CATATAN DUA SUKU DI BUMI JORDAN
Maaf kerana tidak boleh selalu menghantar posting di sini kerana terdapat beberapa halangan. Halangan pertama, saya tidak membawa laptop ke bumi urdun, kedua, cc di sini harganya agak mahal, ketiga, saya ke cc biasanya mahu upload gambar untuk mengosongkan space camera untuk gambar rehlah yang seterusnya.
Perjalanan saya di Bumi Urdun ini berjalan lancar. Di sini, saya belajar bahasa arab di markaz allughah al'arabiah lil natigin bighairiha (non-native speaker) di jamiah al-zarqa al-ahliah (private university of zarqa). Kelas di sini bermula jam 11 pagi dan berakhir pukul 1 petang. Hari isnin dan rabu kami punya lebih masa di universiti untuk ke maktabah dan melawat sekitar universiti. Pagi isnin dan rabu pula, lebih kurang pukul 7.00 hingga 8.00 kami ada kelas Al-Quran dan kelas bahasa Arab. Manakala kelas munaqasah pada malamnya pada setiap hari ahad, selasa dan khamis.
Perubahan cuaca dari Malaysia ke Jordan menyebabkan kulit muka saya mengelupas teruk. Sehingga kadang-kadang kulit muka terkopek dan jatuh bila disentuh. Ujian kecil buat saya di bumi Jordan. Disebabkan penginapan kami di daerah Abu Nseir di Amman yang berbukit, cuaca di sini sangat sejuk. Dan malangnya saya tidak membawa satu pun sweater, yang ada cuma blazer. Kiranya, setiap masa memakai blazer, nak makan pun jadi lawyer, nak pergi cc pi jadi lawyer, nak masak pun jadi lawyer hatta nak tidur pun jadi lawyer :D
Matawang yang tinggi berbanding dengan Malaysia, menyebabkan saya terpaksa berjimat cermat. Tambahan perbelanjaan di sini, ditanggung oleh keluarga, rasanya tidak sanggup lagi mahu meminta lebih. Di sini saya terpaksa menjadi kreatif hatta selipar bilik pun kami (saya dan aida) buat sendiri :D. Nanti saya poskan di sini gambar selipar bilik yang dibuat sendiri.
Masa di cc sudah hampir habis, hingga saya menulis lagi, terutama tentang rehlah saya di karak, mengunjungi maqam sahabah dan qal'ah karak
wassalam
2 Comments:
assalamualaikum, wah wah panjangnya kisah kehidupan di sana ye, wujudkanlah ruangan belajar bahasa arab dalam blog ini, teringin nak belajar, terasa haus dengan ilmu orang urdun ni, kah kah kah.wassalammmm
assalamualaikum...ahlan wasahlan ke bumi anbiya' urdun..smoga dpt sesuaikn diri dgn kehidupan dan kerenah org2 di sini..ana pljr di irbid, kt yarmouk univ pun ade students uia bwh program students exchange..jemput2lah dtg ke sini =)
Post a Comment
<< Home