Monday, February 06, 2006

MOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN

Saya sudah lelah. Berjuta kali salahkan diri sendiri. Malah membenci diri yang cuai. Saya tertinggal original offer letter dari Victoria University di cafe Aminah hari ahad, dan baru menyedarinya hari ini, ketika pukul 12.39 malam. Cafe sudah tutup. Dalam sampul surat tersebut. ada semua maklumat, acceptance form dan dokumen-dokumen penting yang lain. Saya lelah. Tidak tahu mahu berkata apa.

Cukuplah saya mengalami kesusahan untuk membuat passport yang baru, kerana kecuaian diri sendiri juga, saya tidak tahu passport saya di mana! Penat sudah pungah bilik namun tidak berjumpa. Ke putrajaya seorang diri berbekalkan tambang teksi rm40, pegawai imegresen memberitahu saya, passport baru untuk kes kehilangan akan selesai dalam masa sebulan. Kalau mahu awal, perlu ada surat dari university, itupun terpulang kepada discreation imegresen.

Saya sudah lelah. Tekanan makin bertambah!

Kalau dalam masa sebulan baru siap, memang tidak sempat dan saya tidak boleh ke ozy. Maka sedapkan hati, kalau Allah mahu saya ke sana, pasti Dia akan memudahkan urusan saya, jika Dia tidak mahu saya ke sana, pasti ada halangan-halangan yang diletakkan untuk saya tidak ke sana. Dalam apa jua situasi pun, pasti ada pampasan atau hikmah di sebaliknya.

Cumanya, saya sudah lelah! Membenci diri sendiri yang cuai.

~sangat rindu mak dan ayah, bila banyak tekanan dan kerja tanpa mak dan ayah,rasa keseorangan dekat sini~

1 Comments:

Blogger Muizz M said...

ingatlah surah al-Baqarah, ada pesanan Ilahi.. Apa yang kamu suka baiknya boleh jadi tiada buat kamu, dan apa yang kamu benci pula itu la yang mungkin terbaik buat dirimu...

pasti apa yang berlaku tu ada hikmahnya, inshaALLAH yang terbaik akan datang kemudian. ada la tu perancangan Ilahi. terimalah dengan penuh sabar dan muhasabah. tiada perlu menyalahkan diri.

1:21 PM  

Post a Comment

<< Home