Wednesday, December 17, 2003

prologue diri
----bagaimana mendidik hati yang degil, diri ingin apa lagi bukti di depan mata? astaghfirullah, Tuhan...mohon petunjuk dan InayahMu------


Dalam satu hadith Nabi ada menerangkan :

"Perumpamaan hidayah dan ilmu yang telah Allah utuskan aku bersamanya adalah umpama air hujan yang melimpah-limpah membasahi bumi, di mana sebahagiannya menyimbah tanah subur yang menyerap air lalu ia menumbuhkan rumput-rumput serta tanam-tanaman yang banyak, dan sebahagiannya menimpa tanah keras yang dapat menakung air, maka Allah memanfaatkannya kepada manusia, maka mereka dapat meminum airnya dan memanfaatkannya untuk bercucuk tanam, dan sebahagiannya menimpa tanah lain yang licin serta tidak subur yang tidak dapat menahan dan menakung air serta tidak dapat menumbuhkan rumput serta tanam-tanaman, itu adalah perumpamaan mereka yang mempelajari ilmu agama dan memanfaatkan ilmu serta hidayah yang telah diutuskan aku bersamanya maka ia mempelajarinya dan mengajarkannya dan perumpamaan mereka yang langsung tidak mahu mengangkat kepala mereka untuknya dan tidak mahu menerima hidayah yang telah Allah utuskan aku bersamanya" (diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari.)

Ibn Qoiyim al-Jauziyah dalam bukunya Miftaah Dar-us-Sa'adah juga ada menerangkan bahawa ilmu itu adalah bakkan air hujan. Jika kita mengkaji secara sistemik idea air dan ilmu ini, pasti kita akan beroleh banyak pengajaran betapa hidup ini perlu selalu beramal dengan menurut lunas Allah agar ilmu yang ada tidak menganjur ke arah kemurkaan Allah, sebagaimana yang menimpa kaum Yahudi. Realiti ini dinyatakan dalam banyak tafsir berhubung ayat terakhir dalam Surah al-Fatehah.

Apa yang dapat kita simpulkan dengan air dan ilmu? Jika kita mengaplikasikan beberapa disiplin dalam Pemikiran Sistemik, kita akan mendapati beberapa perkara:

Antara asas disiplin dalam Pemikiran Sistemik ialah semantik atau makna perkataan. 'Ilmu dikaitkan dengan kata akar atau jizr dalam bahasa Arab 'alama. Dari jizr ini akan timbul perkataan seperti 'alam (alam sekeliling atau environment atau universe), 'allam (bendera) dan 'aalim (orang yang berilmu). Weltanschauung atau world view bagi mereka yang memahami maksud ini akan mendapati ilmu ini akan ada kaitan dengan alam yang menjadi bukti kewujudan Allah, bendera yang menjadi tanda atau syiar sesuatu perkara dan orang yang berilmu yang menjadi golongan hamba Allah yang khusyuk.Secara tidak langsung, ilmu akan membawa kepada nilai tersebut.

Masih dalam kerangka semantik: ilmu akan menjadikan seseorang punya izzah sebagaimana bendera dinaikkan sebagai lambang izzah atau kebanggaan. Izzah orang yang berilmu adalah bergantung ilmu jenis apa yang diperolehnya.
Semantik air atau water menurut Kamus Webster : the liquid that descends from the clouds as rain, forms streams, lakes, and seas, and is a major constituent of all living matter and that when pure is an odorless, tasteless, very slightly compressible liquid oxide of hydrogen H2O which appears bluish in thick layers, freezes at 0° C and boils at 100° C, has a maximum density at 4° C and a high specific heat, is feebly ionized to hydrogen and hydroxyl ions, and is a poor conductor of electricity and a good solvent b : a natural mineral water -- usually used in plural. Dalam definisi di atas, air ialah cecair atau liquid. Ciri cecair ialah bergerak dan tidak mengambil ruang serta tidak statik. Ciri ini akan dikaji dalam point seterusnya.

Dalam disiplin had sistem: Tidak sebagaimana pepejal yang mengambil ruang tetap, air mengambil ruang mengikut bentuk bekas. Jika kita mengisi sebiji mangkuk, maka air akan mengikut bentuk mangkuk. Ciri ilmu yang diibaratkan air perlu dipandang lebih jelas dalam ciri ini di mana ilmu itu sendiri bersifat fleksible dan boleh berubah mengikut persekitaran tetapi masih mampu mengekalkan 'kemandiriannya'. Orang yang berilmu masih mempunyai ilmu dan identiti tetapi dalam masa yang sama akan mampu untuk bersifat fleksible mengikut keadaan.

Dalam disiplin sistem perlu bergerak : Jika seseorang itu mempunyai ilmu tetapi tidak lagi mampu fleksible, ia bersifat seperti air pejal (ais) yang ketumpatannya lebih rendah dari air biasa. Orang yang tidak fleksible dengan ilmu yang ada (biasanya kerana tidak menuntut ilmu dengan sempurna) akan mempunyai 'ketumpatan' atau 'kematangan' yang rendah sehingga terapung-apung dalam sistemnya sendiri. Jika ilmu disertakan dengan tenaga yang berlebihan, maka ia akan menjadi wap air. Wap air juga tidak stabil kerana ia tidak mampu membina 'arus yang kuat' sebagaimana ciri pepejal atau cecair. Ciri tenaga berlebihan ini dikaitkan dengan individu yang terlampau bersemangat dalam berbuat sesuatu.

Dalam disiplin analisis matan hadith: Nabi menggunakan istilah air yang difahami sebagai air cecair dan bukan wap air atau pepejal kerana dalam hadith di atas ia mengaitkan dengan 'membasahi bumi' dan 'menakung'. Jadi di sini, pilihan untuk kita contohi dalam kehidupans seharian ialah air yang bersifat cecair.

Dalam disiplin sistem yang diberi daya kuat akan melantul semula: Sifat air cecair ini memang bertepatan dengan ciri sistem alam ini. Oleh itu, dengan ilmulah seseorang itu mampu hidup dengan lebih sesuai dan baik dalam sistem alam menuju Allah. Tanpa ilmu, atau dengan ilmu yang 'keras' - sekadar akademiks semata-mata atau tidak membawa kepada Allah, atau ilmu yang 'diserta semangat dan tenaga melampau' - seperti wap air - akan menyebabkan kegagalan seseorang untuk mampu hidup dengan baik dalam alam ini.
Semoga kita mampu mengambil pengajaran dari analisis air dalam diri dengan Pemikiran Sistemik.

Tasbeeh kaffarah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home