Thursday, November 20, 2003

TAKDER KEJA EHEHE :D

Takder keja capture gambar sakura kat sakura the movie...comel kan :D



comel comel :D



lagik comel....:D

Macam muka kite kan :D:D:D:D:D ehehe

--------------------

HOME SWEET HOME

Wartawan - w
Saya - s

W : Assalamualaikum saudari. Saudari nih huda soid kan?
S : yer saya, knape? Nak mintak autograph ker hehe

W: leh gak, nak interview saudari nih utk dimuatkan dlm hudasoid.blogspot.com nih. Buleh saudari meluangkan masa bersama saya, lebih kurang setengah jam. ( muka wartawan yang penuh mengharap, mata bersinar2, seolah-olah taktik mata shin chan kalau dia nak raih simpati dari mak dia)
S : (sambil tengok jam). Ada buat appointment ker? Saya bz nih. Eh, apo kebendo hudasoid.blogspot.com tuh. Leh masuk muka ker kat situ. (sambil membetulkan lipatan tudung )

W : tolon saudari. (sekali lagi menggunakan taktik hikmat mata bersinar jurusan ke 8)
S : oklah, oklah (beralah kerana tidak tahan lagi dengan hikmat mata bersinar tuh)

W: Saudari budak law kan. Uia? Wahhh, saya betul2 minat budak law uia nih
S : (sambil tersenyum) ehehe, kalau nak interview saya bayar 8 juta leh?
W : manyak bulehhhhhhhhhhhhhhhhh
S : (kat mata tergambar gambar duit $ $ $)

W : saudari huda, raya pun dah menjelang tiba, buleh saudari ceritakan bagaimana sambutan raya kali nih?
S : oit, encik wartawan, asik pikiaq raya jer yer, patut2nya cuba pikiaq ramadhan yang dah nak berakhir nih. Sisa-sisa ramadhan nih, manfaatkan sepenuhnya. Mana tau tahun depan ntah sempat ker idak kita bertemu dengan Ramadhan lagi. Ajal maut di tangan Tuhan. Nihlah silapnya persepsi orang kat Malaysia nih, bila tiba nak syawal jer, dah lupa ramadhan yang nak berlalu pergi, bagai kacang lupokan kulit. Bla...bla....bla....

W : sob sob sob, dahler tuh sedari, saya betul-betul insap nih (sambil mengelap air mata yang bercucuran turun). Saudari dah beli tiket nak balik kampung?
S : (sambil tersenyum, sekali sekala kejit mata) orang dah sampai umah dahler. Home sweet home. Meskipun badan sedikit letai, menempuh keripuhan orang ramai tika ingin pulang ke rumah. Manusia berhimpit-himpit, membanjari jalan duta, malahan tolak-menolak, masing-masing ingin cepat sampai. Kemanusiaan ditolak ke tepi. Saya juga tidak terkecuali, dihimpit dalam keriuhan suasana jalan duta. Berada dalam keadaan sebegitu membuatkan kepala saya hampir pening. Keributan, suara pekik memekik disusuli dengan bunyi bising bas amat menyesakkan. Namun gagahkan diri jua meskipun terpaksa berhujan, dan baju basah lencon. Menanti bas yang dijadualkan tiba, menagih seribu kesabaran dari saya lantaran bas terlewat hampir sejam. Senario bersesak sebegini jarang saya hadapi, kerana selalunya waktu-waktu perayaan lebih selesa pulang ke kampung menaiki kereta. Namun tahun ini, sepupu saya, mahasiswa uniten, sudahpun menamatkan pengajiannya. Saya tidak punya pilihan, terpaksa menaiki bas untuk pulang ke rumah.
W : ehem...ehem... saudari, saudari?kita sekarang nih berada dalam format interview atau wawacara bukan format karangan mahupun sastera ya
S : hehehe (tersipu-sipu malu) ehehe, saya terbawa-bawa dengan sastera, maafkan saya.

W : kala syawal nak tiba nih, siapakah insan-insan istimewa yang saudari ingat mahupun yerlah yang berada di ingatan saudari?
S : hmmm...(sambil berfikir-fikir, sekali sekala mendongak ke langit, eh silap sini bilik interview ader bumbung, kira tengok siling la) insan istimewa ek? Hmm....ada! blink* blink*blink*. Abang kandung saya, setiap kali iftar selalu teringat dia, terfikir dia bukak posa dengan apa, camner dia kat sana? Camner dia sambut ramadhan? Camner dia sambut syawal? Isk, ntah rinduuu sangat kat dia :) saya dah antar kuih raya tau kat dia, almond London, kuih raya feveret dia, kali nih bukan nut London lagi dah (sbb tahun lepas, abang complain kuih raya yang saya kirim tuh dalam dia kacang tanah bukan almond ekeke, time tuh nak save budget,sambar yang mydin nya). Pastuh teringat kat sorang ustazah kite, ustazah nik mahizan, tak sempat pegi umah dia, sebab akak saya ader keja, sampaikan mimpi datang umah ustazah sbb rindu sangat (akhir-akhir nih asik mimpi jer, kak nurin pun ada dalam mimpi saya)

W : oh, saudari memang adik yang mithali. Tahun nih saudari buat kuih raya?
S : tengoklah dulu. Tapi cadang nak buat kek coklat, (ehehe kak fhaiez kita lawan ek, kek coklat saper paling sedap )
W : saya suka makan kek coklat. Nyum nyum?.eheheh lupo lak sekarang bulan posa. Ok serius...serius. Tahun nih saudari dapat banyak kad raya (sambil kejit mata)
S : (aik main kejit-kejit mata lak kak wartawan nih, kejit balik la ) banyaaaaaaaakkkkkkkkkkkkk, tima kasih yang antar, sama ada ecard mahupun card yang betul. Tahun nih saya antar kad selamat ari raya kat semua lecturer yang penah ajar saya :) ( ijah selalu kata saya kaki bodek, yer ker?)

W : oklah saudari huda, aper pesanan saudari sebelum mengakhiri interview nih
S : pesanan ek? Aper yer..hmmm....moga-moga madrasah ramadhan kali ini benar-benar menjadi kursus intensif bagi kita dalam mendidik hati-hati kita . Moga cerlang ramadhan dapat digapai lagi tahun hadapan insyaAllah. Selamat hari raya pada semua. Kullu 'am wa antum bilkhair, insyaallah. Eh, kak wartawan ader abang tak, kem salam ek kat dia ehehehe.

Tiber2 interview tergendala, kerana webmaster hudasoid.blogspot.com, merasakan interview itu terlalu berunsur kemerapuan, wartawan itu dipecat 24 jam tanpa notis.

Apo huda dok merapu nih?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home