Sunday, November 09, 2003

TUHAN BERATNYA UJIAN INI

Tuhan,
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan,
Ada yang yang dapat ku gagahi
Ada yang gagal kuhindari……
( Haikal )

Tuhan, gantikanlah kehilangan itu dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya. Sesungguhnya taqdir dariMu adalah yang terbaik buat diriku. Usah biarkan diri ini berandai-andai Ya Allah. Biarpun ujian melanda, ku tetap berkasih padaMu, kerana kuyakin kasihMu, kekal tiada sudahnya.

-------------------------------------

PICNIC RAMADHAN ( KEM RAMADHAN )

Syukur, dalam kerahmatan Ramadhan yang mulia, saya dipilih oleh Allah untuk menghadiri kem ‘Picnic Ramadhan’ hujung minggu lepas. Malah ditaklifkan memegang jawatan ketua fasi. Namun secara jujurnya dalam menjayakan program ini, saya diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian samaada ujian spiritual mahupun fizikal. Saya yang baru pulang dari matrik, berbuka puasa dengan gopi, bergegas ke program. Menepis segala kepenatan yang membungkus diri. Terlupa handout Ramadhan dan borang muhasabah yang belum diprint dan photostate. Segera ke cc shafiyyah namun tutup. Bergegas ke Iqra’, hampa semua pc tidak berfungsi. Menapak pula ke library, printer out of ink. Akhirnya terpaksa ke cc luar uia untuk print dan photostate handout dan borang tersebut.

Sampai ke program agak lewat. Program sudah bermula. Malah saya ketinggalan hampir separuh kuliah ustaz Shamsuri, Ukhuwah dan mujahadah. Program diadakan di hutan isi rimba berdekatan dengan zoo negara. Yang melucukan saya ke hutan memakai kasut yang agak bertumit. Terkial-kial saya berjalan melalui jambatan titi, dan melalui akar-akar kayu yang berselirat haha.

Petangnya saya dan akh Abu Zar (bukan abu zar ex-kisas) incharge untuk aktiviti ‘egg dropping’, malah saya diberi kepercayaan untuk conduct keseluruhan aktiviti lantaran aktiviti ini adalah hasil idea dari saya. Alhamdullillah, biarpun menghadapi sedikit kesulitan aktiviti masih berjalan lancar.

Namun entah kenapa, ketika pukul 6.00 petang. Saya rasa tidak bermaya. Rasa penat yang amat sangat. Kepala rasa berat. Pening yang mencucuk-cucuk. Gagahkan jua diri menghadiri iftar JIM Gombak di Al-Amin. Selesai terawih, keadaan makin parah. Seolah-olah rasa ingin pengsan. Memohon kebenaran kak huda ramli untuk pulang ke mahallah. Alhamdullillah, kak huda memahami. Sedikit kecewa tidak dapat bermalam di khemah seperti sahabat-sahabat yang lain. Saya diuji dengan ujian fizikal dan spiritual. MasyaAllah, ujian yang melanda moga-moga ianya tanda kasih Allah pada saya.

Esoknya menyambung program sehingga ke penutup. Alhamdullillah, syukur semuanya berjalan lancar.

-----------------------
HUDA YANG SIBUK

Isnin- meeting final touch iftar ex-irshad. Ex-kisas bila ya?
Selasa- iftar akhawat ex-irshad, ditaklifkan menjadi mc
Rabu- iftar QYC
Khamis – iftar dengan usrah
Jumaat- post mortem Picnic Ramadhan
Sabtu- akan ke rumah ustazah nik mahizan. (sepatutnya saya perlu menghadiri muqayyam Ramadhan di segamat, johor, namun terpaksa menarik diri, lantaran sudah berjanji dengan ustazah)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home