Tuesday, April 20, 2004

CAKAP BENAR?

Tadi di kelas bahasa melayu perundangan, ketika seorang sahabat saya membentangkan kes Lim Guan Eng v PP, kes setiausaha agung DAP (sekarang nih bekas setiausaha agung DAP) yang didakwa di bawah akta mesin cetak dan akta hasutan(maybe tak ingat sangat act nih) kerana mempertikaikan keadilan sistem kehakiman yang membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik dari dakwaan merogol seorang gadis bawah umur (jika tidak silap saya). Saya bertanyakan pendapat sahabat saya yang membentang, adakah dia menyokong kalau saya katakan wujudnya ketidak adillan di dalam sistem kehakiman malaysia dan double standard dalam sistem ini. Dia menjawab, mengajak saya memandang dari sudut yang positif. Saya terima hakikat itu. Namun usai pembentangan, dia berbisik pada saya "Sedihnya tidak boleh bercakap benar", dan saya tersenyum.

Saya tertarik dengan peguam karpal sigh yang mewakili Lim Guan Eng, dia (karpal) suka membicarakan tentang benda-benda teknikal yang kadangkala orang lain pun tidak perasan :)

Anda ingin tahu apa impian saya? Saya ingin hidup seorang peguam, yang pulang lewat ke rumah, meneliti kes hingga larut malam, dan bangun awal keesokkannya untuk mewakili anak guaman saya. Saya suka hidup yang mencabar :D

Palestine in the heart of every muslim

Surah al-isra' : ayat 1

Saya ada berjanji untuk menurunkan sedikit corat coret tentang Palestinian Week di sini, alhamdullillah program itu telah selamat disempurnakan penutupannya hari isnin yang lepas, tapi itu tidak bermakna usainya program ini maka semangat kita terhadap isu palestin juga turut padam, tidak! Seharusnya perlu dibugar dari hari ke hari, Palestin sepatutnya dilihat lebih kepada isu ummah islam berbanding isu perebutan sekeping tanah.

Apa yang boleh dikomen, program-programnya berjalan lancar, namun bagi saya banyak yang more to program oriented (maafkan saya) bagi saya roh jihad tidak ada di sepanjang program itu, namun tidak adil jika saya menyalahkan program tersebut secara total, seharusnya kewajipan juga terpikul pada bahu setiap penghuni uia, untuk menghidupkan roh jihad dalam diri mereka sendiri. Gambar-gambar palestinian week :)



wah, almari bilik sapa nih, juga mafela misteri milik siapa ni?



bendera palestin sempena palestinian week, gopi suruh saya snap gambar bendera lain, sebab bendera tuh buluh dia dah terkeluar :)



Ariel sharon laknatullah!



talk show and video show bersama nizal (tv3) dan dr jemilah(mercy)



juga talkshow



buku-buku palestin yang dijual



Palestine cultural night



bazaar! (jubah mahai )



Tears in palestine





As-syahid ahmed Durrah



Siapakah dua dara pingitan yang khusyuk melihat exhibition palestine hinggakan tidak sedar yang mereka di snap kamera, gopi....syyyyyyyy! Diam-diam saja ya ;)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home