Friday, January 30, 2004

HUKUMAN ROGOL- DEATH SENTENCE?

Lokasi- Tutorial Islamic Criminal Law
Pukul - 4.00 petang

Ustaz Nushi membincangkan bersama kami tentang hukuman rogol yang diketatkan- boleh membawa kepada death sentence kalau perogol tersebut membunuh mangsa. Malah section 376 Penal Code akan dipinda yang memperuntukkan setakat ini hukuman penjara 5 hingga 20 tahun dan sebatan.

In other word, kiranya kes rogol+bunuh, tidak akan dibicarakan berasingan seperti sebelum ini, didakwa mengikut section 376 atas sebab merogol dan section 302 atas sebab membunuh.

Soalan dari ustaz nushi adakah death sentence ini adalah takzir yang betul-betul mengikut perundangan islam atau sekadar man-made law?

Mula-mula semua di dalam kelas dah naik muka blur sebab kurang jelas dengan soalan ustaz. Termasuklah saya.

Ustaz Nushi- kalau takzir apa yang kerajaan buat sekarang ini adalah takzir, fine, imprisonment etc, tapi adakah death sentence ini betul-betul takzir in the light hukuman ini betul-betul mengikut hukum Islam? ( clear tak soalan nih, tak reti nak terangkan dalam bentuk bahasa)

Satu kelas membisu, masing-masing memikirkan jawapan.

"Huda, ma rakyuki?" Ustaz bertanya pada saya.

Saya tergamam. Alamak nak jawab apa?

"Kalau tak jawab ustaz potong markah, ewah cam ugutan pulak " seloroh ustaz sambil tersenyum. Kebetulan ustaz baru sahaja bagi paper test ICL. Result saya alhamdullillah, Allahu Akbar!

" Ustaz buat tahdid pada saya, kalau saya jawab pun jawapan saya dikira under ikrah ustaz" kali ini saya pula buat lawak

Terkekek-kekek ustaz gelak.

Pada pandangan saya death sentence adalah takzir disebabkan takzir adalah hukuman-hukuman yang diserahkan kepada pemerintah, terpulang kepada hakim untuk memilih hukuman bagi setiap kesalahan. Tambahan takzir bermaksud takdib mendidik, pastinya hukuman death sentence itu dapat mendidik masyarakat.

Tapi persoalan yang timbul, adakah hukuman death sentence ini dilakukan betul-betul kerana ALLAH atau terpaksa dilakukan ekoran kes rogol yang menjadi- jadi (?)(?)(?). Kalau ia dijalankan hanya kerana terpaksa kemungkinan besar hukuman ini akan berubah. Perlukah setiap sesuatu itu Allah turunkan peringatan, seperti yang terjadi sekarang?

Kalau hukuman itu tidak disandarkan kepada ALLAH, natijahnya tiada keberkatan di sebalik hukuman tersebut. Contohnya hukuman death sentence untuk kesalahan mengedar dadah ( drug trafficking ), kalau dari logik akal, hukuman ini ternyata sudah berat, membawa kepada bunuh (dianggap sebagai takzir disebabkan tiada nas dalam Al-Quran dan Sunnah tentang hukum mengedar dadah) Tapi cuba lihat apa yang berlaku sekarang, jenayah dadah masih berleluasa, pusat-pusat serenti masih juga banyak, remaja melayu masih juga keluar masuk 'universiti' serenti. Di mana silapnya? Hukuman sudah berat, kenapa jenayah masih tidak dapat dibendung? Jawapannya hanyalah hukuman itu tidak bersandarkan kepada ALLAH, hanya kerana terpaksa dilaksanakan mengikut keadaan. Kalau keadaan berubah tidak keterlaluan saya katakan hukuman juga berubah (anda setuju dengan saya?)

Atau contoh lain yang lebih mudah, antara diet dan puasa. Dari segi nature, kedua-duanya adalah sama, diet -puasa ( menahan diri dari makan dan minum ) Cuma bezanya diet untuk kurus tetapi puasa kerana Allah. Orang yang diet cuma dapat apa yang dia hajati : kurus, tapi orang yang puasa kurus pun dapat berkat pun dapat.

Atau contoh lain yang mudah, antara orang yang basuh muka pagi-pagi, dan berwudhuk. Kedua-duanya menyegarkan muka, tapi orang yang basuh muka cuma dapat segar sajalah, orang yang berwudhuk, segar pun dapat pahala pun dapat.

Cuba bezakan hukuman bunuh untuk kesalahan jenayah rogol di negara islam yang betul-betul dijalankan kerana ALLAH,dan hukuman bunuh untuk kesalahan yang sama tapi bukan di negara islam yang dijalankan kerana terpaksa disebabkan keadaan yang terjadi.

u got me?

Fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan

Wallahu a'lam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home