Sunday, April 04, 2004

Pelakon Afghan kena belasah


KABUL: Beberapa pelakon dibelasah pelajar universiti di wilayah timur Nangarhar kerana bermain muzik dan membenarkan lelaki dan wanita membuat persembahan bersama di atas pentas, kata pengarah Teater Kebangsaan Gul Makay Shah kelmarin.

Sekumpulan 20 pelakon termasuk empat wanita, pergi ke Nangarhar bagi mengadakan persembahan sempena perayaan tahun baru Afghanistan yang bermula pada 21 Mac dan melancarkan kempen kesedaran pilihan raya negara itu, kata Makay Shah.

“Kami pergi ke daerah dan kampung, mengadakan persembahan di sekolah dan lain-lain tempat dan kami disambut oleh orang ramai, malah mereka meminta kami supaya datang lagi,” dia memberitahu AFP.

Namun keadaan di universiti kembali kepada suasana zaman rejim Taliban di mana wanita dilarang menonjolkan diri dan terbabit dalam persembahan pentas dan muszik yang dianggap larangan, katanya.

Pada awalnya persembahan kesedaran pilihan raya itu, diadakan di auditorium yang penuh dengan pelajar dan disambut baik.

“Semua orang bertepuk tangan dan meniup wisel sebagai menghargai pertunjukan itu tetapi selepas itu suasana menjadi kecoh,” kata Makay Shah, yang menonton persembahan di barisan hadapan.

Apabila peserta mula memalu gendang, pelajar yang berpakaian tradisional shalwar kameez dan serban muncul di bahagian belakang pentas dan mula membelasah pemuzik dan memecahkan peralatan mereka.

“Mereka memukul pelakon lelaki dan memecahkan sistem bunyi kami serta lain-lain peralatan yang saya peroleh dari pertubuhan bukan kerajaan dan badan lain bagi menjayakan teater,” kata Makay Shah. – AFP

Bila afghan diserang amerika, pelacur-pelacur kini dah berani merayau2 tepi jalan, ceh!

*********

hudasoid kini amat sibuk meladeni kuliah-kuliah di semester baru. Juga agak sibuk meladeni cerpen terbaru. Doakan hudasoid, dia perlukan doa dari kalian! :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home