Thursday, April 29, 2004

MINAT BARU?

Tadi di kelas worldview, belajar sedikit tentang sejarah kejatuhan spain, dan andalusia. Maka tiba-tiba muncul minat yang mendalam pula ingin mengkaji sejarah. Juga teruja ingin mengetahui tentang miss issabella dan ferdanan (i'm not sure with the spelling) yang menjadi tulang belakang kejatuhan Spain.

Justeru, buku-buku sejarah kini dalam pemerhatian saya. Mungkin akan cuba meminjam buku-buku tersebut dari lecturer saya atau cuba mencari di toko-toko buku. Atau anda memiliki buku sejarah yang boleh dipinjam oleh saya? :)

Budak laws seperti saya minat sejarah? Pasti, kerana bukankah common law juga wujud ketika di zaman william of normandy, circuit judges ditubuhkan, serta kemudiannya pelbagai evolusi berlaku yang membawa kepada prosedur writ yang merumitkan juga pertelingkahan yang timbul antara common law dan equity dalam kes perebutan tanah Oxford, bukankah itu semua juga sejarah.

Atau sejarah perundangan islam, yang bermula dari arab jahili yang berubah tika mana datangnya islam. Kemuncak perundangan islam ketika di dauru thalis dan rabi' ketika munculnya keempat-empat mazhab dan akhirnya pemahaman taklid buta serta tertutupnya pintu ijtihad ketika di dauru ghamis dan sadis, bukankah itu juga sejarah?

Anda akan mendapati hudasoid yang pelbagai minat, kadangkala 'dia' begitu gila menulis, hinggakan anda tidak mampu menahannya atau anda akan mendapati 'dia' yang begitu gila melukis, membawa ke mana-mana pencil dan kertas A4 kosong, melihat-lihat lukisan pelukis-pelukis lain dan adakalanya anda melihat 'dia' yang begitu gila membaca, menjinjing buku-buku, memesrai tanpa jemu. Hudasoid tika period ini mengalami zaman 'gila' membaca :)

AHLAN WASAHLAN AFZAN!

Ahlan wasahlan afzan ke usrah kami, mencukupkan bilangan kesemuanya 8 orang kesemuanya. Benar, kita semua satu keluarga :). Menariknya, info yang diberitahu oleh bib semalam, remaja JIM berpeluang menulis artikel di berita harian (or utusan) setiap hari jumaat, ada kolum khas disediakan untuk kami. Peluang rasanya tinta penulisan ke khalayak umum. Juga ada berbincang dengan mar tentang projek terbaru saya dengan gopi, mar kata kemungkinan tidak banyak masalah dihadapi, cuma mungkin perlu disediakan kertas kerja. Apa projek terbaru kami? Tunggu sajalah, mungkin bila hampir siap baru akan di announce kan di sini, doakan semoga ianya berjaya!

Amaran serangan balas Kerajaan Thai kerah askar tambahan ke Yala, Pattani, Songkhla



PATTANI: Menteri Pertahanan Thailand, Chettha Thanajaro, semalam memberi amaran militan Islam akan melancarkan beberapa serangan balas selepas serangan berani mati yang mengorbankan 113 orang kelmarin.

Sehubungan itu beratus-ratus askar tambahan dikerahkan ke selatan Thailand terutama di wilayah Yala, Pattani dan Songkhla berikutan serangan sebelum subuh yang dilakukan remaja bersenjatakan parang dan beberapa senjata ringan.

Seorang lagi penyerang meninggal dunia malam kelmarin, meningkatkan jumlah penyerang yang terbunuh kepada 108 orang, walaupun pengkritik mendakwa orang awam turut terkorban.

Chettha memberitahu wartawan ramai rakan pejuang yang terbunuh masih di sekitar kawasan terbabit dan hanya menunggu masa sesuai untuk melancarkan serangan balas dendam.

Sumber tentera memberitahu agensi berita AFP, mereka meramalkan serangan kedua dilancarkan dalam lima hingga 10 hari lagi. ?Kami jangka satu serangan besar-besaran di Narathiwat,? katanya.

ANGGOTA tentera Thailand membersihkan kawasan Masjid Muzaffar Shah di Kersik, Pattani yang diserang pihak
berkuasa Thailand selepas kumpulan pejuang bersembunyi di masjid itu.

Sementara itu, beberapa pemimpin Islam yang ditemui agensi berita AP menuduh askar dan polis bertindak ganas dalam serangan ke atas sebuah masjid lama di sini, mengorbankan 34 militan.

Mereka berkata, askar yang mengepung masjid berusia beratus-ratus tahun itu sepatutnya merundingkan penyerahan diri orang di dalamnya daripada terus menyerang mereka dengan roket, gas pemedih mata dan senjata automatik.

Setiausaha Jawatankuasa Pusat Islam Pattani, Uma Meah, berkata ramai orang percaya mereka yang ada dalam masjid itu mahu menyerah diri apabila askar menyerang.

?Jika pegawai menunggu beberapa hari ini, mereka mungkin dapat menangkap mereka hidup-hidup, tetapi tidak! Askar membunuh mereka semua,? katanya.

Walaupun kerajaan Thailand menganggap mangsa korban itu sebagai anggota militan, seorang pendakwah Islam terkemuka, Vithaya Visetrat, berkata kebanyakan mereka adalah penduduk tempatan yang pergi menunaikan solat dan terperangkap apabila sebilangan kecil militan mencari perlindungan dalam masjid itu. ? Agensi

?Membunuh orang di tempat suci seperti masjid, kuil atau gereja tidak dapat diterima. Saya percaya ramai penduduk yang tidak berdosa terkorban. Saya fikir ini adalah satu permulaan peperangan rakyat,? kata Vithaya.

Kerajaan Thai sudah menukarkan pegawai tentera yang mengarahkan serangan ke atas masjid itu, kata Jeneral Panlop Pinmanee kepada wartawan.

Bagaimanapun, beliau mengakui kejadian itu satu kesilapan yang sudah melukakan perasaan penduduk Islam negara itu. ? Agensi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home