DEMAM
MasyaAllah sejak akhir-akhir ini saya kerap ditarik nikmat sihat. Kengkadang demam, kengkadang sakit kepala, kengkadang batuk. Adakah kerana saya terlalu sibuk kebelakangan ini? Di kelas probate tadi, malah kelas ICL dan kelas Quranic Ayat, saya tak henti-henti batuk. Terasa tekak begitu perit, panas seluruh badan. Mood untuk belajar segera hilang. Di kepala hanya tergambar katil di bilik. Ingin cepat pulang untuk berehat.
Kawan-kawan yang lain banyak yang menegur, malah menerima sms supaya cepat sembuh. Syukran kerana mendoakan saya. Usai kelas Quranic ayat, terus menapak ke klinik. Sudahlah badan tidak beberapa sihat, terpaksa berjalan ke klinik dalam terik bahang matahari. MasyaAllah semuanya menagih kesabaran dari saya. Ayu dan ijah tidak dapat menemani lantaran mereka ada presentation untuk tutorial criminal petang ini.
Langkah dihayun ke klinik, agar cepat sampai. Meski ingat-ingat lupa di mana letaknya klinik. Pusing-pusing di cafe engin, terus ke edu, mencari klinik, namun tidak terjumpa. Berkali-kali salahkan diri, 2 tahun menghuni di bustan ini, namun masih lupa arah ke klinik. Akhirnya mengambil keputusan bertanyakan kepada seorang sister yang lalu lalang. Dia nampak terkejut mendengar soalan yang diajukan, lancar mulutnya menanyakan sama ada saya pelajar baru. Saya cuma tersenyum, mengiakan kerana malas memanjangkan perbualan.
Sampai di klinik, masyaAllah, barisan beratur begitu panjang. Terpaksa menunggu giliran. Namun mujur ada seorang foreigner Sudan di sebelah, ajak dia berbual-bual. Ibu beranak dua itu nyata begitu ramah. Mula tertanya di dalam hati ingin berbual dalam bahasa arab atau english. Memutuskan untuk berkomunikasi dalam bahasa english saja :). Anaknya sulungnya Hafiz begitu nakal, manakala anak yang ke dua begitu comel. Hati tersentuh melihat bayi sekecil itu demam. Mata berair dan kadangkala menanggis. Tentu lagi sakitkan kalau anak kecil demam berbanding orang dewasa, lantaran sistem imunisasi mereka begitu lemah.
Kira-kira satu jam, sampai giliran saya. Alhamdullillah, diberi ubat batuk, demam, antibiotik dan ubat tekak. Kendong semua ubat dan dapat mc. Saya tidak ke kelas tutorial criminal petang ini, malah mungkin ponteng juga leadership training malam ini. Terkilan pasti saya tidak begitu kuat menghadiri diskusi abu urwah petang ini. Sudah beberapa kali huda escape program. Hmmmm......
Doakan saya cepat sembuh. Moga-moga ujian ini tanda ingatan Allah pada saya ameen.
p/s- sesiapa yang inginkan alwan dari saya sila datang ke bilik dengan segera, alwan cuma ada 4, laku macam pisang goreng di kuliah tafsir :)
+ Teringat jika demam di rumah, pasti ubat akan disuap oleh ayah, wahhh, rindu suasana di rumah :(
0 Comments:
Post a Comment
<< Home