Saturday, February 04, 2006

Triple works to do!!!

Dean : “If u let go this opportunity you’re depriving others who are willing to extend, who are willing to sacrifice”

Inilah titik tolak yang menyebabkan saya membuat keputusan untuk ke ozy, saya anggap kata-kata dean pada saya sebagai satu cabaran, dan saya mahu buktikan yang saya boleh handle cabaran ni.

Hidup saya semakin hectic. Pasport, visa, medical checkup, travel insurance, sponsor semuanya kena selesaikan within one months. Saya yang kena selesaikan sendiri, mak dan ayah belum balik. Lupakan huda yang sentiasa diambil dan dijemput utk ke mana-mana, huda sekarang ialah huda yang boleh panjat teksi, bas sorang2 untuk settle semua benda ni hehe.Juga saya kena settle semua carry mark saya sebelum pergi. Kena habiskan semua assignment untuk 2 months dalam masa 1 bulan, amik 2nd test awal, semuanya perlu diselesaikan serentak.

1) CP kena draft summon, statement of claim, defence dll juga hearing sebelum 27/2
2) PP- 5 more drafting to go sebelum 27/2
3) PIL, presentation dan written assignment sebelum 27/2
4) 2nd test utk PIL sblm 27/2
5) 2nd test utk usulfiqh sblm 27/2
6) 2nd test utk CPC sblm 27/2

Juga saya kena cover:
1) 3 weeks classes yang saya tinggalkan (selepas 27/2) utk ke ozy, kena bawa buku-buku tebal utk 6 subjects ke sana, study on my own, bila balik dari ozy terus sit for special exam
2) Subject2 yang saya amik kat victoria university
3) Subject2 untuk semester depan, sebab saya balik 31/7 dan semester depan buka 10/7, kiranya 3 weeks classes kena cover.

Juga tiada cuti panjang untuk saya. Ketika orang lain cuti 3 bulan, saya ke ozy, pulang dari ozy terus start kelas, prepare untuk special exam, dan mungkin untuk mid semester utk semester depan sekali.

Boleh ke saya handle semua nih?

Saya cuba positif, Allah memilih saya dari pelajar-pelajar lain untuk ke ozy, kerana Allah tahu saya mampu lalui semuanya. Allah tidakkan menguji sesuatu yang diluar kemampuan saya.

Hidup ini, kalau kita mahukan sesuatu, ada sesuatu yang perlu kita korbankan. Kerana itulah kehidupan.

Big thanks to:
1) chesom-yang banyak tolong untuk urusan sponsor, moral support dan kadang2 act macam secretary saya, antar sms reminder kalau-kalau saya ada appointment dengan deputy dean. Juga sanggup menangis bersama saya :D
2) Fhaiez, ayu, ijah- yang sanggup menolong saya untuk menyiapkan assignment CP, assignment 2 bulan kita buat dalam 1 bulan jer ek hehe. Huda& associates (firm untuk CP) kita takkan bubar, firm nih jugak utk sem depan. Ijah, terima kasih kerana banyak memahami, walaupun hang terpaksa kehilangan partner untuk PP (huda, hafizah &Co), juga terpaksa habiskan assignment PIL awal, hanya kerana kerja tuh kita kena buat in pair. Utk fhaiez, terima kasih utk scanner, ayu akan scan all the future notes utk semua subject dan antar pada saya dekat sana.
3) Gopi- all the spiritual advice. Really appreciate that :)
4) Aida- orang yang paling banyak memberi semangat dari mula sampai sekarang. Thankx for the heart to heart talk last nite, sampai kita tidur pukul 3.30. Kalau bukan sebab Aida, mungkin saya takkan buat keputusan utk ke sana. When Allah brings u to it, he will also bring u through it.
5) wana, fad,zai,elya,shira- timakasih sbb banyak bagi advice.Sori tak dapat join holiday ke redang yang kita dah lama rancang tu. Untuk zai dan elya tak payah beria2 puji akak makin kurus, dah taula taktik korang nak suruh akak bagi tiket free ke redang :P
6) Lecturer yang supportive-yang beri email pada saya, suruh saya email, kalau2 saya tak faham bila dekat sana, madam nik haizam, yang banyak bagi support walaupun terkejut bila saya tiba-tiba nangis masa consult dia hahah
7) My siblings usrah and my mummy naqibah- terima kasih banyak2!


“Huda gadis kecil yang kuat”haha, thanks pada sender sms nih haha

Harap semuanya dapat diselesaikan dalam masa yang singkat ni. Paling takut kalau-kalau visa tak sempat siap. Gambatte neh, huda-chan!!!

p/s-mungkin lepas nih, blog takkan di update, bz maaa….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home