2 Mac 2006
Bertolak ke Ozy pukul 9.45. Check in pukul 7.45. Mulanya ijah, ayu, fhaiez, memberitahu saya yang mereka tidak dapat menghantar saya ke airport, dengan alasan mereka perlu menghadiri kelas PIL dan tutorial CPC. Tiba di KLIA, tepat pukul 7.45, check in, dan kemudiannya tiba-tiba saya ternampak kelibat wajah-wajah yang saya kenali. Ijah, ayu, fhaiez, chesom, jais datang untuk menghantar saya! Ketika ingin menuruni escalator untuk boarding, saya tidak dapat menahan air mata untuk turun. Bukan menangis kerana sedih, tetapi menangis kerana fikirkan bagaimana saya akan hidup di sana.
Transit di Singapore selama sejam. Semasa transit, saya dan siti aisyah (other student from uia yang buat student exchange program) terpisah. Sudahlah dalam tiket tidak ditulis boarding gate. Tanya pada officer di sana, sebelum akhirnya dapat mencari boarding gate ke Melbourne. Bayangkan saya tersesat di Singapore Airport, menaiki flight ke Melbourne seorang diri tanpa mengenali sesiapa. Rasa sangat takut yang amat!
3 Mac 2006
Alhamdullillah sampai di Tullamarine Airport, Ozy. Hidayah, student Malaysia di sana datang menjemput saya, juga menetap di rumahnya di Bouverie. Cuaca disini, panas macam Malaysia, sebab sekarang musim summer nak ke autumn.
Malamnya mengikut hidayah, lin dan nik (can I call them ‘housemate’?) ke talk bersama local muslim. Berpeluang berjumpa sarah, arifah dan juga rayyan, mereka local muslim yang tinggal di ozy. Paling tersentuh mendengar speech dari Sarah, penuh emosi dan menyentuh hati.
5 Mac 2006
Pergi ke rumah huda (other student who has same name with me), untuk celebrate besday dia. Petangnya ikut Rina mencari Victoria university di Footscray.
6 Mac 2006
Hari pertama ke Victoria University (VU). Dari Bouverie ke Footscray agak jauh. Perlu menaiki train ke Footscray station dan menaiki trem ke VU. Sampai di sana, melilau mencari admin faculty law. Berjumpa dengan Herta Derij, orang yang menguruskan registration subject saya di sana. Tengok time table hari rabu yang penuh. Kalau saya stick jadual lama, saya akan miss solat zuhur.Terpaksa drop subjek Negotiating and interviewing skill (walaupun subject tuh saya nak amik), dan ganti dengan privacy and media law. Bila tukar subject, saya perlu regist tutorial, dan registration adalah di Flinder Street dan bukan Footscray! Saya yang pengetahuan kosong tentang Melbourne city, seorang diri terpaksa menaiki trem ke footscray station dan mengambil train ke flinder street. Mujur orang di sini peramah dan mahu menolong. Sampai di flinder street, mencari kampus VU di sana, dan alhamdullillah dapat add tutorial untuk subjek Privacy Media Law.
Kemudian patah balik ke flinder street station, menaiki trem ke Melbourne Central (itupun saya bertanyakan orang) untuk ke Bouverie. Sampai di Melbourne Central, berjalan hingga ke kedai Hungry Jack, dan kemudiannya tidak tahu untuk ke jalan mana. 2 jam tersesat di situ, sehingga akhirnya menemui jalan yang betul ke Bouverie. Sampai di Bouverie, pintu rumah terkunci, tunggu setengah jam sebelum Lin pulang dari kelas. Balik rumah, buka laptop kena siapkan assignment PP due hari jumaat nih (nasib baik dah siapkan 1st assignmet yang due hari nih), antar via email pada madam.
-----------
Kadang-kadang bila dapat sms dari rakan-rakan di Malaysia dan ayah, menyebabkan saya terfikir sesuatu. Kenapa saya perlu tinggalkan kehidupan senang lenang saya di uia hanya untuk student exchange program?
Saya ke sini, dengan penuh kesusahan, dengan financial budget yang belum tentu mencukupi, seorang diri di sini, seorang diri ke kelas, tanpa mengenali sesiapa di VU, pulang ke Malaysia, berhempas pulas untuk special exam. Kenapa saya mengambil risiko yang amat berat ini?
Perasaan saya ke sini dan semasa ke Jordan adalah berbeza. Semasa di Jordan, saya sangat gembira, tanpa rasa takut, tanpa rasa keseorangan, disebabkan 10 student uia Malaysia bersama saya. Bergelak ketawa mendengar cerita Aida dan Ain, sehingga saya rasa seperti tidak mahu balik ke Malaysia. Tapi di sini, saya tiada sesiapa, saya keseorangan!
Amat berharap tempoh 4 bulan cepat berlalu, saya mahu cepat pulang ke Malaysia. Saya bukan hudasoid gadis yang kuat!
2 Comments:
Salamullahi 'alaiki ya zamilati al-mahbubah..
hmm..bila baca apa yg huda tulis tu, rasa macam bukan huda.huda yang kite kenal tak sekuat tu...huda yang kite kenal hidup dikelilingi kawan2...yang tak pernah lekang dgn gelak ketawa..huda yang kite kenal adalah huda yang 'ramai'... tapi tiba2 huda dah tukar. Huda sangat tabah dan berani..,i'm proud of u my fren! kami semua lum tentu berani macam huda.bila huda dah jauh ni, rindu la pulak kat hang huda oii..masa dok dekat tak teringat pun! Aida kim salam kat huda dan tanya... "hang dah putih ka??" hehe..
Huda, just to recall our memory kat bumi anbiya' dulu, huda ingat tak masa kita semua dikejutkan dgn berita pemergian nenek kak ida masa nak pergi rehlah ke ummu qais? malamnya masa kelas dgn Ustaz Syaraf, Ust Syaraf cerita ttg al-ibtila' wal-imtihan. Ustaz kata al-ajru 'ala qadril-masyaqqah. Lagi banyak kita susah, lagi banyak pahala kita. Huda kena ingat, setiap langkah huda ni adalah langkah untuk mencari ilmu dan jalan2 mencari ilmu tu adalah jalan ke syurga.. bertuah dan beruntung betul huda..
Ni huda...dengar kite cakap ni.. you are strong my fren, otherwise Allah will not select you.. Allah guides u and He knows best.. jangan putus asa dari rahmat Allah..tiba masanya huda lepaskan diri dari sesapa dan bergantung seluruhnya pada DIA! OK huda.. naraki 'alal-khair..
ni...breakfast makan apa? takkan hummus dgn falafil kot no..
favorite says in military, "Life is more fun with dangerous".
Post a Comment
<< Home