humor tapi bermesej!
source : forwarded email
Seorang Atheis Ingin Melihat Tuhan.
Seorang atheis telah pergi berjumpa dengan seorang ulama. Dia berkata, "wahai tuan guru, saya tidak mempercayai Tuhan kerana tidak dapat melihatnya. Kalau saya boleh lihat barulah saya percaya"
Ulama itu bertanya, "Inginkah kamu melihat Tuhan?
Atheis itu bersetuju.
Ulama itu bersama beberapa anak muridnya dengan atheis itu pun pergi ke sebuah sungai. Ulama itu mengarahkan agar anak murid nya mengikat atheis itu lalu di campak ke dalam sungai itu.
Atheis itu mula tenggelam timbul
tolong! Tolong! laung atheis itu. Ulama dan anak-anak muridnya hanya tersenyum.
tolong!tolong! laung atheis itu. Dia tak dapat buat apa-apa. Ulama dan anak-anak muridnya hanya memerhatikan.
Dalam saat kecemasan itu, dengan tidak disangka-sangka keluarlah dari mulut atheis itu
Ya Tuhan, selamatkan aku
Ulama tadi mengarahkan anak-anak muridnya pergi menyelamatkan lelaki itu.
Bila ikatan di buka. Ulama itu bertanya,
"sudahkah kamu melihat Tuhan"
"Yaa" kata lelaki itu.
vegetarian
Peristiwa ini betul-betul terjadi kepada pensyarah akaun saya. Dia telah berjumpa dgn seorang penganut agama yang melarang pengikutnya makan daging. Orang itu nampaknya sangat alim dan sangat-sangat mempertahankan pendapat agama dia. Maka perlakulah perdebatan antara mereka.
Non-vegetarian: "kamu ni zalim betul, dah lah susu lembu kamu ambil, lembu tu kamu sembelih dan makan daging dia. Tak patut. Makan sayur ajelah"
vegetarian: "Kamu ni lagi zalim"
Non-vegetarian: "kenapa"
vegetarian: " Lembu tu menyediakan daging. Pokok itu mengeluarkan oksigen. Mana lebih penting daging atau oksigen?"
Non-vegetarian itu terdiam
(tapi cam dialog dia terbalik jer)
********
Di sebuah negara eropah, Seorang lelaki muslim telah menaiki sebuah keretapi. Didalam keretapi itu dia duduk di sebelah seorang paderi. Maka mereka berbual-bual.
Bila tiba masa makan maka di hidangkan beberapa jenis makanan termasuklah daging babi.
Paderi : Kenapa tak makan daging babi tu?
Muslim :saya orang Islam, tak dibenarkan makan daging tu
Paderi :kamu rugi sebab daging babi sebenarnya daging yang paling sedap
Apabila tiba di station keretapi,mereka nak berpisah.
Muslim :kirimkan salam saya kpd isteri anda
Paderi : saya Paderi mana boleh kawin
Muslim : kamulah manusia yang paling rugi atas dunia ni
Paderi :kenapa?
Muslim :kawin adalah nikmat yg paling sedap atas dunia ni!
Muka paderi itu terus bertukar menjadi merah.
~Alangkah indahnya Akal yang bersandarkan syariat ~
0 Comments:
Post a Comment
<< Home