Friday, January 24, 2003

EXAM TRANSACTION

Masuk dewan exam agak lewat. Orang lain semua dah duduk dan dah dapat kertas. Saya baru kalut nak cari tempat. Nasib baik Ayu reservekan siap2 tempat kat saya. Masuk dalam keadaan tercungap2,penat jalan!!!!!!!!!!!. Tapi nak ikutkan saya tak lewat.Punctual,exam setat pukul 8.30,saya mai pun pukul 8.30. Bukan salah saya,salah orang lain yang datang awal..hehehe(dah salah still cari alasan nak pertahankan diri..apolah). Bila dah lewat, kalut angkat tangan minta kertas jawapan dan kertas soalan,orang dah start jawab saya baru dapat kertas soalan. Aiyaaa....kosentrasi agak terganggu sbb lambat. Lepas nih, tobat tanak lewat datang exam lagi!

Mula2 tengok soalan...hmmm...agak mudah. Cam confident jer,sampai tak tau nak pilih dan jawab soalan nom satu ker dua (buat essay satu jer,dua soalan pilih salah satu). Dengan yakinnya saya pun menulis jawapan. Tiba2 bila baca soalan balik....aaaaaaaaa...'ma'a amsilah wa adillah' dan 'bi tafsil'.

"Sudah..."kata saya dalam hati. Mati!!!!!!!! Saya cuma baca point dan nota saya jer, buku teks tak baca. Soalan 1(alif) agak confident sket tapi bila sampai soalan (ba), point ada tapi saya dah tak reti nak hurai. Moralnya jangan baca nota jer,rujuk buku teks walaupun buku teks huraian panjang dan rasa cam malas nak baca. Maka otak pun berfikir2 camner nak reka2 jawapan. Dan akhirnya kertas jawapan itu menjadi saksi yang saya menghuraikan point2 mengikut sesuka hati dan sesedap perisa oren based on human reasoning. Taram jer sampai apa yang saya belajar dekat laws of contract(yang sama point dengan transac in islam) saya masukkan juga. Aper2pun tawakal jerla.....moga apa yang saya hentam tuh mengena (moga2). Moralnya baca buku teks jugak. Tapi ramai juga kawan2 saya yang mengalami nasib yang serupa.

Problem saya sekarang nih, sebutan arab saya agak lemah. Ustazah sekolah lama pun kata "Huda nih i'rab dah betul tapi sebut salah, tulis essay boleh tapi sebut salah". Ingat nak belajar balik arab, tetambah bila dah belajar subjek dalam Bahasa Arab, lama tinggal bahasa syurga nih. Mula2 ingat dan merancang dengan kengkawan yang lain nak belajar arab dekat pondok Terengganu cuti sem 3 nih, tapi program terpaksa ditukar sebab sem3 cuti saya sikit, saya amik subjek time tuh. Moralnya dalamilah bahasa arab.
-----------------------------
CARTA PILIHAN UTAMA NASYID IKIM. fm

1) Sumaiyah (still menang tempat pertama)
2) Nur Kasih (dah boringla dengar lagu nih)
3) Satu kiblat yang sama (lagu Rabbani dalam album terbaru nih memang best, mesejnya sruh kita semua unite balik)
4) Permata buat ibu (tak berganjak kedudukan)
5) Antara cinta dan harapan ( naik 2 anak tangga)
6) *********** (saya dah lupa...heheh)
7) Dia kekasih Allah (marahnya!patutnya lagu nih dapat nombor1, jatuh banyak anak tangga)
8) Hanzalah (satu lagi lagu terbaru daripada rabbani..best lagu nih. Menceritakan korban cinta dan kasih, pasangan yang baru diijab kabul sanggup korbankan kasih demi Islam, Hanzalah tetap juga pergi ke medan jihad. Macam watak Haikal dan Zulaika dalam cerpen saya 'Hidupku dan matiku hanya keranaMu')
9) Damai
10) Marilah sembahyang
------------------------------------

Tadi pergi halaqah. Yang bestnya naqibah saya nih 'hafizah'. Ayat Quran tuh dalam jari dia jer, lancar jer dia sebut. Alhamdullilah, bestnya jadi dia, dapat membebaskan 10 orang ahli keluarga dari api neraka. Dia ceritakan tentang seorang budak dekat Darul Quran, Kuala Kubu, yang berumur 9 tahun tapi begitu cepat menghafal quran. Sampaikan apabila budak tuh baca quran, dia yang mendengar pun terasa penghayatannya ke lubuk hati. Siapakah budak nih?

Alkisahnya budak nih berumur 9 tahun, perempuan berasal dari Johor. Ayahnya seorang pendakwah bebas. Tapi di Johor, mungkin susah bagi sesiapa yang lantang membicarakan tentang Islam (yerla kubu kuat parti 'tut'). Atas sebab itu ayah dia ditangkap masuk ISA. Dan yang malangnya ayah dia digantung sampai mati (media tak ceritakan pasal benda nih). Budak tuh nampak dengan mata kepalanya sendiri jenazah ayahnya yang telah digantung dengan lidah terjelir keluar. Bila dimandi dan dikafankan, secara automaticnya lidah tuh masuk dalam mulut dan muka ayahnya berseri, amat berseri. Ibunya juga seorang yang kuat islam dan juga pendakwah bebas. Lihat ISA yang disalah guna, kunun menjaga keamanan negara. ISA asalnya ditubuhkan untuk nak tangkap komunis pada zaman dulu. Tapi sekarang disalah gunakan sesedap perisa oren jer.

Naqibah saya pun kata di UTM, pengisian susah nak dapat di sana. Patutnya kita bersyukur kerana hidup di kawasan Universiti Islam Antarabangsa yang pengisiannya berlambak2, ikut kita jer nak ikut ker tak.

Seorang foreigner yang berasal dari maritius pernah beritahu saya dia datang ke UIA kerana di sana apabila kita setat pakai hijab susah nak survive.
"u should practise more because u r malaysian...in malaysia it is easy to practise the religion" alamak!!!! terkena saya

Satu lagi, terima kasih banyak2 pada pakdi atas entry blognya yang banyak memberi pengetahuan. Ilmu dalam entrynya boleh saya kongsi bersama dengan kawan2 yang lain dan kongsi bersama ahli2 usrah yang lain. Banyak manfaatnya apabila ilmu yang baik disebarkan, pahala itu akan berterusan.

Hadis Nabi yang lebih kurang macam nih, kalau kamu sebarkan kebaikan dan selagi mana orang lain terima kebaikan yang kamu sebarkan dan melaksanakannya kamu akan mendapat pahala orang2 yang ikut kamu, dan kalau kamu sebarkan kejahatan kamu akan mendapat dosa orang2 yang ikut kamu (eh, awat susunan ayat saya macam keling, tapi lebih kurang macam tuhla)

Tanak puji banyak2 nanti pakdi kembang....hehehe :D

okis gameboy saya sedang melambai2

0 Comments:

Post a Comment

<< Home