TINGGAL 2 HARI PERKASA STRATEGI
Lately takder mood nak nulis, just copy paste jerk....
Azmin cabar Firdaus berdebat di Permatang Pauh
Friday, March 19 @ 18:28:23 MYT
PERMATANG PAUH, 19 Mac (Hrkh) - Naib Presiden Parti KeadiLan Rakyat Malaysia (KeAdiLan), Azmin Ali mencabar bekas Imam Masjid Negara, Dato' Firdaus Ismail untuk berdebat secara terbuka malam ini mengenai permasalahan umat Islam dan Melayu di Permatang Pauh.
Menurutnya lagi, beliau juga akan bertanya tentang pendirian Dato' Firdaus terhadap judi di Genting Hingland, kehilangan wang Tabung Haji, Umno tolak hudud dan sebagainya.
"Saya mencabar Dato' Firdaus untuk berdebat secara terbuka malam esok (hari ini) mengenai masalah umat Islam atau Melayu khususnya di Permatang Pauh, " ujarnya ketika berceramah di halaman Markas Besar Dun Permatang Pasir.
Turut berceramah sama ialah bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib, Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman dan Presiden KeAdiLan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Kata beliau, Dato' Firdaus tidak mempunyai kekuatan moral untuk berdamping dengan golongan pengamal rasuah dan penyalahgunaan kuasa melainkan sanggup mengadai maruah dan ilmu yang dipelajari.
Sepatutnya terang Azmin, Dato' Firdaus kena berfikir banyak kali untuk terjun ke dalam Umno yang sememangnya menolak pelaksanaan Islam, kronisme, zalim dan sebagainya.
"Bila bercampur dengan Umno habislah maruah Dato' Firdaus kerana mereka banyak melakukan maksiat dan bergelumang dengan perbuatan sia-sia, " tegasnya.
Beliau yakin Barisan Alternatif (BA) mampu mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan dua Dun serta merampas Dun Seberang Jaya dari BN.
Jesteru itu, semua jentera BA di parlimen ini harus memberikan perhatian yang sewajarnya untuk memastikan suara rakyat dapat diketengahkan di Dun dan Parlimen.
Sementara itu, Pesuruhajaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman dalam ucapannya mendesak rakyat menolak calon BN yang nyata tidak berkemampuan menjadi wakil rakyat yang terbaik kerana kebanyakan terlibat dengan perniagaan pusat bandar. ? SS/mks.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home