Thursday, February 05, 2004

Di sinilah uniknya negeri yang kecil seperti uniknya Cik Lawyer Huda. Jangan pandang Huda sebelah mata. Kalau anda tengok luaran, anda akan berkata begini. Eh. Dia ni bulih ka jadi lawyer. Comel sangat. Tak confident aku. Tapi kalau selepas andai mengenalinya dan mendengar kepetahannya berhujah, hmm..anda tidak akan teragak-agak untuk mengatakan dia memang layak jadi peguam hatta hakim sekalipun. Erk! Bulih ka pompuan jadi hakim Huda? :) Ia Kecil Ia Hebat.

uishh..apsal beria puji aku nih gopi, takper aku paham nanti aku blanja hang nooo, bila nak mai umah nih? :D. Ingat lagi katun aslam lukis style2 negatif filem pasal semua dak klas kita, IA KECIL IA HEBAT! hehe. Mana ginya katun tuh ek? dapat scan pun besh gakkan, jadik kenangan

DEMAM EXAM

4/2 - Test Islamic Criminal Law I ( tasyri' jinaie islami)
6/2 - Test Probate I
9/2 - Test Family Law I
11/2 - Test Criminal Law I

Otak saya sudah hampir meletup...opsss....sudah senget sebelah :D

MUZIKAL AIDIL ADHA



Pernah menonton rancangan muzikal aidil adha, saluran tv2, hari raya pertama Aidil Adha. Kalau pernah pasti anda akan melihat kelainan dalam rancangan tersebut bukan? Apa tidaknya barisan penyanyi, anggun bertudung! Terkejut bukan siti nurhaliza, ella, ezlyn, malah misha omar menggayakan fesyen tudung ala-ala waheeda. Alahai, andai mereka terus dengan identiti sebegitu bukankah bagus.

CERITA I

Rumah saya ternyata meriah menyambut Aidil Adha. Apa tidaknya semua adik beradik berkumpul bersama-sama. Adik saya yang bongsu (Lutfi) juga pulang dari Darul Quran. Alhamdullillah di antara ramai pelajar SMKA Al-irshad yang di interview ke Darul Quran cuma adik saya dan seorang kawannya saja yang terpilih. Mungkin selepas tamat di Darul Quran dia akan menyambung pengajian di uia dalam jurusan medic. Namun saya sudah punya perancangan tersendiri untuk dia, malah sudah dipersetujui oleh mak dan ayah. Apa rancangan tersebut? Tunggu dan lihat saja. Hari pertama sampai di rumah, sudah dihidang udang galah oleh mak. Kata mak, ayah yang paling beria, membelikan udang galah untuk kami. Apalagi masing-masing berebut udang galah yang paling terbesar. Peraturan kami adik-beradik, udang yang paling besar untuk ayah, kedua besar untuk mak, yang selebihnya, siapa cepat dia yang dapat :D. Mak juga kalut menyiapkan laksa atas permintaan saya, malah adik bongsu saya meminta bihun sup. Ikut giliran, laksa hari raya pertama, bihun sup malam hari raya pertama.

Namun, di kala kegembiraan begitu, saya telah ditarik salah satu nikmat sihat. Perut saya meragam sepanjang raya. Terpaksa berulang alik ke tandas. Merahsiakan hakikat tersebut daripada pengetahuan mak, kalau mak tahu pasti mak akan cepat-cepat suruh ayah menghantar saya ke klinik. Saya paling tidak suka KLINIK! Namun apalah daya seorang anak hendak merahsiakan semuanya daripada pengetahuan seorang ibu. Akhirnya malam hari raya pertama rahsia terbongkar. Mak dapat menghidu juga akhirnya. Puas mak berleter pada saya, menyalahkan saya kerana lambat memberitahu. Kalau tidak mak akan meminta akar pokok cerita dari rumah jiran, direbus sebagai penawar sakit perut. Saya cuma senyum, tersengih. Mak suruh saya meminum teh kelat, agar sakit perut beransur hilang. Pujuk mak membuatkan teh kelat untuk saya, tapi mak sibuk menjahit baju. Tidak berputus asa, pujuk pula adik saya yang bongsu, namun ditolak disebabkan dia tekun menghafal Quran. Masih tidak berputus asa, pujuk kakak saya yang sedang bermain game, namun juga ditolak. Akhirnya ayah saya yang membuatkan teh kelat untuk saya :D

CERITA II

"Pengorbanan menuntut keikhlasan yang jernih di hati dan keikhlasan atas pengorbanan pastinya menghadiahkan kemanisan dalam kehidupan, Salam AidulAdha" sender: Ghafirah Idris.

Benar! Moga sempena Hari raya korban ini saya juga bisa melakukan pengorbanan. Malah PERLU meski ianya terlalu sakit dan perit. Bukankah Nabi Ibrahim juga sanggup mengorbankan anaknya yang paling disayangi semata-mata menyempurnakan perintah Allah yang akhirnya pengorbanan tersebut di ganti dengan seekor kibas. SubhanaAllah.

BUKANKAH SETIAP KEPERITAN PASTI ADA KEMANISAN!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home