Tuesday, May 10, 2005

CATATAN KEDUA DARI BUMI JORDAN

Saya, Aida dan Ain, kalah kes sebelum bertanding, kerana Naufal dan ustaz Khalid tidak mengemukakan langsung tuntutan kami. Tak mengapalah, yang penting bagasi kami selamat sampai alhamdullillah.

Matawang jordan sangat tinggi, 1 dinar di sini bersamaan dengan RM5 duit Malaysia. Matawang yang tinggi menyebabkan saya berfikir berkali-kali untuk membeli barang. Ke pasar abu Nseir, mungkin disebabkan kami foreigner di sini, dan tidak beberapa fasih bahasa arab, ada ebberapa peniaga cuba menipu kami. Mujur ada seorang pak cik yang berkot, memarahi peniaga tersebut, dan banyak menolong kami sepanjang di pasar. Pasar Abu Nseir tidak jauh dengan tempat kami, berjalan kami memakan masa 10 minit.

Saya amat berjimat cermat di sini. Ramai juga arab di sini terkejut, disebabkan kami kalau boleh membeli barang semurah mungkin, semuanya rubu' kilo, haha. Kobis, dan beberapa sayur-sayuran di sini besar-besar, sungguh berbeza dengan Malaysia.

Masa satu jam di cc sudah habis, hingga saya menulis lagi

p/s- orang malaysia buleh sms saya, tapi saya tak boleh membalas sms, sesiapa yang rindu pada saya antarlah sms :D

0 Comments:

Post a Comment

<< Home