Monday, April 05, 2004

ARE WE WEAK OR STRONG?

Got this point during my worldview class, my lecturer is awesome, loves arguments, loves critical thinking, and i love the way he is. ( do i mention that i easily impressed with sumone who is great thinker, thinks beyond the border). He asked us (my classmate) are we muslim weak or strong?

Most of us claimed that muslim nowadays are weak.

But he just smile and said that we were wrong. According to him muslims are strong. If muslims are weak why amerika attacked iraq, afghan etc.

The other example, turkey is not acceptable to be included in EU nation, just because they afraid of the 'power' which Turkey has. Regardless most of the turkish are bad muslim and there are many corruption in religion there. Just only the name of 'muslim' westeners do afraid of us. Besides the qualities which turkish people possess, the sense of pride to their old history ( turki othmania empire of course) and they are active people. Imagine if 68 million active muslim people in EU, what will happen next?

Other example in France, Islam is considered as a second languange and about 7 million people in Frace are muslim. And it was reported 8 months ago, about 30,000 marriages between the same sex in France and of course this scenario will lead to corruption of society and community. But some of statistic department there in the opinion, there still the balance normal marriage which is the majority that can mantain the society. The issue is the balance normal marriage mostly come from muslim people, and this is the problem that France faced. Confused of identity of the state, secular or islamic, because of the productive growth of muslim there. Secular country but with many ladies in the scarf? And that why scarf then is prohibitted ( only allowed some sort of banditt style)

Then, so wake up muslim. They do afraid of us, that's why muslims should be more stonger, more stronger, and more stronger.

Hehe apehal tulis entry dalam BI heh, BI tunggang langgang! :)

**********



6 pelajar dibuang sekolah: Dipercayai terbabit rancangan memukul Farid

SEREMBAN: Enam pelajar Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan, yang dibebaskan daripada tahanan reman bagi membantu siasatan kematian Muhammad Farid Ibrahim, dibuang sekolah.

Tindakan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin sekolah berkenaan yang dipengerusikan oleh Pengetuanya, Johara Norwawi, selama kira-kira empat jam, semalam.

Keputusan itu kemudiannya dimaklumkan pengetua kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Rais Zainuddin, yang melakukan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan.

?Pengetua memaklumkan keenam-enam pelajar itu dikenakan tindakan buang sekolah kerana mereka dikatakan berada di tempat kejadian dan dipercayai turut sama dalam rancangan memukul Muhammad Farid,? katanya.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan enam pelajar terbabit, semuanya di Tingkatan Lima akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin walaupun sudah dibebaskan daripada tahanan reman polis, Jumaat lalu.

Pada 28 Mac lalu, Muhammad Farid, pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan meninggal dunia akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di asrama. Bedah siasat mendapati beliau mengalami pendarahan otak, pecah usus dan lebam hati akibat dipukul dengan objek keras.

Berikutan kejadian itu, 14 pelajar ditahan polis dan lapan daripadanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jumaat lalu atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohamad Rais berkata, pentadbiran sekolah berkenaan akan memaklumkan keputusan itu kepada ibu bapa pelajar terbabit dan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains).

Beliau bagaimanapun berkata, pelajar terbabit dibenarkan membuat rayuan dan pentadbiran sekolah memberi jaminan akan mempertimbangkan rayuan mereka dengan seadil-adilnya.

?Kita juga berharap pelajar terbabit diberi peluang sekali lagi kerana ini membabitkan masa depan mereka. Bagaimanapun, terpulang kepada pentadbiran sekolah memutuskan rayuan itu nanti,? katanya.

Mohamad Rais juga berkata, pengetua sekolah itu memaklumkan kepadanya bahawa ramai ibu bapa yang tinggal di sekitar Seremban memohon membawa keluar anak masing-masing daripada asrama.

Tinjauan Berita Harian ke asrama sekolah itu semalam mendapati kawasan itu sunyi apabila kira-kira separuh daripada penghuninya keluar untuk tinggal bersama penjaga atau menyewa di luar.

Selain trauma dengan kejadian yang menimpa Muhammad Farid, ibu bapa pelajar dikatakan bimbang anak mereka akan menjadi mangsa buli pelajar senior. Asrama itu menampung 60 daripada lebih 400 pelajar sekolah berkenaan.

Ketika ini, hanya 32 pelajar yang masih tinggal di Asrama Putera sekolah itu dengan ditempatkan dalam tiga bilik.

?Pengetua memaklumkan ramai pelajar trauma akibat kejadian itu dan mereka takut untuk tinggal di asrama. Jadi, pelajar terbabit akan diberikan kaunseling berkelompok bagi memulihkan semangat mereka,? katanya.

Di KUALA LUMPUR, Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein tidak mahu mana-mana pihak menuding jari dan saling membuat tuduhan berhubung kematian Muhammad Farid.

?Semua pihak seharusnya tidak membuat andaian dengan meletakkan kesalahan itu terhadap pengetua dan pihak sekolah selagi belum dibuktikan. Tanggungjawab untuk membendung masalah disiplin di sekolah tidak hanya terletak di bahu pengetua dan guru besar atau guru-guru saja,? katanya kepada pemberita selepas menyerahkan tugas Menteri Belia dan Sukan kepada Datuk Azalina Othman Said.

Beliau berkata, masalah disiplin sekolah tidak akan selesai hanya dengan meletakkan kesalahan kepada pihak tertentu.

Sehubungan itu, katanya, mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas akan diadakan hari ini bagi membincangkan pelaksanaan awal memerangi gejala itu.

Jawatankuasa itu dianggotai Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Omar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Musa Hassan, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN).

Mereka bertanggungjawab memantau dan menangani gejala samseng di kalangan pelajar sekolah serta melihat tindak-tanduk dan gerak-geri unsur-unsur luar yang cuba merekrut pelajar menjadi samseng.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home