Sunday, April 04, 2004

????

Anda akan tahu sahabat anda menghargai anda jika dia sedaya upaya akan menolong anda jika anda ditimpa musibah dan sedia menghulurkan bantuan pada anda.

Namun sahabat saya yang seorang ini, jarang menguraikan kemusykilan saya tika saya bertanyakan dia juga tidak bersungguh-sungguh menolong saya jika saya dihimpit musibah (sedang saya sentiasa bersungguh-sungguh menolongnya, sanggup melakukan apa sahaja demi dia)

Lantas wajarkah dia saya simpan dalam hati? Meski ingin dibuang terasa sakit.

*******

friendster

Huda, 11/24/2003:


fad cipan soya la sbb reject uda punya testi dulu...uwaaa....kan kena buat balik. Fadiah nadwa fikri, she's my bestest frenz ever, old schoolmate masa kat sultan alam shah islamic college. Kelas sebelah menyebelah ngan kelas uda. Start close ngan dia masa matrik, insiden gi alumni kisas, balik sesamer, pastuh lepak kc sembang2, tgk2 sekepala. She was such a naughty girl masa kat kisas, ikat telekung sembahyang org, kenakan zai buat announcement parent dia datang,selalu balik awai, aper lagik ek hehe. Tapi yang bestnya huda tidak pernah terkena dengan *trick* fad, waaahhhh liciknya huda :D. Insiden rukuk tanpa niat tuh masa kat kisas, musolla saidatina khadijah, uda pun ader gak, tapi at least kiter takderlah rukuk terus cam amy kan, kira leh cover2 sket, walaupun time tuh punya tahan gelak, rasa nak pecah perut, solat tak khusyuk. Uda gelakkan fad ngan ilie, esok2 uda pun jadik camtuh hehe. Fad ingat tak lagik, ari jumaat klas BI last skali, kiter slalu nak balik awai, gara-gara nak makan nasik ayam awai, tanak beratur huhuh. Pastuh fad dengan kakinya yang panjang tuh, berlari sepantas kilat ke bilik air umum, cop tempat nak basuh baju ekeke. still remember gak, masa klas uda celebrate besday uda ngan kek yg ustazah nik mahizan bagi, tertiber ternampak satu makhluk Allah, ditepi pintu klas uda, sambil buat muka seposen, rupa2nya fad! sebabkan kesian uda dengan penuh rendah diri dan baik ati kasik satu slice kek kat fad hehe. Fad nih gak jenis yg animated person, lively use her hand when talking, gestures and emotion muka. Dia jugak style yg jenis express dia punya perasaan, tuh yg best tuh, kalau nanggis, nangis betul2. Fad gak suka buat trademark cth tahap z, gaya mencolek tangan ala-ala wardina dalam spanar jaya, sesedap perisa oren,dan skrg cipan soya ehehe. Uda pakai ikut jer. Fad nih kalau kita down, best kalau citer kat dia, sbb pastuh leh jadik semangat balik, dia nih great motivator tau, pastuh mmg psycho giler, patut amik psychology la fad.Dedulu mmang selalu lepak bilik dia takpun kat bilik kak ira masa matrik tapi skrg nih masing2 dah sibuk ngan keja memasing. Satu lagi yang best ngan fad nih dia still *SINGLE*, available, section tak close lagi. Presiden single club ekek, alaaa...uda mursyidul am aper, lagik best!Sesaper ahli club yang langgar rules, akan di dismiss dgn kejamnya tanpa tolak ansur ehehe =)Calon isteri yang solehah, insyaAllah tak menyesal dunia akhirat *blink*blink*blink* ;) Insiden Angkasa Hall, hehehe tapi memang best dapat hang out ngan korang, insyaAllah pasnih uda akan jadik hard core OT, assist kak wana, insyaAllah. terima kasih utk ukhuwah ini, rasa nak nangis la plak buat testi nih, everlasting ukhuwah fillah, abadan abada insyaAllah. Fad, see u at the top!

*entah kenapa terlalu rindu kenangan di kisas juga terlampau rindu pada insan bernama FADIAH NADWA FIKRI! :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home