Sunday, July 04, 2004

PP v Hanif Basree

Hanif Basree dibebaskan dari dakwaan membunuh Noritta Samsudin,eksekutif pembangunan perniagaan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana pendakwaraya gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Juga DNA air mani 2 lelaki misteri yang terdapat pada beberapa bahagian tubuh badan Noritta menimbulkan tanda tanya. (ada kaitan dengan orang kenamaan?)

Saya sendiri tidak faham kenapa orang ramai bersorak ketika tertuduh (Hanif Basree) dibebaskan, sedangkan dia seorang penzina yang melakukan hubungan sebelum kahwin dengan mangsa selama 700 kali, termasuk juga hubungan liwat.

Hanif yang dilepaskan dari tuduhan oleh Mahkamah Tinggi bolehkah di dakwa di Mahkamah Syariah atas pertuduhan zina?

Article 7 Federal Constitution memperuntukkan seseorang itu tidak boleh dibicarakan 2 kali atas kesalahan yang sama.

Tapi andai dia dibicarakan dengan pertuduhan yang berbeza, Mahkamah Tinggi-bunuh, manakala Mahkamah Syariah-zina. Bolehkah? (Perhaps it can, i guess)





0 Comments:

Post a Comment

<< Home