PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Saya tidak pernah menghantar komentar mengenai program tersebut, cuma sekadar menyimpan dalam hati, tanpa sempat menterjemah dalam bentuk penulisan. Namun hari ini barangkali rasa marah yang membuak menyebabkan saya mengambil keputusan menulis entry seputar program ini.
Program Latihan Khidmat Negara di uia, pusat tumpuannya di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim. Tadi di kelas Probate, konsentrasi terganggu gara-gara wirawan dan wirawati (muntah juga saya mendengar gelaran ini) program ini yang membuat bising, serta menjerit-jerit. Kesian juga pada Madam Wan Noraini, akibat tidak mahu keadaan berlarutan, madam keluar menegur peserta-peserta program tersebut, dua kali madam menegur. Namun hampa, tak sampai seminit mereka bising kembali.
Bagi saya, amatlah tidak beradab, anak muda tidak menghormati orang tua. Saya tidak kisah kalau mereka ingin kembali membuat bising setelah ditegur oleh kami yang juga pelajar, namun saya paling marah, bila mereka tidak dengar kata meski yang menegur ialah orang tua. Kalau di zaman saya kecil-kecil dulu, tak berani nak bertentang mata dengan orang tua, apatah lagi melawan. Kalau adik saya berkelakuan demikian , memang dah lama saya lempang, saya paling pantang orang muda tidak menghormati orang tua!
GATHERING ALWAN
Hari Ahad lepas, forum alwan mengadakan gathering secara kecil-kecilan. Meski baru kebah dari demam, suara serak-serak basah, tekak terasa perit, batuk-batuk namun gagahkan diri juga untuk menghadiri gathering tersebut. Mula-mula dari uia ke KL, untuk mencari pinggan, dan cawan kertas serta sedikit makanan untuk gathering tersebut dan kemudiannya terus ke KLCC.
Kita merancang, Allah merancang, namun perancangan Allah lah yang paling terbaik. Hujan mula turun renyai-renyai sepanjang gathering yang menyebabkan pondok yang kami berkumpul, juga menerima ‘tetamu-tetamu baru’. Ramai yang berteduh di pondok kami kerana hujan yang makin lama makin lebat. Selepas hujan berhenti, sesi taaruf dimulakan. Ramai juga yang hadir, alhamdullillah, sekurang-kurangnya sasaran 20 orang tercapai. Namun ketika selepas agenda taaruf ingin disambung dengan program kalering digital, seorang pak cik guard datang ke arah kami, memberi amaran agar kami tidak meneruskan aktiviti tanpa kebenaran. Pelik juga bila orang-orang bertuduh labuh seperti kami berkumpul dengan tujuan yang baik, namun dihalau, tapi remaja-remaja yang lain yang asyik masyuk bercinta di bawah-bawah pokok, di pondok-pondok tidak pula dihalau. Diskriminasi saya kira, ah…..malaysia negara islam
Saya pulang pukul 4.30 petang dengan perut yang sudah rancak bergendang lantaran tidak makan seharian. Alhamdullillah gathering yang dirancang dapat disempurnakan. Gembira juga dapat berjumpa dengan kartunis Sarah (dulu pelukis ujang), berbual-bual dengan dia, ternyata orang glamer seperti dia tidak sombong dan tidak lokek ilmu. Di sini saya turunkan sedikit gambar-gambar sempena gathering tersebut
MONOLOG DIRI
Saya sudah pandai menjadi insan yang sombong, terlalu sombong saya kira. Saya perlu professional mengasingkan antara peribadi dan realiti kehidupan. Ah, saya sudah bertukar jadi insan yang sombong, yang sudah tidak reti menghormati orang yang lebih tua dari saya. Maafkan saya, berkali-kali maafkan saya!
AYAH TERSAYANG
Petang Ahad ayah menelefon saya, bertanyakan keadaan kesihatan saya. Diakhir perbualan ayah berkata kepada saya “take care”, lucu pula, sebab ayah tidak pernah berkata begitu pada saya :)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home