Tuesday, June 22, 2004

"Maaf ya cik ais kacang, saya terlambat" percakapan shin chan.

"Maaf ya, pembaca-pembaca, saya sudah lama tak post entry" percakapan hudasoid :D

ANEKDOT 1
Selepas meeting dengan director legal exhibition, saya ke tingkat 3. Kata Adam senarai dean's list sudah keluar. Check senarai tersebut, alhamdullillah, Allahu akbar. Setinggi kesyukuran pada Allah. Rasanya rezeki juga nikmat yang Allah beri pada saya tidak terhingga cuma saya saja yang selalu alpa juga leka. Ingat saya, setelah target untuk subjek criminal laws yang agak tersasar, kedudukan nama saya dalam senarai akan sedikit berubah. Namun alhamdullillah, masih seperti sem lepas :):). Kejayaan khas buat mak dan ayah, yang tak putus-putus berdoa untuk saya, berpuasa dan solat hajat untuk saya ketika saya bergelut dengan exam.

Cuma agak sedih bila melihat senarai student dean's list yang makin lama makin sedikit. Batch saya sahaja tak sampai 10 orang yang tersenarai, mengintai-intai batch fadh, nama Nicholas netto dan Ng Boon Ka antara yang teratas. Mujur tak ramai pelajar foreigner dan bangsa lain di department laws(yerla sapa nak belajar malaysian laws), kalau tidak agak-agaknya bagaimana nasib anak-anak melayu kita?

Ah, anak melayu kita masih ramai yang berkhayal, masih ramai yang selesa berada di kepompong yang sama.

Saya pegang pada satu hadith Rasullullah, apabila membuat sesuatu kerja kita perlu buat bersungguh-sungguh.

Juga bagi saya menuntut ilmu itu adalah jihad, dan amanah dari mak dan ayah saya, justeru amanah ini wajar saya pikul dengan sebaik-baiknya.

ANEKDOT II
Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, kira-kira seramai 100,000 anak muda malaysia terlibat dalam jenayah penyalah gunaan dadah.

Juga kita selalu mendengar isu jenayah-jenayah yang lain, zina (kes noritta),rogol(kes adik nurul huda),bunuh(lagi kes noritta), ragut dan sebagainya.

Yang peliknya jenayah ini makin lama makin meningkat, dan bukan makin lama makin menurun.

Justeru persoalannya, adakah undang-undang kita yang sedia ada tak mampu membendung kes-kes jenayah yang berleluasa?

Cuba bayangkan anda membaca suratkhabar, terpampang muka surat pertama isu rogol, kemudian anda beralih ke muka surat seterusnya ada disiarkan tentang berita artis atau euro misalnya, adakah fikiran anda masih melekat pada berita rogol atau anda seronok membaca berita bintang bola sepak anda zidane menjaringkan gol kemenangan buat perancis? Adakah cukup dengan memaparkan berita di surat khabar sudah mampu menghalang masyarakat daripada melakukan jenayah tersebut atau sudah cukup untuk menimbulkan perasaan takut di kalangan khalayak pembaca?

Kalau mengikut undang-undang Islam setiap hukuman itu perlu dijalankan di hadapan khalayak ramai.

Andai hukuman gantung sampai mati untuk jenayah mengedar dadah dilaksanakan di dataran merdeka,mayatnya digantung selama 3 hari di situ, rasa-rasanya pengedar-pengedar dadah yang lain akan mengedar dadah lagi atau tidak? Rasa-rasanya masyarakat akan melakukan kesalahan yang sama atau tidak?

Undang-undang jenayah islam adalah bertujuan untuk mendidik serta menghalang masyarakat dari melaksanakan kesalahan yang sama dan bukannya bertujuan untuk menghukum.

Tapi kita sendiri yang menolak undang-undang Allah dan membangga-banggakan undang-undang yang kita ambil dan tiru dari barat.

Teringat kata-kata lecturer islamic criminal laws II saya, " if the laws cannot protect u, your property, your family, it cannot be considered as law anymore"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home