Hmmm...apa ya?
Saya masih tiada mood untuk menulis entry baru, kesihatan tidak mengizinkan, suara serak-serak basah masih belum bertukar sedangkan petang ini saya punya rehearsal mock trial untuk bahasa melayu perundangan, saya berlakon watak peguam bela. Suara yang masih tidak pulih melumpuhkan semangat saya untuk berlatih petang ini.
LAGI KES DERA
PETALING JAYA: Pemeriksaan awal ke atas Norizayani Amilya Ahmad (gambar), yang mati akibat didera, mendapati mangsa dipercayai dicubit pada kemaluan berdasarkan keadaan lebam, manakala duburnya mempunyai kesan koyak.
Budak perempuan berusia dua tahun itu juga dipercayai mengalami kecederaan dalaman yang menjadi punca kematiannya, selain kesan lebam pada hampir keseluruhan badannya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Datuk Ghazali Mohd Amin, berkata doktor juga menemui kesan koyak pada dubur mangsa yang dipercayai dimasukkan benda keras yang tumpul.
“Bagaimanapun, kita belum dapat memastikan objek yang digunakan kerana bedah siasat belum dilakukan,” katanya di Balai Polis Sungai Way, di sini, semalam.
Berita Harian semalam melaporkan Norizayani Amilya meninggal dunia dengan kesan lebam di badannya serta bekas cucukan di dahi, dipercayai didera, pagi kelmarin.
Mangsa dikatakan dihantar ke Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 9 pagi oleh bapanya, seorang pengurus pengeluaran sebuah kilang perabot berusia 27 tahun dan ibunya berusia 24 tahun yang bekerja sebagai penolong pengawal kredit di sebuah syarikat hartanah.
Ibu bapa mangsa dikatakan mengesyaki anaknya demam biasa apabila muntah tetapi setiba mereka di hospital, Norizayani Amilya disahkan sudah meninggal dunia.
Mayat mangsa masih ditempatkan di bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini dan bedah siasat dijangka dilakukan hari ini kerana ketiadaan pakar patologi forensik semalam.
Ghazali berkata, pihaknya masih belum dapat menentukan siapa yang mendera mangsa kerana polis memerlukan lebih keterangan, termasuk daripada bekas pembantu rumah keluarga mangsa.
Siasatan awal polis mendapati, Norizayani Amilya sebelum ini dijaga oleh neneknya di Kelantan tetapi diambil ibu bapanya pada awal Disember 2003 dan ditempatkan di taska berhampiran rumah mereka di Damansara Damai.
Selepas itu, Norizayani Amilya dijaga oleh ibu saudaranya yang tinggal tidak jauh dari situ, sebelum dijaga oleh seorang pembantu rumah Indonesia selama seminggu sehingga kelmarin.
Beliau berkata, pembantu rumah berusia 28 tahun itu berhenti bekerja tiga hari lalu dan keluarga berkenaan menyerahkan wanita itu kepada ejen pekerja asing.
“Polis masih berusaha mengesan pembantu rumah berkenaan untuk mendapatkan keterangannya dan kita sudah menghubungi ejen pekerja asing terbabit dalam usaha mengesannya,” katanya.
Ghazali berkata, polis sudah mengambil keterangan awal daripada ibu bapa kanak-kanak itu, tetapi akan mengambil keterangan mereka sekali lagi jika tidak berpuas hati dengan keterangan awal itu.
Beliau juga mengesahkan setakat ini belum ada tangkapan dibuat kerana polis masih menunggu laporan bedah siasat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home