam final saya untuk sem lepas dah release. Alhamdullillah, syukur pada Allah walaupun pointer sem ini agak menurun berbanding sem lepas. Admit, performance saya sem kali ini agak teruk, and i'm deserve for that. Aper2pun alhamdullillah. Syukur pada Allah, rahmat kasihNya terlalu melangit tinggi, cuma saya jer kadang-kadang lupa padaNya. Terima kasih pada mak dan ayah yang tak jemu-jemu memberi kata semangat time saya down (saya slalu down hehe) dan sentiasa doakan saya. Jasa kalian bagaimana anakmu ini ingin membalasnya. Pada kawan-kawan seperjuangan, terima kasih kerana banyak membantu diri ini.

Allahu Akbar!

-------------------------

ORIENTATION PROG AT PERMATA

Alhamdullilah, daripada memula maleh nak datang prog nih yang selama 9 hari tapi akhirnya prog nih memberi kenangan manis pada saya (although i alwizz deny it heh). Banyak gak manfaat, benda baru yang saya dapat dari program nih. Kesimpulan prog tuh memang best. Kenapa?

+ Dapat jumpa seseorang yang saya minat, penulis lirik 'Sumaiyah' Ustaz Pahrol Mad Joui, dia salah seorang fasi untuk slot Perkasa Diri
+ Dapat title penceramah terbaik dan Dr.mashitah nom2 masa program tuh. Ustaz Pahrol yang memberikan title tuh kepada saya selepas sesi pembentangan kumpulan :):)
+ Dapat buddy yang best (?)
+ UIA buat kelainan, majlis penutup diconduct dalam 3 bahasa, BM, BI dan arab. Sebelum nih bm ngan bi jer. Dipuji oleh pengarah education unit atas perubahan tersebut. Lagipun petronas kan dah bukak banyak cawangan di Sudan etc
+ Dapat ramai kawan dari berbagai universiti yang macam ragam. Sampaikan tepon bilik saya dan kauthar asik berbunyi dengan panggilan misteri time memalam
+ Dapat tau background orang yang kadang-kadang kita tak jangka betapa beratnya ujian yang diaorg terima, majority come from the brokage family, menjadikan saya rasa amat bersyukur dan insaf
+ Dapat, dapat, dapat, dapat........dapat apa2 jerla

-----------------------------

Benda yang patut huda buat sebelum balik uia

+ siapkan cerpen sebagai hadiah besday seorang teman saya
+ habiskan novel 'salina' yang dipinjam
+ makan char keow teow penang sebelum balik uia, kalau tidak kempunan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home