BERMULA SEMESTER BARU
Keripuhan mahasiswa-mahasiswi jelas terasa. Masing-masing sibuk untuk menguruskan jadual untuk sesi add and drop. Saya juga tidak terkecuali, sibuk membuat application for changing section untuk subjek Islamic Criminal Laws. Lebih selesa dengan method pengajaran Ustaz Nushi berbanding Ustaz Abdul Rahman. Sementelahan ustaz Nushi ialah ustaz saya semasa di semester 1 (subjek Islamic Legal System). Malangnya permohonan saya tidak dilayan malah saya mangsa hamburan officer A&R yang nyata tegang. Namun, masih tidak berputus asa, malah terpaksa juga bertekak dengan officer A&R, memperjuangkan right saya sebagai seorang pelajar. Tambahan online system uia yang down selama beberapa hari, jangan bermimpi untuk add and drop, andai anda tidak boleh log in. Entahlah, tidak tahu bagaimana ingin disalurkan perasaan marah dan kegeraman yang bersarang di dada, setiap tahun menyaksikan masalah yang sama berkaitan dengan online registration, tanpa ada upgrading system. Saya percaya orang mukmin tidak akan jatuh di lubang yang sama untuk kali ke dua, tapi itu realiti yang berlaku di uia.
Mencuba nasib berjumpa dengan ustaz Mohd Deen selaku Deputy Dean Kulliyyah. Syukur sambutan dari ustaz tidak menjengkelkan. Ustaz melayan saya biarpun dia kelihatan keletihan. Ustaz berjanji akan cuba menolong setelah selesai sesi add and drop. Amat berharap permohonan saya diluluskan. Hari ini kelas Probate, Quranic Ayat 3 sudah bermula biarpun rasanya saya belum bersedia untuk belajar. Di kelas Quranic Ayat3, tiba-tiba, terimbas kenangan kelas Quranic Ayat II, kenakalan saya mengenakan ustaz Burhanuddin, mimik muka Ayu, kawan saya, menarik muka masam 14 ketika diusik oleh ustaz, segala-galanya bagi saya indah. Berjanji dalam diri untuk menziarahi Ustaz Burhanuddin di biliknya sempena Ramadhan, berterima kasih dengannya atas segala ilmu yang telah dicurahkan.
Pulang ke bilik ketika jarum pendek jam menunjukkan angka 1 dan jarum panjang di angka 12. Segera teringat urusan pembatalan PTPTN yang belum selesai. Malah result exam saya juga belum di fax lagi ke Education Unit. Banyaknya kerja saya yang tertangguh. Namun usai solat, masih sempat membelek-belek novel 1515 karya Faizal Tehrani, novel ini sudah lama dibeli tapi belum dibaca. Banyak novel lain yang sedang menanti giliran. Malah 'Salina' juga belum dihabiskan. Baru membuka beberapa helai, mata mula mengantuk dan akhirnya saya terlelap hingga Asar.
Lepas Maghrib menerima panggilan telefon dari kedua-dua adik saya, mujahid dan lutfi. Masing-masing sibuk menceritakan exam yang mereka hadapi. Lutfi SPM, manakala mujahid STPM. Melontarkan kata semangat pada mereka dan sedikit petua, moga-moga mereka dimudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan, amen. ( Adik-adik akak yang disayangi, Ed dan adik (panggilan lutfi di rumah), semoga berjaya, doa akak akan sentiasa mengiringi kalian, usahlah gentar di medan peperiksaan, pohonlah doa kepadaNya setelah berusaha, sentiasalah berhusnuzan denganNya, dan taatilah kedua-dua mak dan ayah kita. InsyaAllah akak percaya kalian akan berjaya!)
Menghadiri meeting untuk program 'Picnic Ramadhan' usai terawih. Program diadakan untuk menyambut adik-adik baru dari matriculation centre hujung minggu ini.Malah jadual berbuka puasa saya penuh, itu belum dicampur dengan jemputan keluarga ustazah nik mahizan. Kalau anda ingin berbuka puasa dengan saya nampaknya perlulah saya menyusun jadual dan melihat pada kekosongan :) (sekadar gurauan). Selesai meeting mendengar siaran IKIM dan akhirnya terlelap. Moga hari esok akan saya tempuhi dengan penuh semangat membara, Ramadhan nyata menyuntik kekuatan pada diri saya :)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home