Sunday, September 26, 2004

LUKIS LAGI



aiseh, leceh betul kalau suruh orang yang scan, kan dah terpotong gambar, nampaknya kena scan sendirila jawabnya.

BICARA RINGKAS

Benarlah cinta mampu merubah manusia, kerna cinta itu buta, maka ia membutakan hati manusia.

Saya punya seorang kawan yang dahulunya saya kenal amat kental pendirian, kuat prinsip, namun segalanya berubah hanya kerana cinta!

Ya, cinta itu adalah fitrah, namun fitrah itu juga mampu membahagiakan juga mampu membinasakan. Bercinta itu tidak salah jika pandai mengemudinya, memandunya mengikut landasan iman juga waras akal. Cinta umpama api yang marak, jika tidak mengepungnya maka ia mampu membakar diri.

Pada saya adalah tidak manis bagi perempuan meluahkan perasaan cintanya pada seorang lelaki yang bukan mahramnya. Benar mereka bercinta tapi itu bukan caranya. Bercinta tidak semestinya meliuk-lentokkan suara, mengucapkan kalimah asyik mahsyuk, bermanja-manjaan sehingga melanggar batasan syarak.

Bukankah sifat malu itu perhiasaan bagi seorang perempuan?

Ucapan-ucapan kalimah cinta bukankah mahal nilainya bila terucap di bibir suami kepada isteri juga jika ia terlahir dari isteri kepada suami. Dan bukan terbit dari satu ikatan yang tidak menjanjikan satu kepastian.

Usah ikat hubungan hati dengan bicara juga kalimah tapi ikatlah dengan doa.

Anda adalah raja kepada nafsu tapi jangan biarkan nafsu menjadi raja pada diri.

Jangan biarkan cinta menganggu emosi, menganggu diri, menganggu pelajaran. Adalah bodoh jika anda menurut tuntutan naluri cinta tanpa mengimbangi dengan waras akal fikiran kerna kelak anda sendiri yang rugi.

Juga jangan gadaikan prinsip anda hanya mengaut sesuatu yang tidak pasti

wallahu'alam

*bila huda berbicara tentang cinta*

BZ BZ BZ

Saya amat sibuk akhir-akhir ini, 3 assignment yang perlu disiapkan, 2 test yang masih berbaki minggu ini, juga sibuk dengan persiapan final exam

ini assignment English saya yang sudah siap, tajuknya Death penalty for apostates is inline with fundamental liberties. Tapi jangan rely sangat pada assignment saya, kerana hujahnya adalah hujah saya sendiri, setakat ini belum jumpa lagi buku yang membicarakan khusus tentang tajuk ini. Itulah pilih tajuk susah-susah sangat, nak buatnya juga sudah pening kepala. Lain kali ambilla tajuk yang mudah dan banyak sources macam human cloning ker, euthanasia ker macam yang orang lain amik hehe :D

Pergi ke sini, (maleh nak wat link), http://www.geocities.com/nurulhuda_soid/eapsiap.doc , mr_theory-barangkali assignment saya ada kaitannya dengan entry awak.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home