Thursday, April 15, 2004

PALESTINIAN WEEK

Orang mungkin berkata "Buat apa sibuk-sibuk, Palestin tuh jauh sangat, kita dah aman, tak payah sibuk-sibuk hal orang lain"

Tapi cuba fikirkan andai kita punya rumah, tempat teduh kita sekeluarga, tapi tiba-tiba ada orang datang, ambil rumah kita dengan penuh keganasan, merompak harta kita, merogol anak isteri kita dan kita dihalau keluar, apa perasaan kita?

uia sedang mengadakan palestinian week,lagi corat coret akan saya turunkan di sini nanti

sembang-sembang

+ Roommate saya masa sem lepas, seorang foreigner dari India, dan budak bilik sebelah saya foreigner dari Arab Saudi. Saya pernah memberitahu pada mereka akan hasrat saya, ingin punyai kenalan foreigner dari Palestin, tapi kata mereka, foreigner Palestin, foreigner paling sombong, pastinya saya takkan dilayan, mereka seolah-olah punya dendam dalam diri, lantaran negara-negara islam yang lain hanya melihat penderitaan mereka, juga mereka terlalu bangga, tanah mereka tanah suci yang disebut dalam Al-Quran. Benarkah? hudasoid ialah jenis orang yang tidak suka percaya cakap-cakap orang selagi tidak betul-betul mengalaminya.

+ Selepas habis usrah, sambil jalan, sembang-sembang dengan mar, kata mar, ramai yang view isu palestin isu sekeping tanah, bukan isu islam, mentaliti yang harus diubah saya kira

+ 2 test minggu hadapan, dua-duanya jatuh hari yang sama, selasa, subjek Worldview dan ProbateII, hari Isnin saya akan ke court untuk tugasan Bahasa Melayu Perundangan, sempatkah saya membaca buku?

+ Ramai kenalan saya akan mengadakan walimah, mabruk, mabruk, antaranya kak jah, kak nurin dan sepupu saya. Tahun ini tahun orang kahwin ya? Sebelum nih seorang kenalan saya, abang zikr (razali) juga melangsungkan perkahwinan. Dan yang paling lucunya, minggu ini dan minggu lepas, ramai pula yang memberikan borang bait muslim supaya saya mengisinya :D, tahun ke dua, saya rasa terlalu muda untuk saya berfikir tentang kahwin :D. Lagipun ayah kan ada, boleh carikan untuk saya hahahha (hudasoid ketawa besar)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home