THE END OF RAMADHAN
Seakan tidak terasa, Ramadhan kembali hadir menemui seluruh ummat muslimin malah hadir menyapa diriku. Ah, sesiapa saja tentunya arif akan barakah bulan ini. Bulan yang setiap amalannya dilipatgandakan ganjaran pahala oleh Allah yang Maha Kuasa.
Sewajarnya tetamu agung ini dinanti penuh pengharapan, disambut penuh kegembiraan.
Sabda Nabi yang bermaksud “ Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan berbagai berkah. Alangkah mulianya tamu yang datang itu (Al-Thabrani)
Seharusnya kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana mengizinkan kita terus hidup dalam nikmat kesihatan untuk menikmati suasana dan keberkahan Ramadhan, terutama untuk dapat melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Lailahaill Allahu wallahu akbar,
Allahu akbar walillahil hamd…….
“KAU MENANGIS WAHAI DIRI?”
Ya, hatiku sayu, sebak dadaku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ramadhan malam ini kau akan pergi. Terlalu sekejap kau datang. Aku belum puas untuk melepaskan rindu kasih pada Tuhanku dalam hidup yang masih menatang usia remaja ini. Aku tahu kebanyakkan rakan seusiaku masih belum bertaut hati untuk mengingatimu. Namun entah mengapa aku merasakan diriku amat jauh di sisiMu.
Wahai Tuhan, Kau datangkan Eidil Fitri, sesuai dengan namanya. Rupanya kalimah Eid bukanlah bererti hari raya. Maknanya yang lebih tepat ialah hari muhasabah diri yang datang berulang kali.
Aku sudah 20 kali meraikannya. Aku cuba penuhi dengan ibadah sekadar yang termampu olehku. Aku cuba berpuasa lahir dan batinku. Siang harinya ku kekang mulut dari makan, minum mahupun mengumpat keji orang. Kukekang keenam-enam panca inderaku dari terpengaruh dengan godaan nafsu walaupun pada ketika itu syaitan dirantai sehabis-habisnya. Ada ketikanya terleka juga dengan godaan-godaan dunia yang kadangkala menyebabkan aku terlupa yang diriku ini sebenarnya adalah khalifah yang tidak akan kekal hidupnya di dunia ini.
Saban malam aku cuba istiqamahkan diri untuk menghidupkan malam-malam yang sangat mulia itu kerana di antara malam-malam tersebut Kau janjikan Lailatul Qadar untuk hamba-hambaMu yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh mengikhlaskan hati beribadah semata-mata untukMu. Sedaya upaya aku cuba tangiskan diri di atas keterlanjuran yang telah kulakukan sebelum ini. Cuma apakah Kau sudi memaafkanku wahai Tuhan kerana ada ketikanya aku lalai dalam mengingatiMu. Dan ada ketikanya Tarawih yang kulakukan dalam keadaan tidak khusyuk.
Namun aku tahu Kau Maha Pengasih. Sikap PengasihMu sungguh tidak terbatas kerana Engkau tidak pernah membeza-bezakan antara yang muda, miskin dan kaya dalam memberi rahmat.
----------------------
CHATTER BOX
ustaz zaid : salam dah disampaikan,ternyata ustaz nushi terkejut, alhamdullillah saya dah berjaya tukar section
mamad : Eid mubarak aidhan, timakasih kad raya, kalau mamad buat umah terbuka, insyaAllah huda pegi
missapple : eid mubarak kembar sama nama ;) kullu 'am wa enti bikheir insyaAllah, eh saya dah tak nanggis dah :D
0 Comments:
Post a Comment
<< Home