Sunday, May 01, 2005

Saya akan ke Jordan selama 2 bulan, untuk belajar bahasa Arab. Inilah sebab kenapa saya tidak mengambil sem3 dan tidak buat attachment. Flight saya kalau ikut jadual lama, 5hb Mei hari Khamis ni, kul 2 pagi. Budak uia yang pergi, ada 6 orang dan budak laws tiga orang, saya, ain dan aida. Tidak sangka pula ustaz Mahmud Abdul (yang menguruskan program ini) kenal ayah saya, malah dia kawan ayah semasa di Azhar, sedangkan saya berusaha menyembunyikan identiti ayah. Nampaknya terpaksalah saya menjadi gadis yang sopan santun semasa di sana huhu.

Doakan saya dimudahkan urusan, dapat bertutur lancar dalam bahasa Arab, paling penting dapat bertutur dengan ayah dalam bahasa Arab. Ada 2 benda yang saya akan menyesal jika grade uia, tetapi tidak mempunyai kawan baik dari negara lain, dan jika saya tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa arab sedangkan saya belajar subjek syariah dalam bahasa arab.

Moga bumi jordan menemukan saya dengan sesuatu.

5 Comments:

Blogger TajamFikir said...

assalamualaikum huda. 3 bulan adalah jarak masa terlalu sekejap berbanding manafaat yang bakal diperolehi, huda beruntung kerana pemergian ke Jordan adalah untuk mendalami ilmu lughah, yang sentiasa menjadi kunci permasalahan pelajar-pelajar undang-undang shariah di uiam ini utk memberikan pandangan,menyampaikan idea,serta menjawab peperiksaan bagi kertas shariah.
Sudah tentu banyak manfaatnya belajar b.arab di sana disamping loghat fushahnya, loghat ammi juga perlu dikuasai.
Di bumi Jordan juga huda, boleh meluaskan tasawwur mengenai sejarah an-biya', menjalin hubungan persahabatan dengan insan di sana dan mengukuhkan lagi hati untuk berkhidmat di dalam gerakan pelajar Islam.
Selamat berangkat ke Jordan,rakanmu di Malaysia ini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di sana, pengorbanan sebentar,melahirkan kebahagiaan selama-lamanya. wassalam

1:27 AM  
Blogger huda said...

hohoho skema aaa bukhari :D

2:39 AM  
Blogger kak Jah said...

akum.. huda, selamat pergi dan selamat balik!! belajar rajin2 ;)

http://kakjah.blogdrive.com

4:16 AM  
Blogger Komik-M said...

nanti 2 bulan tu leh tgk naruto tak? haha

7:43 AM  
Blogger mira said...

salam.

oh, akak ke jordan juga? sekali dengan kak mazlita lah ya? kirim salam rindu saya pada kak maz :)

8:18 PM  

Post a Comment

<< Home