Thursday, December 04, 2003

"constitutionalism denotes constitution not only of engine but brakes as well"(MP Jain) . suka quote nih, ayat dia best,dramatic....dapat dari tutorial consti. Sem nih huda kena rajin, jangan malas-malas lagi, gambate! p(^_^)q

+ Drama syawal (scene 1)
Dari kejauhan, dalam hiruk pikuk keributan manusia di bus station, dua orang gadis sedang bersalam-salaman dengan ayah mereka. Si ibu setia di sisi si ayah. Ciuman di tangan ayah beralih ke tangan ibu. Kemudian kedua-dua gadis itu memeluk ibu mereka sambil diperhatikan oleh si ayah. Sayu sungguh hati mereka, namun apakan daya kembara pencarian ilmu perlu diteruskan. Cuti hanya setakat itu.

"Ayah esok masuk wad" lembut suara itu kedengaran.

Si adik terbeliak.

"kenapa ayah?"

"Pasal ayah jatuh hari tuh, ader kesan, jadi kena operate"

Si adik tunduk, menguis-nguis plastik sampah di kaki. Dia menghela nafas, melerai asakan yang berombak di dada. Kolam matanya berkaca. Ditahan mutiara jernih itu tumpah. Namun memanik itu pecah, laju menuruni birat pipinya. Bahunya sedikit bergoyang.

"****(nama si adik) tak mahu balik uia, **** nak masuk wad sama ayah," Dia mengangkat kepala, mengikat pandangannya pada mata tua itu.

Si ayah, mengusap kepala si adik memujuk si adik yang tersedu sedan menangis. Biar apa orang sekeliling kata, si adik tidak peduli, apa yang dia tahu, dia amat sedih.

Si mak dan si kakak yang menyaksikan peristiwa itu juga seakan-akan tidak mampu menahan mutiara jernih itu dari tumpah.

"Isk hangpa buat drama syawal pulak dekat bus station ni" seloroh si emak dalam loghat penang yang pekat sambil tangan menyeka air mata.

"Semoga ayah cepat sembuh" doa si adik dalam hati. Malah si adik percaya itu juga doa yang sama dipohon oleh si kakak dan si mak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home