hohoho lama giler tak update blog hoho (gelak gaya sin chan :D)
**********
Hari Khamis semasa kelas equity II dibatalkan, saya mengikut Madam Bashiran menghadiri seminar "Terrorism from Islamic Perspective" yang disampaikan oleh Prof.Khaled Abou Fadl, UCLA School of Law. Yang 'best'nya, sayalah satu-satunya student yang menghadiri seminar tersebut,yang lain semuanya lecturer, saya diapit oleh Madam Basiran dan Madam Wan Zuraidah manakala di belakang saya madam Engku Rabiah dan Madam Zuhairah (adehhh...malu teruk). Selepas selesai seminar, Sir Naquib yang juga chair person seminar, punya kerja lain, meyuruh saya membawa Prof Khaled Abou Fadl (egyptian scholar) melawat sekitar library. Bersama dengan Prof Khaled selama 30 minit, sempatlah saya bertukar-tukar fikiran dengannya.
TERRORISM
Tiada definisi yang lengkap terhadap terrorism, namun secara amnya, terrorism bermaksud, membunuh orang yang tidak berdosa, dan aktiviti ini dilakukan sama ada secara individu, berkumpulan atau negara. Contoh terrorism, peristiwa 11 September World Trade Center, Pengeboman di London, Pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Fallujah dan lain-lain lagi.
ISLAMIC TERRORISM?
Sejak kejadian 11 Semptember, umat Islam pada masa kini, seolah-olah menghadapi satu pertuduhan yang berat tanpa penghakiman. Umat Islam dikatakan menjadi dalang terhadap segala aktiviti tersebut meskipun tanpa bukti -bukti sokongan yang sahih dan tepat. Dan sumpahan ini berlarutan apabila umat islam sentiasa dikaitkan dengan terrorism. Malah isu ini berleluasa di media-media antarabangsa. Mengikut seorang lecturer iium, ketika dia melawat jepun, dan ketika dia bertanyakan tentang terrorism, orang jepun di sana pantas mengaitkan islam dengan terrorism, malah mengatakan islam agama yang menganjurkan keganasan. Tetapi yang menghairankan, bila keganasan dilakukan oleh penganut agama lain, dunia mengatakan mereka 'free fighter' dan tidak mengaitkan agama mereka dengan terrorism, contohnya tiada siapa yang mengatakan Christian terrorism, Hindu terrorism atau sebagainya.
INDIVIDU, KUMPULAN, NEGARA?
Terdapat satu akta dalam Supreme Court of US, no terrorism by individual but group and state. Sehingga saat ini, dunia sibuk membincangkan keganasan oleh kumpulan Al-Qaeda,(group) malah mencari sehingga ke akar umbi pengikut kumpulan ini di seluruh dunia. Namun keganasan yang dilakukan oleh negara (state) tiada siapa bicarakan, malah dunia hanya mendiamkan diri. Apakah keganasan yang dilakukan oleh tentera Amerika terhadap penduduk Iraq, di Fallujah sahaja seramai 1500 dibunuh dalam sehari, atau pembunuhan di kosova, pertumpahan darah yang berterusan di Palestin, adakah ini tidak dikira terrorism. Bukankah mereka (US) membunuh nyawa yang tidak berdosa? Mengapa neraca dunia pada hari ini terlalu berat sebelah dan tidak adil?
APA PERANAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA?
Undang-undang Antarabangsa nampaknya hanya mampu menyelesaikan masalah antara negara dari segi commercial transaction, tetapi when it come to violence, harm, international laws seem cannot provide solution. Undang-undang ini hanyalah tool to serve those who are in power. Andaikata US hari ini, berkuasa, maka international laws, adalah berada di pihak mereka, dan begitulah sebaliknya jika Islam yang berkuasa.
TERRORISM v HIRABAH
Bolehkah kita menyamakan terrorism dengan hirabah? Persamaan terrorism dan hirabah, membunuh orang yang tidak berdosa, mangsa tidak mampu melawan balik,spread terror and fear, membawa kepada fasad fil ard. Pandangan peribadi saya (penulis) terrorism boleh disamakan dengan hirabah kerana terdapat persamaan anatara hirabah dan terrorism.
