CATATAN 1 DARI BUMI JORDAN
Penerbangan ke Amman, Jordan pada pukul 7.45 pagi melalui Qatar Airline. Penerbangan selama lebih kurang 7 jam 45 minit ke Doha, ibu negeri Qatar. Transit di sana cuma 2 jam 30 minit. Sempatlah melawat lapangan terbang Doha. Cuma menjamu mata dan bergambar kenangan. Kemudian penerbangan dari Doha ke Amman, memakan masa 2 jam 15 minit. Ini kali pertama saya menaiki kapal terbang. Pada mula penerbangan ke Doha, keadaan masih stabil mungkin kerana landing yang smooth, tapi penerbangan dari Doha ke Amman, keadaan stabil saya tidak berkekalan dan akhirnya saya membuat bubur asyura hehe :D
Alhamdullillah sampai di Amman, pukul 4.00 petang waktu di sana. Semuanya berjalan lancar sehinggalah kemudiannya satu persatu masalah timbul. Kami menunggu bagasi kami, tunggu dan tunggu tapi bagasi kami tiada. Yang menghairankan semua bagasi kumpulan kami tiada. MasyaAllah ini mungkin ujian yang pertama. Berurusan dengan Arab yang kebanyakkan tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik, menimbulkan kesukaran. Akhirnya setelah tunggu hingga 5.30 petang, kami pulang ke tempat penginapan tanpa bagasi atau lebih tempat tanpa sehelai pun baju untuk ditukar.
Di sini, ustaz Khalid menjaga dan menguruskan kami. Kami tinggal di Abu Nseir, di Amman satu penempatan yang agak elite di sini (entahlah begitu kata ustaz Khalid). Alhamdullillah keadaan apartment kami agak selesa, sebilik 4 orang, dan apartment itu mempunyai 2 bilik, ruang tamu beserta televisyen, kitchen (dapur+washing machine+freeze), malah tandas ada tab mandi :D. Di jordan sekarang dalam penghujung musim luruh, dan cuaca pada malam hari amat sejuk (tambahan kami sehelai sepinggang). Nasib baik ada comforter adn blazer. Malamnya kami melawat di kedai-kedai berhampiran dan membeli sedikit barang keperluan.
Keesokkannya, aktiviti bebas, namun disebabkan tiada baju untuk ditukar, kebanyakkan kami mengambil keputusan untuk tidak mandi hahaha. Keadaan sungguh tidak selesa tanpa bagasi. Saya dan Aida sudah berkira-kira untuk saman atau membuat claim terhadap Qatar Airline. Sesuatu yang agak mustahil apabila kami diberitahu beg kami masih di Doha. Maka, saya dan Aida, draf isu untuk claim. Cari dan cari, belek dan belek, akhirnya kami mendapati di belakang tiket ada warranty dari Qatar Airline jika berlaku kelewatan atau kehilangan bagasi. (haha, itulah kepentingan lawyers :D). Semasa perjumpaan bersama dengan supervisor Syarikat Muassasah Al-Baian, kami mengemukan hujah kami (saya, aida dan Ain) dan meminta tolong ustaz Khalid untuk berurusan dengan orang arab. Ustaz Khalid setuju, malangnya kebanyakkan ahli group kami memutuskan untuk berdiam diri atas alasan claim ini melibatkan banyak procedure dan agak remeh. Namun saya, Aida dan Ain bertegas mahu meneruskan case ini (teringat kata Aida kepada saya, ini case pertama kita sebelum jadi lawyer haha)
Kami (saya, Aida dan ain) meminta kepada Naufal (group leader) untuk turut sama ke airport. Namun disebabkan coaster yang kecil, kami tidak dibenarkan. PEsan pada Naufal sebelum bertolak untuk menghubungi kami, supaya kami dapat briefing pada ustaz Khalid tentang claim kami. Namun mungkin Naufal lupa, dia pergi tanpa memberi tahu kami, dan mengikut perbincangan sebelumnya dengan Naufal dia macam tidak bersetuju dengan kami untuk meneruskan claim. Saya. aida dan Ain sangat kecewa, kerana kebiasaan layman tidak tahu value of their right, dan kemungkinan bila Qatar Airline memberi excuse, mungkin mereka tidak argue balik yang akan memungkinkan claim kami gagal.
Sementara menunggu bagasi tiba, Ustaz Asim membawa kami berjalan-jalan di sekitar bandar Abu Nseir. Rupa-rupanya dinar Jordan adalah lebih tinggi dari dollar. Jenuh juga mahu memahami sistem amtawang di sini. Kenangan paling melucukan apabila ingin membeli roti. Saya, ain dan aida mahu bertanya expired date roti tersebut. Arab yang menjaga tidak tahu langsung bahasa Arab. Terkial-kial kami berfikir maksud expired date dalam bahasa arab, namun masih tidak dapat. Kami mencari pula perkataan tahan lama dalam bahasa arab.
"ala....aida cuba ko ingat balik tahan lama dalam bahasa Arab, ala, ingat tak pendapat imam syafie pasal riba al-fadhl kan ada pasal makanan tahan lama"
Namun kami masih gagal untuk mengingati perkataan tersebut. Berfikir lagi perkataan lain yang boleh sampai kepada maksud kami. Akhirnya, dapat juga kami mencari satu ayat yang maksudnya hampir sama " bila tempoh makanan ini selamat untuk dimakan" haha. Sungguh lucu pengalaman itu (ceh tak lucu pun huda :D)
Saya kini masih menanti bagasi, singgah di cc, di sini cc satu jam bersamaan dengan 75 khirij sama dengan rm4 di Malaysia. (Saya masih agak blur tentang sistem matawang di sini
Ok rasanya tuh jer (apsal bahasa kat atas cam skema hehe). Menulis dalam keadaan cepat, saya perlu berjimat cermat di sini.
Hingga saya menulis lagi.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home