TASYRI' JINAIE AL-ISLAMI
Seronok betul belajar Islamic Criminal Law(tasyri' jinaie al-islami), setiap minggu rasa tak sabar-sabar nak tunggu kelas subjek nih. Amat selesa dengan method pengajaran ustaz nushi yang selalu mengajak kami semua berfikir. Itu bagusnya, bukan sekadar 'suap' saja, seperti sesetengah kaedah pembelajaran, kadangkala perlu juga meng'aktif'kan power of reasoning yang ada, berfikir beyond dari batas atau luar dari subjek.
Semenjak belajar subjek nih, banyak yang dulu samar-samar sekarang dah jadi terjawab. Contoh terdekat, jikalau dulu selalu menganggap ta'zir cuma penjara dan saman. Namun hakikatnya ta'zir juga boleh mencapai tahap hukuman bunuh jikalau jenayah itu terlalu berat, mengikut pada qadhi melihat kepada zuruf mujrim dan jarimah. Hatta berdehem juga dianggap salah satu hukuman ta'zir kerana ta'zir bermaksud takdib iaitu mendidik. Sejak dari itu,kalau saya,ayu dan ijah nampak benda-benda yang tak elok, atau tak senonoh di uia, pakat ramai-ramai kami berdehem.
"ta'zir..." serentak kami bersuara.
Ketika kelas ICL tadi ketika belajar tentang rukun madi, bawah tajuk syuru' al-jarimah, tiba-tiba:
"bayangkan kalau malaysia laksanakan undang-undang islam" ayu berkata pada saya
"best...." jawab saya sambil tersenyum :)
"patut bagi legislature baca buku nih...baru diaorang nampak indahnya islam" saya menambah.
Kami sama-sama tersenyum.
Allahu akbar, betulla semakin banyak belajar tentang ilmu Allah semakin nampak indahnya dan adilnya Islam, tapi sayang masih ramai lagi yang buta dengan hakikat tersebut, atau berpura-pura buta?
----------
Semalam baru habis test ICL, malah hari nih test probate...fuhhh,alhamdullillah :D
0 Comments:
Post a Comment
<< Home