Sunday, February 22, 2004

ALHAMDULLILLAH

Alhamdullillah, biarpun tanpa persediaan tapi rasanya saya mampu memikul tugas sebagai panelis untuk forum semalam dengan baik. Tak disangka salah seorang panel abang Qhalid, vokalis kumpulan SaffOne. Sampai saja di audi engin terus dijemput naik ke pentas, bahana saya datang lambat. Moderator sudah berpesan datang awal kerana ada sedikit perbincangan namun yang terjadi saya tetap datang lewat. Namun alhamdullillah

sms yang saya dapat lepas habis program :D

moderator (urwah)
jazakillah kepada antum semua kerana sudi menjadi panelis forum dan menjayakan program

yaacob
jazakillah pada anti. Urwah puji speaker dari uia. Semoga Allah merahmati anti

kak ana(kak naqibah saya)
jazakillah kerana menjayakan program

kak ana
ketua wanita hulu langat puji huda, dia kata huda bakal pengganti dr mashitah

mak cik ton
tahniah pada anti

Alhamdullillah. Malah alwan laku di forum. Tak sampai setengah jam, 20 naskhah licin, malah ada yang meminta lagi. Rugi cuma bawa 20 naskhah saja

Doakan saya exam esok.

wassalam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home