PENAWARAN SUBJECT DI UIA
Kalau saya katakan saya tidak bersetuju dengan pakej penawaran subjek di uia, terutamanya bagi mahasiswa undang-undang, anda setuju dengan saya?
Kenapa saya berkata begitu? Saya mendapati subjek Islamic Criminal Law II tidak ada bezanya dengan Quranic Ayat III juga IV. Pelajaran yang sama cuma nama subjek sahaja yang berbeza. Belajar tentang sariqah, juga zina hinggalah ke tujuh-tujuh jenayah hudud. (i'm not sure kalau habis silibus belajar tentang qisas, rasanya ya!)
Juga subjek elektif untuk 3rd year antara subjek yang ditawarkan islamic family law yang saya rasa sama dengan subjek yang saya sedang belajar sekarang family law part II
Saya juga hingga sekarang masih terfikir-fikir apa relevannya belajar subjek EAP (English for a language purpose) sedangkan di matrik kami sudah menghabiskan English hingga ke level 4. Sudahlah masanya lama, 6 jam seminggu mengalahkan subjek core course itu sendiri. (saya tidak kisah kalau masanya sama seperti BM, kerana EAP merosakkan schedule saya hingga terpaksa drop criminal lawII kerana tidak dapat tukar section, clash dengan EAP)
Agak-agaknya itulah sebabnya kenapa ramai pelajar yang 'tua' di uia. Cuba bayangkan saya menghabiskan satu setengah tahun di matrik dengan 5 tahun yang berbaki di main camp. Sedangkan kawan sebaya saya sekarang ini sudah praktikal dan hanya punya 1 semester saja lagi.
(hudasoid- terima sajalah, why i'm reading law in uia, anyway????)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home