PERBUATAN MEMBALING BATU, SUICIDE BOMBER DI PALESTIN- ACT OF TERRORISM?
Seperti pengertian di atas terrorism ialah membunuh orang yang tidak berdosa. Perbuatan membaling batu, atau pembunuh berani mati adalah bukan terrorism, kerana mereka membunuh orang yang menjajah dan melakukan keganasan di negara mereka. Tentera Israel dalam situasi ini tidak dianggap sevagai 'orang-orang yang tidak berdosa'. Namun perbuatan suicide bomber umat islam adalah salah jika dilakukan di negara-negara seperti perancis, london, membunuh rakyat awam yang tidak berdosa.
TERRORISM- AS AN ACT OF DETERRANCE AND RETALIATION?
Bolehkah umat Islam melakukan keganasan seperti mengebom negara-negara barat yang lain menggunakan alasan, keganasan yang dilakukan us ke atas iraq dan israel ke atas palestin?
Dalam Al-Quran, Allah berfirman, wa la taziru waziratun wizru ukhra' yang bermaksud orang lain tidak menanggung dosa orang yang satu lagi. Makna ayat ini jelas menunjukkan, terrorism tidak boleh dijadikan sebagai act of retaliation. Umat Islam tidak boleh menggunakan alasan di atas sebagai justifikasi untuk melakukan keganasan, ke atas orang lain yang tidak berdosa.
Malah, terdapat permasalahan, jika non-muslim membunuh tebusan muslim yang berada di tangannya, bolehkah tentera muslim yang berada di tangannya tebusan yang bukan islam, membunuh tebusan tersebut. Majoriti ulama' dalam permasalahan ini mengatakan, tidak boleh tentera muslim membunuh tentera non-muslim di tangannya sebagai act of retaliation.
Malah jika umat islam melakukan keganasan-keganasan tersebut, pasti agama islam yang akan mendapat 'padah'. Islam akan dicanang-canang sebagai agama keganasan kerana media bukan di tangan kita. Malah keganasan tersebut akan menjadi justifikasi kepada tentera barat khususnya US untuk melakukan keganasan balik terhadap umat islam. Lihat sahaja, peristiwa 11 september telah menjadi justifikasi US untuk menyerang Iraq (meski tiada bukti sahih, adakah Osama dalang tragedi tersebut).
Perbuatan keganasan tersebut juga akan membunuh orang awam yang tidak berdosa tidak kira wanita, kanak-kanak atau orang tua sedangkan bukankah dalam peraturan perang, golongan-golongan ini tidak dibenarkan untuk dibunuh. Meski terrorism dan harb (perang) adalah dua benda yang berbeza, namun peraturan di atas rasanya boleh dijadikan inference.
Terrorism- as an act of deterrance?
Bolehkah kita melakukan keganasan dengan alasan untuk menakutkan musuh? Dalam Quran perkataan 'irhab al-'adu' adakah bermaksud dengan melakukan keganasan? Irhab al-'adu diguna pakai dalam konteks peperangan, dan konsep terrorism adalah tidak sama dengan peperangan.
Menakutkan musuh pada masa ini, adalah bukan melakukan keganasan, namun dengan menguasai teknologi,menguasai ilmu, dan memperkuatkan militari. Melakukan keganasan dengan tujuan menakutkan musuh, bagi saya adalah bodoh dan sia-sia.
APA SAYA DAPAT SELEPAS BALIK JORDAN?
Selamat tinggal bumbung langit Jordan, kerana takdir saya di sini, meski hati saya sudah tertinggal di sana.
NARUTO...NARUTO
"Ceh, apa nih huda naruto lagi," kata huda dalam hati.
bilik sape nih, ada patung naruto, cam budak-budak la :P
ler, kat sini pun ada...
1 Comments:
Assalamualaikum, welcome home huda keh keh...., wah satu-satunya student yang hadir conference ari tu ye.., once mdm zuraidah told us in our tutorial that only one student attend the conference sy trus recognize huda la kan, kalo sy smbut ajkn awk ari tu,mesti sy guide gak speaker tu pg lib kan.. anyway aritu setelkan hal2 nak ke abroard.Anyway all the best, good to see and read ur recent article.....
Post a Comment
<< Home